Sunday, July 10, 2016

Kepimpinan Pengetua Sekolah Mencetuskan Pemikiran Strategik Dalam Pendidikan Negara




Pengenalan


           Dunia pendidikan kini semakin rencam dengan gelombang transformasi yang datang begitu deras dan pantas.  Situasi ini terus mendesak pemimpin sekolah perlu lebih bersedia bagi mendepani cabaran itu. Sehubungan dengan itu pemimpin sekolah perlu sentiasa bersikap proaktif terhadap perubahan bagi memenuhi tuntutan dan keadaan semasa. Semua ini memerlukan pemimpin sekolah menjana transformasi pemikiran masa depan agar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)  2013-2025 yang menjadi dasar negara. Pemimpin sekolah sebagai agen pelaksana dalam organisasi yang akan merealisasikan kelangsungan kerangka pelan ini. Aspek kepimpinan pendidikan, khususnya kepimpinan sekolah perlu menerima hakikat bahawa mereka berperanan menentukan kejayaan sekolah yang mereka terajui. Kajian mutakhir memberikan perhatian serius tentang amalan-amalan pemimpin sekolah yang mempengaruhi keberhasilan dan kemenjadian murid. Persoalannya adakah pemimpin sekolah telah bersedia dan berganjak transformasi pemikiran masa depan dan amalan mereka selaras dengan tuntutan-tuntutan  semasa? Mengikut Tony Bush, kepimpinan merupakan satu proses untuk mempengaruhi berasaskan nilai dan kepercayaan yang jelas dan mengurus visi sekolah. Visi ini gembleng bersama dengan komitmen yang tinggi bersama pengikut dan pelanggan untuk merealisasikan masa depan yang lebih untuk sekolah, murid dan pelanggan.

            Pembelajaran Abad Ke-21 memerlukan pemimpin yang mempunyai kemahiran tinggi dalam literasi multimedia (ICT) selain daripada bidang mata pelajaran yang diajar. Pendekatan yang dicadangkan adalah berbentuk pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan hasil/pendapatan (outcome based), pembelajaran berasaskan penyelidikan, penggunaan kaedah kolaborasi dan pembelajaran merentasi kurikulum. Kemahiran Pengajaran Abad Ke-21 banyak berasaskan Revolutionary Thinking  .Pemikiran kritis ini menuntut pemimpin sekolah ber kemampuan menyelesaikan masalah yang menjadi komponen utama dalam kemajuan insan. Skil literasi maklumat,  kesedaran global (global awareness), mempraktikkan budaya sentiasa belajar bagi memperbaiki corak kepimpinan kita bagi memastikan ia efektif – work smart; not work hard.
           Kepimpinan Abad Ke-21  menekankan empat aspek kepemimpinan, iaitu
         memahami diri (self-awareness)
         mengurus diri (self-management)
         memahami persekitaran sosial (social awareness)
         mengurus hubungan (relationship management)
         memahami keadaan semasa organisasi (stay grounded)

          Situasi semasa  ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh YAB Perdana Menteri semasa berucap pada 6 Januari 2014 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa “ kita perlu berkesanggupan melakukan perubahan, structural reform, strategic reform untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi negara.  Sebab itu dalam tahun 2014 dan tahun-tahun akan datang, kita mesti meneruskan Dasar Transformasi Negara yang bermatlamat mencapai status negara maju dalam tempoh masa yang semakin pendek.”  Saranan ini dilanjutkan dengan penegasan  Dr Khair b Mohd Yusoff (2014)  dalam amanatnya,  ‘Mungkin selama ini kita sudah selesa dengan apa yang kita ada sehinggakan kita perlukan ‘kejutan’ untuk menyedarkan kita bahawa perlu berusaha lebih supaya sistem pendidikan kita setaraf dengan pendidikan terbaik dunia. Sesungguhnya, apa yang dirancang dan dilaksanakan adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara bertujuan untuk menyediakan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi dwibahasa, kemahiran kepimpinan, memiliki identiti nasional dan etika kerohanian serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.’
Elemen-elemen inilah yang perlu diusahakan dalam pembelajaran abad ke-21 , iaitu
Pertama ialah berfikir secara kreatif dan kritikal, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
Kedua ialah cara bekerja yang menekankan kepada komunikasi dan kolaborasi;
Ketiga ialah alat bekerja iaitu ICT dan literasi maklumat;
Keempat  ialah kemahiran untuk hubungan sejagat iaitu nasionalisme, kerjaya serta tanggungjawab sosial dan diri.

1.      Cabaran dan  Harapan
    
       PPPM ini merupakan satu perancangan dan pelaksanaan yang cukup mencabar. Walaupun kita telah menempa beberapa kejayaan pada tahun pertama ini, masih banyak yang perlu dilakukan. Semua pihak telah mengakui hakikat, sesungguhnya untuk memulakan perubahan itu memerlukan keazaman yang tinggi kerana kita perlu berubah daripada amalan yang biasa kepada amalan yang luar biasa. Menurut  Jim Kouzes & Barry Posner dalam bukunya The Leadership Challenge. “Challenge is the opportunity for greatness. People do their best when there is a chance to change the way things are.‖”  Cara berfikir, cara bertindak dan cara bekerja perlu ditambah baik berbanding dahulu bagi memastikan yang kita tidak ketinggalan dalam dunia yang terlalu pesat berkembang ini.  Pada semua peringkat di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sudah tentu terdapat perbezaan pandangan dan pendapat dalam melaksanakan inisiatif PPPM . Namun begitu janganlah kita menjadikan perbezaan ini sebagai satu kekangan untuk bergerak ke hadapan dan mencapai keberhasilan yang disasarkan. Era ini sepatutnya sudah mengajar barisan tenaga pemimpin  sekolah untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang mendatang dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan demi masa depan anak-anak bangsa kita. Lantaran itu, kepimpinan transformasi masa depan perlu memfokuskan beberapa aspek penting. Semua aspek ini saling berkait rapat dan bergantungan, iaitu
     
      Personaliti > Pengikut> Situasi> Sumber> Tekanan dari dalam/ luar> Risiko> Strategi
Untuk mencapai hasrat yang murni ini sudah pasti banyak halangannya. Antara punca yang menghalang transformasi pemikiran pendidikan masa depan sebagaimana disebut oleh  Harvey Robbins and Michael Finlay dalam bukunya Why Change Doesn’t Work  , iaitu                    
  1. Kekurangan komitmen kepimpinan/ tersalah pilih pemimpin/ pertukaran pemimpin
  2. Pelan, pembangunan dan pelaksanaan komunikasi yang lemah .
  3. Pengikut yang tidak cukup bersedia / dilatih untuk mendepani perubahan
  4. Ketiadaan perancangan yang kontigensi ( nasib tidak baik)
  5. Pengikut yang tidak berjaya diyakini keperluan untuk berubah
  6. Tiada kad skor untuk memenangi dan berkongsi pembelajaran
  7. Peruntukan insiatif dikurangkan atau ditarik balik tanpa persetujuan atau perundingan dengan pelanggan
  8. Membawa perubahan merupakan satu tekanan yang hebat atau menjadi timbal balik yang negatif
  9. Arahan perubahan yang  strategik merupakan laluan untuk inisiatif 
  10. Perubahan kes yang ditemui di premis yang salah atau punca yang betul tetapi ketika masa atau ketika yang salah
  11. Kehilangan perspektif /  perasaan ego
  12.  Berminat untuk berubah yang menurun mengikut masa dan keadaan
Jadi, untuk mencapai matlamat PPPM yang bercorak masa depan ini, segala halangan dan kekangan ini haruslah ditangani dengan bijak, berhemah dan berhikmah oleh pemimpin sekolah.
2.      Lima Pemikiran Masa Depan.
Howard Gardner (2009) Five Minds For The Future, menggariskan Lima Minda pada masa depan, iaitu
1.      The Diciplined Mind
2.      The Synthesizing Mind
3.      The Creating Mind
4.      The Respecting Mind
5.      The Ethical Mind
Nombor satu, dua dan tiga pemimpin perlu memiliki  IQ (Kecerdasan Intelek). Nombor empat perlu kepada EQ (Kecerdasan Emosi) dan lima menitikberatkan SQ ( Kecerdasan Rohani). Perkara ini digambarkan dengan jelas melalui rajah di bawah.



Kelima-lima pemikiran minda ini saling berkaitan yang menentukan minda kepimpinan yang dinamik.  Pemimpin dinamik yang mempunyai kesedaran dan menguruskan
1.      Ruh-komponen yang membolehkan manusia beramal dengan sifar terpuji, menjauhi sifat keji, bertanggungjawab sesama manusia dan alam persikitaran serta bertangungjawab dengan Allah swt
2.      Qalbu- komponen yang membolehkan manusia menganalisis dan memberi makna kepada apa diamalkannya
3.      Akal- wahana untuk berfikir yang memerlukan kepada bahan intelek
4.      Nafsu- komponen yang memberi emosi, semangat dan keghairahan
5.      Jasad- sifat fizikal yang perlu dibangunkan dan dikembangkan sewajarnya




Terdapat tiga peranan pemikiran, iaitu berfikir (membuat keputusan, menganalisi, banding-beza, sintesis) perasaan (senang, susah, tekanan, bimbang, tenang, teruja) dan kehendak (matlamat, hasrat, agenda, nilai, dorong)

Ini bermakna pemikiran yang asas ialah Thinking Ahead>Thinking  Again>Thinking Across
 Terdapat lima cara untuk membina pemimpin masa depan, iaitu
1.The intern solution(belajar ICT yang maju)
2. Be a mentor. Just do.
3.Invest in (and partner with) our schools and universities
4. Increase training and development budgets
5. Use big data for good and not evil
 Jadi, kepimpinan  perlu  mempengaruhi lima  tahap berikut:
1.      Learning
2.      Performing
3.      Leading
4.      Developing leaders
5.      Developing leaders who develop leaders    (Brady and Woodward)
Perkara ini juga ditekankan oleh Harris 2003 The best leaders tend to be those that create powerful learning communities and are able to integrate the intellectual, emotional and spiritual.  They recognise the importance of core values and that organisational performance is largely dependent on the beliefs people hold and how they work together.  In this sense, leadership is a form of social capital that can be increased through investment in the development of others.”




Pemimpin yang hebat memiliki keupayaan analitikal dan intelektual yang akan menganalisis dan membuat  keputusan. Dia berkebolehan untuk mempengaruhi dan mengadakan kolaborasi bagi mencapai matlamat organisasi. Dia juga mempunyai komitmen, akauntabiliti dan daya motivasi yang membawa kepada kecemerlangan dan keberhasilan dalam organisasi.

3.Bersikap dan Bertindak Secara Profesional
Pengetua perlu berkeupayaan  untuk mempamerkan dan mengamalkan etika kerja dan nilai profesion keguruan seperti  amanah, berketerampilan, kecintaan terhadap profesion, memiliki teladan yang terpuji, jujur dan boleh dipertanggungjawabkan.  Cara berpakaian mengikut peraturan semasa, bertingkah laku boleh diteladani seperti menepati masa, bertimbang rasa, beradab dan mesra.  Pengetua perlu mempertahankan nama baik profesionlismenya di samping mengetahui, memahami dan menghayati semua etika kerja dan amalan nilai profesion keguruan. Mereka juga berkeupayaan mengenal pasti bidang yang memberi kesan negatif kepada sistem. Isu-isu yang melangkaui yang menjejaskan organisasi dapat diuruskan dengan cermat, bijak dan berhemah. Amalan itu sudah pasti akan memanfaatkan organisasi dalam jangka panjang.  
Teacher development is defined as a process whereby teachers professionality and / or professionalism may be considered to be enhanced.” (Evans, 2002)
Sehubungan dengan itu pengetua perlu mempunyai pengetahuan mengenai amalan dan isu terkini berkaitan tugas yang dihadapi oleh organisasi lain seperti sektor swasta dan kementerian lain, serta mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan mengenai amalan terbaik untuk mengurus organisasinya dengan cemerlang.  Satu kredit yang bagus jika pengetua itu berkeupayaan untuk menjana penyelesaian baharu dan belum pernah diteroka, yang akan memberi faedah berterusan kepada sistem dan organisasi sekolah.  Pemimpin masa depan semestinya sudah berada pada tahap pakar dan berkeupayaan untuk berfikir secara strategik serta mempunyai kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Mereka sewajarnya perlu berada pada tahap strategis dan mampu berfikir secara holistik. “As a good captain, the leader should be able to sail his ship in a direction of success and be able to make adjustment and face all kinds of unpredictable circumstances.” Kouzes dan Posner (1997) Mereka sepatutnya mempunyai pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi perunding dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan orientasi kerja  yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi. 
Dengan kata lain, pemimpin masa depan perlu memiliki pemikiran strategik sebagaimana panduan rajah di bawah.

Dalam pemikiran strategik, banyak tool atau kaedah dan pendekatan untuk mengurus organisasi dengan cemerlang dan hebat. Antara Strategic Analysis Toolsnya ialah

a.      Boston Consulting Group (BCG)    b. Stakeholders Analysis   c.Porter Five Forces  d.Porter Value Chain e. PESTELS  f. SWOT/TOWS g. McKinsey 7S  h. Cause & Effect    i. Organizational Excellence Model  j. Journalistic Six  k. Strategy Canvas & Four Actions Framework  l. Strategic Total System Analysis  m.  Force Fields Analysis  n. Stakeholders Analysis  o. Porter Five Forces  p. Porter Value Chain   q. PESTELS   r. Organizational Excellence Model  s. Journalistic Six  t. Strategy Canvas & Four Actions Framework   u. Strategic Total System Analysis  etc.


     Dalam konteks Malaysia, pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menggunakan kaedah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dan National Key Result Area (NKRA) iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara.  Tujuannya ialah untuk mencetus kesedaran/gerakan memelihara kualiti pendidikan di sekolah melalui memperkasakan sekolah selaras dengan perubahan/perkembangan/cabaran semasa seperti globalisasi/dunia tanpa sempadan (borderless world); dan memenuhi dasar negara seperti Wawasan 2020, Program Transformasi Kerajaan (GTP). Melalui PPPM misalnya NKRA, NKEA dan banyak usaha dilakukan untuk pembangunan modal insan. Pemimpin yang hebat perlu mengetahui perubahan dan kepentingan SKPM 2010. Dia mengetahuiTools for School Improvement,  mengenal  pasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan di sekolah(jurang) dan menentukan keutamaan dalam merancang program-program (sPeCt). SKPM 2010 mempunyai Lima Standard yang perlu dicapai, iaitu
1-Kepimpinan dan Hala Tuju
2-Pengurusan Organisasi
3-Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid
4-Pembelajaran Dan Pengajaran
5-Kemenjadian Murid

Apabila pemimpin sekolah berjaya menerajui sekolah mencapai Skor Komposit 90% ke atas  atau Band Satu,  dia layak untuk menerima Baiah atau Tawaran Baharu Pengetua dalam NKRA yang diberi anugerah oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
4.      Kepimpinan Berimpak Tinggi
         Kelestarian kepimpinan berimpak tinggi terletak kepada kebijaksanaan dan kemampuan pemimpin merancang, melaksana dan membuat refleksi bagi perancangan yang strategik.    Mereka perlu berfikir di luar kotak bagi menilai aspek-aspek pengurusan organisasi yang boleh dianggap lemah dan boleh diperbaiki. Perkara ini disebut sebagai High Performing Governance (HPG).  HPG menggariskan ciri-ciri kepemimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang berkesan. HPG menekankan tentang fleksibiliti sesuatu kepemimpinan organisasi untuk mengadaptasi dan berubah untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Fleksibiliti di sini bermaksud kemampuan menyesuaikan sistem sedia ada. Kebersamaan (mutuality). Kemampuan mengurus persekitaran bagi membolehkan pemimpin menggunakan kuasa (authority) serta kreativiti. Kebolehupayaan untuk membentuk warga organisasi memahami peranan mereka.
        Organisasi yang ideal haruslah bersifat fleksibel dan responsif, dan mampu berubah mengikut keadaan semasa. Organisasi yang ideal ialah yang berkebolehan untuk memperbaharui diri (self-renewing) dan mampu belajar dan mengubah pengetahuan dan amalan sedia ada sejajar dengan pengalaman” (Senge, 1990). Pembentukan Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan guru di sesebuah sekolah akan dapat membantu membudayakan kajian tindakan dan seterusnya menjadikan organisasi pendidikan sebagai sebuah organisasi yang bernyawa, berjiwa dan berwibawa.  Mereka memberi keutamaan kepada Continous Professional Development (CPD). CPD membantu warga kerja mencapai lima elemen penting bagi meningkatkan profesionalisme mereka iaitu SMART- Spesifik (Specific), Mampu dinilai (Measureable), Mampu dicapai (Achievable), Realistik (Realistic) dan Terdorong dengan masa (Time-bound).
Perkara ini telah dijelaskan oleh Sergiovanni, (1994)Training alone just won’t do.  Instead, principals will need to emphasize professional development and renewal improvement strategies.” Kerangka kepimpinan berimpak tinggi dapat dilihat seperti rajah di bawah.

                                         Kompentensi Kepimpinan di Malaysia
5.      Kemahiran  Berkomunikasi  Dengan  Bijak
        Pengetua perlu berkeupayaan untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan pengikut secara konstruktif, adil,  hormat-menghormati, saling mempercayai memperlihatkan tahap ekspektasi yang tinggi terhadap guru dan komited terhadap pencapaian murid. Contohnya,  memberikan perhatian / tumpuan tanpa mendiskriminasikan kepada pengikut.. Pengetua perlu menerima pandangan dan menegur pengikut secara berhemah. Mereka perlu sanggup berkorban masa dan tenaga mewujudkan hubungan yang baik dengan guru dan staf melalui amalan dan penghayatan semua nilai etika profesion keguruan serta memperlihatkan tahap ekspektasi dan komitmen terhadap pencapaian murid. Dia berkeupayaan  untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi menggalakkan tumpuan guru-guru terhadap PdP. Pengetua sentiasa mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan, menerapkan nilai dalam komunikasi. Dia menggalakkan pengikut berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP berjalan. Contoh,menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami , sebutan jelas, nada dan intonasi sesuai.
Leadership not about finding solutions but helping others understand the problems and how to live with them in an imperfect world.”                                                                                                                                                                                                                                     
                                                                                                                         (Sergiovanni, 2001)
Pengetua juga menjadi pendengar yang baik dan berkomunikasi secara sopan. Dia  berkeupayaan  untuk menetapkan hala tuju dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Dia bijak membuat keputusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab . Dia boleh menangani pelbagai isu dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab. Dia juga mengurus tugas dan tanggungjawab yang mencabar dari segi emosi, mental, spiritual, dan fizikal. Dia mempunyai pemikiran terbuka apabila berinteraksi. Dia perlu mempamerkan hala tuju yang jelas dan dapat membuat keputusan dan menangani pelbagai isu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ditetapkan. Bagaimana pemimpin untuk mengarahkan pengikut jika seorang pemimpin itu tidak mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. Jika pemimpin hanya mengarahkan pengikut dan berlaku sedikit kesilapan, pemimpin itu telah memaki hamun dan tidak mengawal emosi terhadap pengikutnya. Tindakan itu sudah pasti melukakan hati pengikut dan memberi kesan mendalam kepadanya.  


6. Berdaya Saing dan Mengutamakan Pencapaian
       Pengetua perlu berkeupayaan untuk memberikan sokongan dan sumbangan terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka perlu bersikap positif terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka jua sangat berdaya saing dan mengutamakan pencapaian dalam setiap usaha yang dilakukan. Pengetua perlu responsif segala kertas cadangan dan segera memberi maklum balas terhadap sesuatu arahan. Mereka memberi komitmen konsisten, bertanggungjawab, prihatin dan berusaha gigih untuk mencapai matlamat organisasi. Untuk mencapai status GREAT TO EXCELLENT, pemimpin sekolah perlu menjadi SUPER CHARACTER, iaitu pemimpin  yang mempunyai ciri berikut:
      memenuhi kehendak yang tidak atau belum terungkap;
      menangani cabaran yang belum tiba;
      melepasi rekod atau kualiti sedia ada sebelumnya;
      mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaingnya; dan
      memiliki cara gaya berfikir ‘think the unthinkable’ atau ‘reason the unreasonable’.

Guru yang hebat mempunyai hasrat untuk merealisasikan  perjalanan untuk menuju ke spektrum penambahbaikan berterusan. 
  Sebagaimana Jim Collins dalam bukunya Good to Great menyebut,  “Leadership is about vision. But leadership is equally about creating a climate where the truth is heard and the brutal facts confronted.”
  Pendekatan lain ialah melalui Blue Ocean Strategy (BOS) W. Chan Kim & Renee Maulborgne, (2005) merupakan suatu pendekatan pengurusan perniagaan yang diguna pakai oleh syarikat-syarikat yang tidak mahu bersaing untuk merebut pasaran terhad (lautan merah) tetapi sebaliknya menjadikan persaingan tidak lagi relevan (lautan biru) dengan mencipta ruang pasaran baharu, iaitu mencari peluang-peluang dengan meminumkan kos.    






                 Kerangka Empat Tindakan dan Grid ERRC (Singkir-Kurang –Tambah-Cipta)
Pemilihan untuk bertindak secara sedar melalui penyingkiran, pengurangan, penambahan dan penciptaan faktor-faktor membantu pemberi khidmat menyampaikan gaya kerja yang bakal diambil dalam bentuk yang mudah difahami. Pendekatan BOS sebagai kaedah memimpin dan mengurus organisasi agar kecekapan dan keberkesanan dapat dicapai melalui penciptaan inovasi bernilai serta kos rendah. Pemikiran inovatif dan kreatif bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan bekerja dan keberkesanan kos tetapi menyediakan organisasi untuk kekal relevan. Dalam era globalilasi mencabar ini, tindakan pantas dan tepat memberi keuntungan kepada organisasi kerana sentiasa mempunyai amalan positif yang mendahului organisasi lain. Langkah ini bertepatan dengan cadangan iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  yang ketiga, iaitu  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.

6.      Tadbir Urus Berprestasi Tinggi
Pengetua berkeupayaan guru untuk merancang, melaksana, menyelesaikan, melaporkan hasil sesuatu arahan atau program berdasarkan tempoh dan sasaran kerja yang ditetapkan. Dia juga berkebolehan menilai kuantiti dan kualiti hasil kerja berdasarkan surat arahan / memo/ lantikan, jadual kerja / program analisis, data post-mortem, laporan buku rekod mengajar, lain-lain dokumen yang berkaitan. Dia juga dapat merancang, melaksana dan menyelesaikan serta melaporkan hasil sesuatu arahan atau program sebelum atau pada tempoh sasaran kerja yang ditetapkan.
“One of the tests of leadership is the ability to recognise a problem before it becomes an emergency”,ArnoldGlasgow(2010)
 
Pemimpin yang hebat juga berkebolehan menerajui The Great School : Sekolah Bertaraf Dunia Malaysia (SBDM). SBDM ialah sebuah institusi pembelajaran futuristic bertaraf dunia yang memberi tumpuan serta pengkhususan (specialization) dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta terlibat dalam penerokaan idea baharu berbentuk penyelidikan dan penciptaan. SBDM akan menjadi pusat penempatan murid-murid cemerlang dari seluruh negara berfungsi sebagai pusat inovasi pendidikan SBDM akan melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan mampu berdikari serta memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara. Inisiatif ini meletakkan SBDM sebagai show case pendidikan negara dan merupakan suatu pengiktirafan tertinggi bagi sekolah-sekolah cemerlang di Malaysia. SBDM sedikit berbeza dengan kriteria pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi. SBDM dinilai berdasarkan Peningkatan (TOV, KPI dan ETR). Pemberian Skor berdasarkan pencapaian sekolah pada tahun 2013 mengikut SET, ET, OT, BT dan XBT yang ditetapkan oleh NKRA . Guru-guru harus menjadi agen kepada perubahan yang bakal mencorakkan The 21st Century Learning ini.
Teacher development is defined as a process whereby teachers professionality and / or professionalism may be considered to be enhanced.” (Evans, 2002)

7.      Budaya Kerja Berpasukan

          Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kerjasama dan permuafakatan yang baik dan berkesan antara pemimpin, pengikut ,dan situasi. Oleh yang demikian pemimpin sesebuah organisasi perlu mencari strategi bagaimana kemahiran interaksi ini dapat dipupuk dalam kalangan anggota yang bertugas di bawah pimpinannya. Jika hasrat ini berjaya direalisasikan , sudah tentu satu budaya kerja berpasukan dapat dibentuk dan mereka sangat komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Contohnya, sebagai pemimpin yang memimpin sebuah organisasi yang sangat kompleks, misalnya sekolah harian dua sesi yang jumlah muridnya 2500 orang, ada asrama, guru-guru berjumlah 150 orang, staf sokongan 20 orang, seribu macam karenah yang akan timbul .Keadaan ini boleh menyebabkan pengetua akan menghadapi tekanan yang sangat mencabar untuk menguruskan manusia yang sudah pasti mempunyai pelbagai ragam.
The best leader is one whose team chooses to follow. To be a successful leader you need a great team around you. But the team has to be dynamic, focussed and able to deliver.  Heath 2010
Tugas seorang yang bergelar pemimpin bukan tugas ‘one man show,’ jika hanya pemimpin seorang yang mengendalikannya pasti dia akan menghadapi kegagalan. Pengetua berkeupayaan  untuk terlibat secara aktif bagi menjayakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Dia melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Dia bersikap terbuka dan menangani isu/masalah secara bersama atau musyawarah secara konsisten sehingga boleh diteladani oleh pengikutnya.
 “When the Master governs, the people are hardly aware that he exists.. The Master doesn’t talk, he acts. When his work is done, the people say, “Amazing. We did it all by ourselves!’”
Lao-Tzu ( 6th century BCE/1992,p.17)
Sebagai perumpamaanya, untuk mendirikan sebuah khemah tidak akan terangkat dengan hanya menegakkan satu atau dua tiang kompetensi saja. Malah, untuk menegakkannya memerlukan empat tiang kompetensi, barulah khemah itu tertegak. Para pemimpin besar memerlukan keseimbangan dari ketrampilan yang saling melengkapi.






  
8.      Berfokuskan  Pelanggan
       Pengetua perlu berkeupayaan  untuk mengutamakan pelanggan. Dia bersikap peka terhadap aduan pelanggan. Dia berusaha gigih untuk meningkatkan imej organisasi. Dia mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelanggan berpotensi. Pemimpin sekolah perlu berperanan sebagai bimbingan COACHING AND MENTORING. Pengetua berkeupayaan guru untuk merancang sesi bimbingan dan motivasi guru. Dia melaksanakan dan menilai sesi bimbingan dan motivasi guru . Dia menilai sesi bimbingan guru dengan cekap dan sistematik serta memberikan tunjuk ajar  dan berkongsi idea untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran. Pengetua menetapkan hala tuju organisasi. Dia mengoptimumkan penggunaan semua sumber yang ada . Dia bijak membuat keputusan yang relevan dan rasional. Dia mengamalkan perkongsian kepimpinan atau distributed leadership. Pengetua mempunyai visi dan misi yang jelas. Dia mempunyai perancangan strategik: iaitu Pelan Taktikal dan Pelan Operasi yang lengkap dan mudah dilaksanakan. Pemimpin perlu mengembangkan kompetensi penting, iaitu berusaha menjadi kompeten  dan profisiensi dalam setiap bidang kepemimpinan tersebut.  Pemimpin  perlu mempunyai kriteria, iaitu strategis, pembina modal insan, berani dan  pengurus berbakat dan   dia berkebolehan mengembangkan sebuah pasukan dan kombinasi. Dalam masa yang sama, mereka juga mampu bertindak sebagai pakar rujuk, mentor dan pembimbing  berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu.  Jadi kita harus amalkan 3 C’s of mentoring, iaitu Skilled mentors support learning in a variety of ways including consulting, collaborating, and coaching. The goal is to create a reciprocal learning focused relationship .(Martin, 2006)


9.      Mengurus  Perubahan
Pemimpin masa depan mestilah mempunyai keberanian untuk berfikir dan bertindak di luar dari kebiasaan agar mereka  benar-benar istimewa dari kaca mata pelanggan-pelanggannya . Sebenarnya, sebagai arkitek untuk membina generasi masa depan, mereka hendaklah sentiasa melaksanakan program-program yang lebih kreatif dan inovatif agar modal insan yang lebih kompeten, berkarisma dan berketrampilan akan dapat dilahirkan. Apa yang kita inginkan ialah generasi masa depan yang bakal dilahirkan nanti adalah generasi yang mampu bersaing di peringkat serantau dan global.
The highly effective principal is a change master- a flexible, futuristic, and relialistic leader, able to motivate as well as manage change in an organizd, positive and enduring fashion.                                                                                                                      ( McEwan, 2003)
Antara langkah  untuk memupuk pemimpin masa depan ialah
1: Cultivate Talent Championship
2: Identify Organizational needs and Craft Development  Opportunities
3.Co-create Individualized Development Plans
4.Follow Through Development Plans

Pengetua berkeupayaan guru untuk berubah selaras dengan keperluan semasa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab . Dia berkebolehan menyesuaikan diri terhadap perubahan. Dia bersikap berani menghadapi risiko dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Tidak syak lagi pemimpin itu menjadi agen perubahan atau transformasi. Sebagai pemimpin masa depan perlu bersiap sedia mendepani kerjaya menjelang 2020, seperti
1.      Computer engineering
2.      Mobile software engineering
3.      Simulation engineering
4.      Cloud virtualization
5.      Data and real-time analytics
6.      Connected intelligence
7.      Robotics and automation
8.      Advanced simulations in education
9.      Cyber security and protection
10.  Web design and development
11.  E-counseling and theraphy
12.  Social business enterprise                        (University Lim Kok Wing Annual Report 2013 )
Pengetua berkeupayaan  untuk mempelajari perkara baharu. Dia berkemahiran mendapat maklumat. Dia memperoleh pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Dia juga memperoleh pengetahuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran ( learning community)
Leadership not about finding solutions but helping others understand the problems and how to live with them in an imperfect world.”                                                                                               
                                                                                                                      (Sergiovanni, 2001)
Kemahiran nilai tinggi pada masa depan- keadaan dahulu dan perkembangan semasa jauh berbeza.
1. Dahulu Knowledge is Power. Sekarang Application is Power  ( aplikasi)
2. Dahulu Komunikasi. Sekarang  Social Intelligence (kolaborasi dan penyelesaian masalah)
3. Dahulu Rote Learning . Sekarang Pembelajaran Kreatif ( pembelajaran berpusatkan murid)
 4.Dahulu Lulus Peperiksaan Berpusat. Sekarang Pemikir yang Inovatif ( melangkaui nota kulih)
5.Dahulu Celik Huruf. Sekarang Celik Digital ( Komputer multimedia, perminan computer, laman web)
6. Dahulu hero tempatan. Sekarang- World-Class Mindset ( Cross-cultural environment. Best ideas and best talent.)
                                             (Faridah Hameed, LKW University of Creative Technology, 2013)
“Allow yourself to dream because it gives you idea. If you have the determination to carry out your idea, the success is yours”. – Tony Fernandes

10.  Mengurus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pengetua perlu mengurus guru untuk menghasilkan/memperkenalkan idea baharu dan melaksanakan tugas dengan kreatif dan berinovatif  serta menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif. .Bagi mencapai hasrat ini, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Justeru, isu membekalkan modal insan berdaya saing di peringkat antarabangsa juga perlu diberi penekanan. Keperluan  kepada perubahan baharu ini menekankan peri pentingnya maklumat, kreativiti dan . Dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Perubahan ini juga menekankan perlunya pendekatan berfikir secara kreatif dan strategi penyelesaian masalah.
The highly effective principal is a culture builder- an individual who communicates (talks) and models (walks) a strong and viable vision based on achievement, character, personel responsibility and accountability “(K. McEwan, 2003)
Salah satu mekanisme pentingnya ialah Program I-Think iaitu program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-THINK membawa maksud innovative THINKing  (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir . Program  Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Peranan pemimpin sekolah yang anda fikir penting dalam memimpin inisiatif  KPM dalam membudayakan kemahiran berfikir. Merefleksi  NOW- NEXT-FUTURE Kita perlu membina hala tuju visi ke arah membudayakan kemahiran berfikir di sekolah.  Pasukan Pemandu Sekolah  berperanan menilai dalam melaksanakan dan membudayakan KBAT, iaitu
Perancangan>Pelaksanaan>Pemantauan>Penilaian>Penambahbaikan >Pembudayaan
Peranan Pengetua/Guru Besar membudayakan KBAT dalam Program i-THINK . Semua pihak bertanggungjawab dalam menjayakan program  i-THINK melalui
    Komitmen >Pengurusan >Kemenjadian Murid >Pembudayaan
 “I cannot build this future alone and so I need each and every one of you to walk with me in this journey to bring transformation and the light of hope to all Malaysians.”
                                                               YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak (April, 2012)
Kita ingin melahirkan murid-murid kita seperti pemikiran Steve Jobs:
Amongst The Greatest Of American Innovators
Brave Enough To Think Diferently
Bold Enough To Belieive  He Would Change The World
Talented Enough To Do It.
Remarkable Vision Which Has United And Inspired Those Remarkable Grup Of People
Passion
Enthusiasism
Sense Of Humoue
Great Joy In Doing Things Right.

Pemimpin sekolah perlu menangani dengan bijak konsep sekolah masa depan, iaituStudents must develop abilities to work together, solve complex problems, and carefully assess and analiyze information to meet the needs and overcome the obstacles facing society in the twenty-first century.’

11.Sumbangan Profesional & Sosial
Pemimpin sekolah berkeupayaan untuk menganggotai mana-mana organisasi komuniti atau NGO yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. Mereka perlu melibatkan diri dalam mana-mana organisasi komuniti atau NGO yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. Mereka memberikan sumbangan profesional untuk meningkatkan kompetensi diri, organisasi atau pihak lain merujuk bidang tugas berkaitan.
“One of the tests of leadership is the ability to recognise a problem before it becomes an emergency”,  Arnold Glasgow (2010)
 
Pemimpin  masa depan perlu mempunyai pemikiran yang tinggi dan sudah tentu akan  melakukan keberhasilan yang tinggi.
Kompetensi  pemimpin: Berfikir >Bercakap> Memimpin> Bertindak
Menyedari hakikat bahawa anak-anak generasi akan datang ini adalah modal insan yang bakal menerajui negara dan menjadi pesaing global serta penyumbang di peringkat dunia, justeru PPPM komited dalam menyuntik pelbagai aspek kemahiran, pengetahuan, etika serta jati diri tanpa melupakan aspek kerohanian yang terangkum dalam enam aspirasi murid.
A process that challenges employees and communicates to use their collective intelligence, ability to learn, and creativity to transform existing systems.  h. 46.

                                                                                Bierema (1999) – Learning Organisation

12.Sarana  Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta

 Dalam mencapai matlamat sistem pendidikan terbaik di dunia, penting untuk kita membentuk satu ekosistem pembelajaran di dalam komuniti setempat. Seperti yang pernah saya sampaikan semasa majlis Pelancaran PPPM pada 6 September lalu, proses merakyatkan pelaksanaan PPPM ini juga bermakna memberikan peluang kepada ibu bapa turut sama turun padang bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa. Pencapaian ketiga, di bawah Anjakan ke 9 Penglibatan Ibu Bapa, komuniti dan sektor swasta, Sarana Penglibatan Ibu bapa telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara dengan penekanan kepada penglibatan mereka bersama pihak sekolah dalam membantu mempertingkatkan keberhasilan murid. Hasilnya kini ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan lebih aktif dalam pembelajaran anak-anak dengan memberi sumbangan dalam keceriaan kelas, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan. Banyak sekolah telah berjaya berjaya merealisasikan hasrat sarana ini. Sesungguhnya kejayaan yang diperoleh ini ialah hasil daripada komitmen guru-guru, staf sokongan serta pihak PIBG,  dan alumni. Sumbangan PIBG terhadap sekolah ini sangat penting. Setiap aktiviti yang dianjurkan atau dibiayai oleh pihak PIBG membawa impak yang besar kepada pencapaian sekolah ini. Secara khusus, PIBG banyak menghulurkan sumbangan dalam bentuk material dengan membiayai  program-program ke arah peningkatan prestasi akademik yang diadakan menerusi program Menjana Kecemerlangan Akademik Pelajar. Selain itu, PIBG juga banyak membiayai penyertaan pelajar dalam aktiviti pertandingan di peringkat kebangsaan  juga antarabangsa. Sesungguhnya penglibatan pelajar dalam pelbagai program ini secara tidak langsung berupaya melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam pelbagai bidang dan akhirnya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan oleh kepimpinan negara.
           
    PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya.  PIBG memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Barisan kepimpinan PIBG juga hendaklah menginsafi dan dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul di bahu mereka. PIBG yang bertindak sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar.  Dengan adanya pemimpin dan pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang dilaksanakan boleh mencapai kejayaan yang diinginkan.  PIBG seperti inilah yang boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah. Oleh itu pemimpin sekolah perlu mengurus semua pihak baik ibu bapa mahupun guru-guru,  bersama-sama, sederap melangkah agar segala hasrat dan cita-cita yang kita sematkan akan membuahkan hasil seperti yang kita harapkan.
         Satu Kajian Sebuah Sekolah Di Singapura : Cresent Girl School , The Pioneer Future School in Singapore 2014 .
Sekolah diterajui oleh barisan kepimpinan yang sangat muda tetapi bijak.  Kemudahan ICT yang sangat canggih. Konsep pembelajaran berpusatkan murid. Penerokaan kendiri murid sangat tinggi. Daya kreativiti dan inovasi murid sangat tinggi.
Murid-murid dalam kumpulan dan membina laman web sendiri. Pembentangan dalam kelas dibuat secara berkala. Nilai kesungguhan dan ketekunan sangat menakjubkan. Kebebasan belajar diberi sepenuhnya. Murid mempunyai laptop dan mengakses internet sendiri. Pembelajaran secara kumpulan sangat proaktif dan memberangsangkan. Seorang guru dalam kelas dbantu oleh tiga orang fasilitator. Pemimpin sekolah perlu menangani dengan bijak konsep sekolah masa depan sebagaimana sekolah di negara maju seperti amalan sistem persekolahan di Singapura, iaituStudents must develop abilities to work together, solve complex problems, and carefully assess and analiyze information to meet the needs and overcome the obstacles facing society in the twenty-first century.’
.
 Rumusan
            Pendidikan negara sedang mengharungi transformasi ke arah menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.  Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan bagi menghasilkan tenaga kerja yang   berpendapatan tinggi.   Kajian mendapati bahawa pemimpin sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.  Peranan pengetua untuk menjayakan transformasi dalam pendidikan amat genting (crucial).  Oleh yang demikian, pengetua  mestilah berusaha untuk meningkatkan prestasi murid dan sekolah.  Untuk menjayakan transformasi pendidikan dan meneruskan budaya kecemerlangan murid, perubahan mesti bermula di sekolah.   Pengetua tiada pilihan melainkan menjadi Pemimpin Holistik.  Maka Pengetua  mesti bermula dengan transformasi diri dahulu, iaitu membina jati diri yang kuat.  Pengetua  mesti meningkatkan kredibiliti diri, ketabahan, dan ketangkasan dalam pengurusan sekolah dan seterusnya mengamalkan Kepimpinan Holistik.   (Taggart, 2010) Pemimpin sekolah diharapkan menjadi juara perubahan seperti yang dicita-citakan dalam PPPM 2013 – 2025. Pemimpin perlu peka kepada persekitaran pembelajaran dan pekerjaan, tidak mudah berpuas hati dengan tahap pencapaian dan keberhasilan kerja, menjadi ‘paradigm  breaker’, iaitu peneroka penyelesaian baharu kepada sebarang isu. Pemimpin perlu mengurus pelajar yang inventif dan inovatif serta memiliki ‘can do mentality’ dalam menyempurnakan visi dan misi; dan  responsif terhadap fenomena baharu, cabaran dan harapan baharu. 
The highly effective principal is a facilitator- a leader with outstanding human relations skills that include the abilities to build individual relationships with parents, teachers, and students; collaborative teams with staff members and parents: and a schoolwide community of leaders.
McEwan.
         Untuk berjaya setiap pemimpin perlu mempunyai ciri outstanding leaders, mereka perlu berupaya memimpin dan membimbing seluruh warga sekolah ke arah pencapaian misi, visi dan matlamat yang ditetapkan dan mempunyai kepimpinan yang unggul dan pengurusan yang berkesan mampu menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang berkesan. Kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin untuk menerima latihan pelbagai dimensi dari sudut ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya berupaya menghadapi cabaran dan dugaan pada era pembangunan teknologi dan globalisasi kini. Transformasi pendidikan masa depan amat penting sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara holistik. Kita perlu yakin melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020.
’Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya”
                                                                                                                 Al-  Kahfi-30



Rujukan
1.      Amalan Blue Ocean Strategy dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan, IAB 2013.

2.      Amin, S. Abdul Razak, M ((2008), Competency based training and development,’  IAB
3.      Amin bin Senin, Pemikiran Semula Pembangunan Kepimpinan Sekolah, IAB, 2011.
4.      Bierema, L. (1999), The Process of the Learning Organization: Making Sense of Change,  eric.ed.gov
5.      Christopher Brady (2010), Lauching a leadership Revolution: Mastering the Five levels of influence, Sage. NY.
6.      Harris, A. and Lambert, L (2003) Building  Leadership Capacity for School Improvement Maidenhead  Open University Press.

7.         Harvey Robbins and Michael Finlay(1996)  Why Change Doesn’t Work, Barnes & Noble.

8.      Harvey Robbins (2000) The New Why Teams Don’t Work: What Goes Wrong and How to Make It Right. Corwin.UK
9.      Howard Gardner (2009) Five Minds For The Future, Harvard Business School Press.

10.  Heath, Michael (2010) Leadership Secret. Collins, London.
11.  Jim Collins, 2006.Good To Great, Mc Graw Hill, NY
12.  Kouzes,J.M. & Posner,B.Z.(2002) The leadership challenge (ed.Ke-3) San Francisco:Josey-Bass

13.  Khair bin Mohd Yusof,  Perutusan  Ketua Pengarah Malaysia Tahun 2014 (edaran)

14.  McEwan, E.K. (2003) 10 Traits of Highly Effective Principals.CORWIN Press. A sage pub. California.

15.  Panduan Pendekatan Blue Ocean Strategy dalam Kepimpinan dan pengurusan Pendidikan, IAB,  2013
16.  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pelajaran Malaysia.

17.  Raymond Lai and Yuin Lai, 2013, Ready for Take Off, How Todays Graduates became High Flyers, Eminence Management Cosulting Sdn Bhd

18.  Serviovanni, T.J. (1994) Building Community in Schools. San Francisco: Jossey-Bass.
19.  Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK, Kementerian Pendidikan Malaysia.
20.  Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia“Majlis Perutusan Tahunan 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

21.  Tony Bush and David Middlewood (2013) Leading and managing People in Education, Sage Publications Ltd, London.
22.  University Lim Kok Wing Annual Report 2013
23.  www.Forbes.Leadership.Meeghan M. Biro, 5 Ways To Build A Future Leader,
24.  www.bridgespan.org. Building leadership. Four Steps to Developing Your Future Leaders.


No comments:

Post a Comment