Sunday, July 10, 2016

MELESTARIKAN TRANSFORMASI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DALAM PENDIDIKAN NEGARA


 MELESTARIKAN TRANSFORMASI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DALAM PENDIDIKAN NEGARA
                                                                        oleh
SAHIFUL BAHARI ABD RAHMAN
Pengetua Cemerlang, SM Sains Machang, Kelantan.
Pengenalan                                                                                              
‘Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapkah antara kamu yang lebih baik amalnya: dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat’  Al-Mulk- 2
      Perubahan drastik di institusi sekolah adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana dunia kini sentiasa berubah. Manakala sekolah perlu turut berubah untuk mengadaptasikan dengan pelbagai tuntutan perubahan persekitaran.  Pemimpin sekolah perlu sedar bahawa tuntutan perubahan persekitaran yang tidak terancang semakin cepat dan pantas akibat kesan globalisasi dan dunia tanpa sempadan.  Perubahan tidak terancang ini adalah lebih cepat berbanding perubahan terancang. ’Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang.’   [Muhyidin Yasin,2009]  Hal ini juga memberikan dampak yang besar  terhadap keupayaan kepimpinan dalam menerajui perubahan di sekolah. Sebagai pemimpin kita perlu bijak menghadapi golongan  yang disebut sebagai Generasi Y. Generasi Y ialah golongan  berumur bawah 31 tahun ( 1980 - 2002).  Generasi Y juga  disebut sebagai Millennial Generation, Generation Next, Net Generation or Echo Boomers. Mengikut  New Straits Times generasi ini  dianggarkan  berjumlah 3.9 juta yang menjadi tenaga kerja yang kuat atau  36 peratus komposisi penduduk yang bekerja di Malaysia. Sebagai pemimpin pada zaman yang mencabar ini, kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin bagi menghadapi generasi ini, iaitu generasi yang 90% mempunyai komputer riba, 82% memiliki telefon bimbit, menerima atau menghantar SMS. Mereka menghabiskan masa berhubung secara online daripada menonton televisyen. Mereka bersifat individualistik, yakin, bercita-cita tinggi, terbuka, global, bebas, dan kaya dengan pelbagai maklumat. Keadaan sudah pasti tugas pemimpin semakin berat dan kompleks. Jadi, pemimpin harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah.
“It’s not the strongest of the species that survives,nor the most intelligent, but the one most responsive to change.” Darwin.
   
          Mendepani situasi beginilah pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah drastik melancarkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan untuk memacu negara kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Pengertian Transformasi bermaksud mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga mengalihkan. Jadi, kita dapat difahamkan transformasi  membawa maksud perubahan ke arah yang lebih baik, maju, berkesan, berkualiti dan sempurna. Intipati transformasi merangkumi tumpuan ke atas perkara-perkara yang utama dan sangat penting kepada rakyat sejajar dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan.  Perkara ini telah ditegaskan dengan serius oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia,  “Pemimpin Peneraju Transformasi Pendidikan adalah bertepatan dengan peranan pemimpin sekolah sebagai penggerak utama proses transformasi pendidikan, yang menjadi penentu kejayaan transformasi negara kita. Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian  mulia.”
          Berasaskan pertimbangan ini, Dato Seri Abd Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah membentangkan Haluan Kerja Pendidikan pada 6 April 2011 dengan memberi penekanan kepada Prinsip Kerja X-Plus. Beliau menyatakan “inilah prinsip kerja kaum professional era Government Transformation Programe (GTP) dan Economic Transformation Programe (ETP): memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence) berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan. Prinsip kerja X-PLUS.
         Bagi menjayakan transformasi  ini, Tan Sri Muhyiddin (2011)  menyatakan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia  akan melaksanakan konsep maya di sekolah, iaitu ibu bapa boleh berinteraksi dengan pihak sekolah menerusi persidangan video. Projek perintis itu dikenali sebagai “Virtual Learning” atau Pemelajaran Maya. Berdasarkan maklumat ini, ibu bapa boleh terus mendapatkan nasihat guru berdasarkan pencapaian prestasi pelajar.  Jaringan itu membolehkan ibu bapa mengikuti dan memantau perkembangan anak-anak di sekolah serta berhubungan dengan guru menerusi internet. Di negara-negara maju sudah terbukti penglibatan ibu bapa banyak membantu pelajar dan sekolah itu sendiri berjaya.
          Sejarah penubuhan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)  telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua, iaitu “ an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary school to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education science subjects”  Pihak kerajaan secara langsung telah mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh SBP. Perkara telah telah ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri, dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 1 Disember 2011 lalu,  iaitu melalui   penubuhan SBP, MRSM, pusat asasi sains, matrikulasi dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas menengah Melayu.
Bagi merealisasikan matlamat dan hasrat murni inilah hala tuju SBP adalah seperti berikut,
Visi SBP- Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia
Misi- SBP ialah sebagai wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara
Matlamat akhirnya, pihak kerajaan ingin melahirkan murid SBP sebagai
Modal Insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, berpersonaliti unggul, kemahiran berfikir tahap tinggi dan mengamalkan budaya tinggi
     Pengiktirafan SBP semakin menyerlah apabila sebanyak 26  daripada 63 buah SBP telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi manakala 22 buah SBP dianugerahi Sekolah Kluster Kecemerlangan.  Penganugerahan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah kepada sekolah terbaik di Malaysia manakala Sekolah Amanah (Trust School) bertujuan merapatkan jurang pencapaian. SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang dan menjadi pilihan semua. Sekolah ini sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa. SBT merupakan sekolah terbaik di Malaysia, yang dipilih mengikut kriteria yang ketat dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pencapaian akademik yang cemerlang, iaitu skor komposit yang berasaskan Gred Purata Sekolah (pemberatan 70%) dan skor vertifikasi SKPM (pemberatan 30%)
     Sebagai murid SBP mereka perlu ada kemahiran soft skills- kemahiran insaniah. Soft skills telah dimasukkan dalam pembangunan dan pentaksiran dalam Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Takrif soft skills ialah- Kemahiran yang diperlukan oleh murid selain akademik untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang sebagai pengamal dalam akademik, pekerjaan dan kehidupan. Kemahiran ini amat diperlukan kerana kemahiran ini  dikaitkan dengan nilai kebolehpasaran seseorang dalam dunia pekerjaan. Terdapat 13 kemahiran soft skills, iaitu 1.Tanggungjawab sosial 2. Menghargai Alam Sekitar 3. Etika, Moral dan Profesionalisme  4.SpirituaL 5. Komunikasi 6.Kepimpinan 7.Kerja Sepasukan 8. Berfikiran kritikal dan menyelesaikan masalah  9. Teknologi maklumat dan Komunikasi  10.Pembelajaran Sepanjang Hayat  11. Globalisasi  12. Keusahawanan 13.Pengurusan.  



1.Menjana transformasi  Pengajaran dan Pembelajaran  (P&P)
``………as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts.  Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”
[Organization for Economic Co-operation and Development(OECD),2005 petikan daripada PIPP 2006-2010, KPM 2007,hlm 106]
    Pendidik seharusnya mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran agar pelajar tidak bosan dan menjadikan susana P & P menyeronokkan. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran ini dapat dilakukan sesuai dengan aras pelajar. Guru perlu peka dan sensitif serta mempelbagaikan kaedah pengajaran, menggalakkan segala kemahiran dan ilmu sebaik-baiknya dalam pengajaran dan pembelajaran di samping untuk membina pendidikan cemerlang. Kepelbagaian teknik pengajaran seperti penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat mereka untuk memberi fokus terhadap pelajaran yang diajar.  Perubahan yang positif ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada pelajar dan didapati mereka lebih berminat untuk belajar kerana penggunaan ICT telah memudahkan kefahaman mereka.
“Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan system penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan.          (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010) Peranan guru sebagai ‘ the most satisfying aspects of a job, teachers identify as the three most satisfying aspects of teaching:
1.1      “a change to use your mind and abilities”
1.2      “a chance to work with young people---see young people develop,” and
1.3      “appreciation for a job well done”
                                                                                                      (Festritzer, 1986)

Mulai 2012 semua SBP akan menerapkan 13 kemahiran soft skills ini dalam buku persediaan mengajar. (lihat di bawah)




Cadangan  Menulis Buku Persediaan Mengajar- SBP menjadi pelopor kaedah P&P terkini di negara ini
TARIKH/ HARI:


MASA:

TINGKATAN:

MATA PELAJARAN:

TAJUK:



STANDARD
PEMBELAJARAN:






MOD PEMBELAJARAN:
 
Perbincangan/ Pembentangan

Eksperimen

Simulasi

Projek

Pembelajaran Luar Bilik Darjah/ Lawatan

Integrasi Teknologi Maklumat

Lain-lain (Nyatakan)

……………………………………………………………….

Tandakan  pada ruangan berkenaan
RINGKASAN AKTIVITI:







BAHAN BANTU
BELAJAR (BBB)











SUMBER/
RUJUKAN



REFLEKSI



KEMAHIRAN INSANIAH
Tanggungjawab Sosial

Menghargai Alam Sekitar

Etika, Moral dan  Profesionalisme

Spiritual

Komunikasi

Kepimpinan

Kerja Sepasukan

Berfikiran Kritikal & Menyelesaikan
Masalah

Teknologi Maklumat  & Komunikasi

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Globalisasi

Keusahawanan

Pengurusan

 Tandakan  pada ruangan berkenaan


PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Amali/Eksperimen:

Projek:

Pembentangan:

Ujian:

Peperiksaan:

Lain-lain (Nyatakan):

…………………………………………………….

  Tandakan  pada ruangan berkenaan


STANDARD PRESTASI
(Diisi selepas P&P)
BAND 1
(Tahu)

BAND 2
(Tahu dan faham)

BAND 3
(Tahu, faham dan boleh buat)

BAND 4
(Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab)

BAND 5
(Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji)

BAND 6
(Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali)

  Tandakan  pada ruangan berkenaan

1.1 Projek XA-PLUS
   Bagi merealisasikan hasrat Dato Seri KPPM, pihak SBP telah melaksanakan Projek XA-PLUS sebagai responsif kepada Prinsip Kerja X-PLUS yang telah menjadi gagasan kepimpinan pendidikan di negara ini. Antara objektif projek ini ialah untuk memaksimumkan jumlah atau peratusan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mencapai keputusan gred A bagi semua mata pelajaran dan memaksimumkan jumlah atau peratusan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malysia yang mencapai keputusan gred A+, sekaligus gred A dan A- bagi semua mata pelajaran.
   Antara strateginya ialah melaksanakan mobilasi guru cemerlang atau berpengalaman dari satui SBP ke SBP yang lain, sama ada dalam zon SBP yang sama atau zon yang berlainan.  Strategi ini penting kerana elemen perkongsian pintar dari segi kepakaran guru cemerlang boleh membantu meningkatkan prestasi murid buka sahaja di satu-satu SBP sahaja tetapi SBP yang lain. Di samping itu, memanfaaatkan pergerakan guru-guru cemerlang boleh membantu meningkatkan pengalaman guru-guru lain menerusi pendekatan ‘team teaching’, ‘smart teaching, ‘collaborative teaching’ atau pendekatan lain yang seumpamanya.  Projek XA-PLUS ini akan menautkan iltizam dan keazaman serta komitmen pelbagai pihak SBP, PIBG, Alumni dan kumpulan profesional yang lain.
1.2  Menjana transformasi  di bilik darjah

      Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran.  Jika ini berlaku maka pelajar yang dilahirkan akan bersifat statik, iaitu mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Sistem pendidikan pada masa ini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada pelajar supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir menyelesaikan masalah berkomunikasi dan berkolaborasi. Pembelajaran yang dirancang juga perlu berpusat kepada pelajar.
``……students must also learn the essential skills for success in today’s world, such as critical thinking, problem solving, communication and collaboration….. ‘’
                                                                                   (The 21st century skills movement)


Antara kaedah pengajaran berkesan ialah melalui Profesional learnimg community- lesson study. Takrif Lesson Study adalah amalan guru-guru secara KOLABORASI , iaitu
     (i)            merancang dan menyedia Rancangan Mengajar 
   (ii)            membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru
 (iii)            membuat refleksi terhadap P&P, dan seterusnya
 (iv)            mengubahsuai untuk menambah baik Rancangan Mengajar.
Sebagai perinciannya cadangan langkah yang perlu diambil, iaitu
Langkah 1: Perancangan secara kolaboratif.
Langkah 2: Pemerhatian rancangan mengajar melalui tindakan.
Langkah 3: Perbincangan rancangan mengajar.
Langkah 4: Penilaian semula rancangan mengajar.
Langkah 5: Mengajar versi baru dalam mengajar.
Langkah 6: Perkongsian refleksi tentang versi baru dalam rancangan mengajar.

Refleksi  dalam Lesson Study (LS) dapat dihuraikan sebagai:
     (i)            LS adalah model yang berasaskan peningkatan berterusan jangka panjang.
   (ii)            LS berfokus pembelajaran pelajar.
 (iii)            LS fokus secara langsung kepada peningkatan pengajaran dalam konteks.
 (iv)            LS adalah kolaboratif
Guru yang terlibat dalam LS melihat diri mereka menyumbang kepada perkembangan pengetahuan mengenai pengajaran dan juga perkembangan profesional diri sendiri

LS telah dilaksanakan buat kali pertama di Paterson Public School No. 2 di Paterson, New Jersey pada tahun 1999. Pelaksanaan LS telah dibuat berdasrkan tesis  “Lesson Study: A case study of a Japanese approach to improving instruction through school-based teacher development”. Selepas itu, LS menjadi amalan terbaik dalam kalangan negara-negara maju.  Kajian Penyelidekan Lesson Study menunjukkan bahawa LS meningkatkan pengetahuan kandungan dan kandungan- pedagogi guru (PCK), meningkatkan amalan refleksi guru, dan membina pengetahuan serta kefahaman guru mengenai masalah pembelajaran pelajar .   Jadi, tidak hairanlah Takahashi & Yoshida, (2004) menyatakan, ‘Effective Lesson Study can have a long-term impact on students’ learning since well-prepared classroom practitioners who have a shared strong understanding of subject content knowledge and pedagogy can produce better results.’  Kenyataan beliau dikukuhkan dengan pandangan Yoshida, (2005), iaitu   ‘Effective Lesson Study can have an impact on teachers’ daily practice, because it offers teachers ways to think about planning lessons and to look at students’ thinking and learning’.















Proses Dalam Lesson Plan

  1. TENTUKAN MATLAMAT
1.1Kaji matlamat jangka panjang untuk perkembangan pembelajaran murid
1.2 Kaji matlamat kurikulum & sukatan pelajaran
 









                         2.RANCANG
2.1 Pilih tajuk yg hendak diajar
 2.2 Bincang masalah pembelajaran pelajar
2.3 Bincang & rancang langkah-langkah pengajaran
2.4 Jangkakan respon pelajar

2.4 Jangkaan respon pelajar




                           4.REFLEKSI
4.1 Bincang pengajaran yg dilaksanakan
4.2 Bincang kelemahan & cadangkan penyelesaian
4.3 Bagaimana pembelajaran pelajar dapat dtingkatkan
              3. KAJI PENGAJARAN
3.1 Laksanakan pengajaran
3.2 Kumpul data untuk refleksi/perbincangan
 
























Rasional mengapa Lesson Study dicadangkan adalah disebabkan Kajian video TIMSS [Third    International Mathematics and Science Study] (1995), Makoto Yoshida, Catherine Lewis  melibatkan tiga buah negara: Amerika Syarikat, Germany dan Jepun. Mereka mendapati pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik di Jepun amat berkualiti. Sila lihat dapatan di bawah.


Peratus  Kualiti P & P


Rendah
Sederhana
Tinggi
Germany
34
38
28
Jepun
11
50
39
Amerika Syarikat
89
11
0













.     Program Transformasi SBP dalam kurikulum merupakan satu usaha penting ke arah untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan terbaik di negara kita. Transformasi ini boleh dijayakan melalui inovasi sistematik atau systemic innovation yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan bertaraf dunia. Ini bermakna bahawa warga SBP perlu sentiasa memikirkan cara baharu dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan ini. Ini termasuklah melakukan inovasi dari segi pembangunan profesionalisme perguruan, Continuous Professional Development (CPD), latihan sumber manusia, menambahbaik struktur dan tadbir urus institusi serta pengukuhan kerjasama antara institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Michael Fullan, 2007 menyebut “ There is no single strategy that can contribute more to  meaning and improvement than ongoing professional development.”  Impak daripada kurikulum yang berkesan akan melahirkan modal insan yang disebut sebagai  generasi Ulul al Bab, keberhasilan gemilang, mempunyai nilai dan  sahsiah unggul, kreatif , pencipta teknologi ,berdaya saing- memenuhi keperluan dan kebolehpasaran tenaga kerja. Mengikut Stoll & Fink (1996) terdapat beberapa perkara yang mesti dilakukan oleh sekolah sekiranya sekolah itu hendak maju (improve):
1. Meningkatkan hasil pelajar (student outcomes)
2. Memberi  fokus kepada P&P
3. Membina kapasiti untuk menghadapi perubahan tanpa mengira sumbernya.
4. Mendefinisikan hala tuju sendiri
5. Menilai budaya dan kerja semasa untuk membangun norma-norma budaya positif.
6. Mencipta strategi-strategi bagi mencapai matlamat sekolah.
7. Menyatakan keadaan-keadaan dalaman yang boleh meningkatkan perubahan.
8. Mengekalkan momentum pada waktu sukar (periods of turbulence).
9. Memantau dan menilai proses, perkembangan, pencapaian & pembangunan sekolah.     





2.Memantapkan Pengurusan Asrama

    Sebagai pemimpin di SBP sangat mencabar dan berat. Dalam keadaan tertentu,  pemimpin di SBP menjaga murid selama 24 jam. Murid-murid SBP  mendaftarkan diri di Tingkatan Satu dan tamat persekolahan selepas Tingkatan Lima (SPM). Amanah yang dipikul cukup sulit dan meletihkan. Ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke SBP dengan membawa seribu harapan. Pihak guru telah memainkan peranan sebagai ‘in loco parentis’ iaitu guru menjalankan sebahagian peranan ibu bapa di sekolah selama lima tahun. Pengurusan asrama yang cekap dan berkualiti akan menentukan sahsiah murid SBP. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan pendidikan  di SBP berkualiti sebagai landasan untuk melahirkan modal insan yang kreatif, yang inovatif dan yang berkemahiran tinggi. Ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara melalui peningkatan kualiti modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita. Dalam model ekonomi baharu yang akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kejayaan untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, yang akan menentukan kemajuan dan kemakmuran masa depan negara.

2.1 Penjadualan rutin murid di asrama
2.2 Program love and caring- kempen sayang diri, harta, persekitaran sekolah
1.      Aplikasi 5S

1.  Mengamalkan  Seiri (Sisih)
2. Mengamalkan Seiton (Susun)
3.  Melakanakan Seiso (sapu)
4. Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
5. Mengamalkan Shitketsu (seragam)
3. Penarafan Bintang Pengurusan Sistem Rumah

     Penarafan Bintang Sekolah Berasrama Penuh ialah program yang dikelolakan oleh Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Kepemimpinan (SPKK), Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pengurusan sistem rumah yang cemerlang. Di samping itu, Penarafan Bintang ini juga bertujuan mewujudkan budaya kerja secara sepasukan dalam kalangan pentadbir, guru dan warga sekolah dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan sistem rumah di Sekolah Berasrama Penuh berdasarkan elemen yang terdapat di dalam pengurusan sistem rumah itu sendiri iaitu :

1.1                   Pengurusan kecemerlangan akademik
1.2                   Pengurusan kecemerlangan kokurikulum
1.3                   Pengurusan kecemerlangan 3K
1.4                   Pengurusan kecemerlangan sahsiah

3.1  Format Penilaian 

3.2 Instrumen Penilaian . Instrumen ini terdiri daripada 6 elemen utama iaitu:
a.       Elemen 1        : Pengurusan dan Pentadbiran Sistem Rumah (10%)
b.      Elemen 2        : Pengurusan Kecemerlangan Akademik (20%)
c.       Elemen 3        : Pengurusan Kecemerlangan Kokurikulum (20%)
d.      Elemen 4        : Pengurusan Kecemerlangan 3 K (20%)
e.       Elemen 5        : Pengurusan Kecemerlangan Sahsiah (20%)
f.       Elemen 6        : Kemenjadian Murid (10%)

Setiap elemen mempunyai aspek yang berkaitan, manakala setiap aspek diperihalkan melalui satu senarai item.  Setiap elemen akan diisi oleh setiap rumah di peringkat sekolah oleh Biro setiap rumah dan diverifikasi oleh Pentadbir Sekolah. Markah daripada setiap rumah akan dijadikan asas dalam pemarkahan bagi peringkat sekolah.

3.2  Instrumen Sokongan

a.       CD Pengurusan Sistem Rumah
·         Persembahan (powerpoint/video) aktiviti/program yang memaparkan elemen-elemen dalam Pengurusan Sistem Rumah
·         Durasi persembahan – 5 hingga 10 minit
b.      Program Rumah / Keunikan / Keistimewaan
·         Dokumen/Kertas kerja Program
·         Laporan Impak
3.3  Proses Penilaian
 Proses penilaian Penarafan Bintang Pengurusan Sistem Rumah Sekolah Berasrama Penuh adalah seperti berikut :
3.3.1        Fasa Penilaian   Fasa 1 : Penarafan Kendiri
4        Penganugerahan            

 Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Sistem Rumah diberikan kepada SBP yang telah mencapai Tahap SET ( Significantly Exeed Target ) iaitu mempunyai markah antara 90 % hingga 100 % berdasarkan Instrumen Penilaian dan Penilaian yang telah dijalankan.




AKTIVITI YANG WAJIB DILAKSANAKAN DI ASRAMA
1.       Solat Fardu 5 waktu berjemaah di surau
2.       Inspection (setiap minggu)
1.1   General Inspection.
1.2   Inspection Bertema / berfokus.
3.       Senamrobik/Riadah
4.       Kelas persediaan
5.       Pemantauan harian asrama (sebelum perhimpunan pagi)
6.       Gotong Royong Perdana (sebulan sekali)
7.       Makan Berhidang (sekurang-kurangnya sekali sehari)



AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI ASRAMA
1.       Bacaan senyap sebelum perhimpunan
2.       Solat Sunat Dhuha/Solat Hajat/Solat Witir/ Qiyamullail dan solat sunat yang lain)
3.       Bacaan Al-Mulk sebelum tidur ( murid dikehendaki berada di kamar sepuluh minit sebelum light off)
4.       Usrah/Tazkirah/Halaqah Tafsir
5.       Tayangan Gambar/aktiviti jualan dengan kebenaran pihak sekolah
CONTOH  : JADUAL RUTIN MURID DI ASRAMA
HARI ISNIN – JUMAAT
MASA
AKTIVITI / PROGRAM
TEMPAT
05.30 pagi – 06.00 pagi
Murid bangun pagi dan urus diri
Asrama
06.00 pagi – 06.30 pagi
Solat Sunat Sebelum Solat Subuh
Solat Subuh Berjemaah
Surau / Masjid
06.30 pagi – 07.00 pagi
Sarapan
Dewan Makan
07.00 pagi – 07.15 pagi
Murid berada di tapak perhimpunan
( Bacaan Senyap )
Tapak Perhimpunan
07.15 pagi – 07.30 pagi
Perhimpunan
Isnin – Rasmi (Dewan Besar)
Selasa – Akademik
Rabu – Kokurikulum
Khamis – HEM
Jumaat - Asrama
Tapak Perhimpunan
07.30 pagi – 02.30 petang (04.30 petang)
( ikut kesesuaian sekolah )
P & P bermula

Kelas
10.20 pagi – 10.40 pagi
Waktu Rehat
Cadangan pengisian
-    Makan
– Solat Sunat

Surau / Masjid
Kantin
 02.30 petang – 03.30 petang
Solat Zohor berjemaah
Makan Tengahari
Surau / Masjid
Dewan Makan
03.30 petang – 04.30 petang
Kelas Persediaan ( Kelas P & P )
Kelas /
04.30 petang – 05.00 petang
Solat Asar berjemaah
Minum Petang
Surau / Masjid
Dewan Makan
05.00 petang – 06.15 petang
Aktiviti  Riadah dan Rekriasi


Padang Permainan
Bilik Rehat
Bilik TV
06.15 petang – 06.30 petang
Urus Diri
Asrama
06.30 petang – 07.00 petang
Makan Malam Berhidang
Dewan Makan
07.00 petang – 08.30 malam
Solat Maghrib dan
Solat Isyak berjemaah
(ikut kesesuaian sekolah)
Surau / Masjid
08.30 malam – 10.30 malam
Kelas Persediaan
Kelas
10.30 malam – 11.00 malam
Minum Malam
Dewan Makan
11.00 malam – 11.30 malam
Urus Diri
Asrama
11.30 malam
Lampu kamar ditutup / tidur
Asrama

* Jadual ikut kesesuaian sekolah
CONTOH JADUAL RUTIN MURID DI ASRAMA
HARI SABTU
MASA
AKTIVITI / PROGRAM
TEMPAT
05.30 pagi – 06.00 pagi
Murid bangun pagi dan urus diri
Asrama
06.00 pagi – 06.30 pagi
Solat Sunat Sebelum Solat Subuh
Solat Subuh Berjemaah
Surau / Masjid
06.30 pagi – 07.00 pagi
Sarapan
Dewan Makan
07.00 pagi – 08.00 pagi
House Cleaning Asrama
Asrama
08.00 pagi – 08.30 pagi
House Meeting

08.30 pagi – 09.00 pagi
Inspection
2.       General Inspection (mingguan)
3.       Berfokus/ Bertema (minimum sekali sebulan)
-          Pemantauan Asrama oleh Pengetua/PK/PK HEM/PK Koku/
-          Warden/ Guru Rumah
-          Pemantau diiringi oleh
1.       Ketua Pelajar
2.       Penolong Ketua Pelajar
3.       Ketua Rumah
4.       Ketua Paras
5.       Ketua Blok
6.       Ketua Biro Pengawas

Asrama
09.00 pagi – 12.00 tengahari
Kelas Persediaan

Kelas
12.00 tengahari – 06.00 petang
Aktiviti Bebas/Terima Pelawat/ Keluar Bandar
Makan Tengahari
Kawasan sekolah kecuali asrama dan bangunan akademik

 06.00 petang – 06.30 petang
Urus Diri
Asrama
06.30 petang – 07.00 petang
Makan Malam Berhidang
Dewan Makan
07.00 petang – 08.30 malam
*Solat Maghrib dan
*Solat Isyak berjemaah
Surau / Masjid
08.30 malam – 10.30 malam
*Aktiviti bebas (contoh Tayangan Gambar, Aktiviti Rumah dan lain-lain
Kelas
10.30 malam – 11.00 malam
Minum Malam
Dewan Makan
11.00 malam – 11.30 malam
Urus Diri
Asrama
11.30 malam
Lampu kamar ditutup / tidur
Asrama

CONTOH JADUAL RUTIN MURID DI ASRAMA
HARI AHAD
MASA
AKTIVITI / PROGRAM
TEMPAT
05.30 pagi – 06.00 pagi
Murid bangun pagi dan urus diri
Asrama
06.00 pagi – 06.30 pagi
Solat Sunat Sebelum Solat Subuh
Solat Subuh Berjemaah
Surau / Masjid
06.30 pagi – 07.00 pagi
Urus Diri
Asrama
07.00 pagi – 07.30 pagi
Senamrobik
Asrama
07.30 pagi – 08.00 pagi
Sarapan
Dewan Makan
08.00 pagi – 12.00 tengah hari
Aktiviti Bebas/Program Kecemerlangan Akademik
Asrama/Kelas
12.00 tengahari – 06.00 petang
Aktiviti Bebas/ Terima Pelawat/ Keluar Bandar
Makan Tengahari
Kawasan sekolah kecuali asrama dan bangunan akademik

 06.00 petang – 06.30 petang
Urus Diri
Asrama
06.30 petang – 07.00 petang
Makan Malam Berhidang
Dewan Makan
07.00 petang – 08.30 malam
Solat Maghrib dan
Solat Isyak berjemaah
(ikut kesesuaian sekolah)
Surau / Masjid
08.30 malam – 10.30 malam
*Kelas Persediaan
Kelas
10.30 malam – 11.00 malam
Minum Malam
Dewan Makan
11.00 malam – 11.30 malam
Urus Diri
Asrama
11.30 malam
Lampu kamar ditutup / tidur
Asrama

  1. Transformasi  Kepemimpinan Murid

        Keupayaan  pemimpin murid di sekolah serta keperluan dalam meniti cabaran masa hadapan banyak sangat penting. Sebagaimana di negara-negara maju, aspek keperkasaan pemimpin murid di sekolah dan kecemerlangan kepimpinan sekolah menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia, kini. Sekolah dan kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mentarbiyah murid-murid SBP untuk mengisi harapan masyarakat dan cabaran masa depan negara.  Begitu juga, dalam memperkatakan transformasi pendidikan yang membawa maksud suatu perubahan terancang pendidikan melalui Perkembangan Baru Dalam Pendidikan untuk membangunkan pendidikan secara sistematik dan penyediaan prasarana pendidikan yang berkualiti amat signifikan dengan kualiti kepimpinan sekolah. Mengikut Donald Clark (2003) terdapat sepuluh kompetensi yang perlu dikuasai oleh seorang pemimpin. Kompetensi tersebut adalah seperti berikut:
Kerja berpasukan , Komunikasi, Hala kendiri (self direction), Penyelesaian masalah yang kreatif, Kemahiran interpersonel, Mesra pelanggan, Hubungan luar, Keanjalan (flexibility), Profesional
       Langkah ini selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak pada April 2009 mempunyai dua matlamat, iaitu menukar kerajaan menjadi lebih berkesan dalam penyampaian perkhidmatannya dalam hal penting kepada rakyat dan kedua, menggerakkan Malaysia ke depan menjadi lebih maju, bersatu serta mempunyai standard kehidupan yang tinggi, selaras dengan misi kerajaan mencapai Wawasan 2020 , iaitu matlamatnya untuk menjadikan Malaysia negara maju. “We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn so they can continue their education throughout the rest of their lives.  The measure of  success in 2020 will be the number and quality of our people who can add value to information.” (Dr Mahathir, 1996)
       Manakala  James M. Kouzes and Barry Z. Posner, 2002 dalam bukunya’  Five Practices of Exemplary Leadership’ meletakkan lima amalan terbaik yang perlu dihayati oleh pemimpin sekolah untuk meningkatkan prestasi sekolah, iaitu
1.      Model the way 2. Inspire a shared vision 3. Challenge the process 4. Enable others to act   5. Encouraging the heart
 
 4.1 Program Keluarga SBP

1.      Konsep Program

1.1   Program dilaksanakan berdasarkan konsep ‘in loco parentis’ iaitu guru menjalankan sebahagian peranan ibu bapa di sekolah.
1.2   Guru (Ketua keluarga) berperanan memantau, membimbing dan membantu murid (ahli keluarga) dalam aspek kebajikan, akademik, sahsiah, perkembangan psikososial, emosi dan kerohanian.
1.3   Kumpulan guru dan murid berfungsi sebagai satu unit keluarga kecil.
1.4   Aktiviti yang dijalankan di sekolah mengintegrasikan kumpulan keluarga.
1.5   Akronim K.E.L.U.A.R.G.A bermaksud: K: Kasih sayang, E: Empati, L: Luhur, U: Ukhuwah, A: Amanah, R: Rohani, G: Gembira, A: Ambil berat. Amalan nilai-nilai ini menjadi elemen penting pelaksanaan program KELUARGA SBP.

2.      Objektif Program

2.1   Mewujudkan persekitaran dan hubungan kekeluargaan antara guru dan murid di sekolah.
2.2   Merapatkan hubungan ukhuwah sesama guru dan murid.
2.3   Menyediakan sistem sokongan sosial kepada murid di sekolah.
2.4   Membantu mengurangkan masalah disiplin melalui pendekatan ‘Personal touch’.
2.5   Membantu murid mengurus emosi dan memahami perkembangan diri dengan baik.
2.6   Meningkatkan ‘Soft skills’ murid melalui aktiviti yang dijalankan bersama keluarga.

3.      Garis panduan pemilihan ahli keluarga

3.1   Semua guru terlibat.
3.2   Ahli dalam sesebuah keluarga terdiri daripada seorang guru dan beberapa orang murid (10-12 orang) daripada rumah yang sama.
3.3   Kumpulan keluarga terdiri daripada murid lelaki dan perempuan daripada pelbagai tingkatan (mengikut kesesuaian sekolah).
3.4   Ahli keluarga yang sama tidak berubah, sepanjang guru dan murid berada di sekolah yang sama.
3.5   Kemasukan murid baru (Tingkatan 1 dan 4) diserap sebagai pengganti ahli keluarga yang telah tamat persekolahan (Tingkatan 5).
3.6   Majlis Penyerahan Ahli Keluarga dilakukan pada bulan Januari.

4.      Jawatankuasa
Pengerusi                     :           Pengetua
Naib Pengerusi            :           Penolong Kanan HEM
Penyelaras                   :           GBK
Ahli Jawatankuasa:
Rumah A         :           Guru Ketua Rumah A
Rumah B         :           Guru Ketua Rumah B
Rumah C         :           Guru Ketua Rumah C
Rumah D         :           Guru Ketua Rumah D
5.      Tempoh pelaksanaan
5.1   Program ini dilaksanakan sepanjang tahun dan diintegrasikan dalam program-program yang dijalankan di sekolah.
5.2   Perjumpaan rasmi diwajibkan sebulan sekali (mengikut kesesuaian sekolah).
5.3   Perjumpaan tidak rasmi boleh dilaksanakan di luar jadual perjumpaan rasmi.
5.4   Tempoh perjumpaan rasmi: 40 minit

6.      Pelaporan dan Penilaian
6.1   Laporan aktiviti disediakan oleh murid dan diserahkan kepada pentadbir sekolah sebulan sekali.
6.2   Penilaian dilakukan secara penilaian kendiri oleh murid dan juga guru.
6.3   Perkembangan dan pencapaian ahli keluarga (murid) dikesan daripada markah Sistem Rumah.
6.4   Refleksi keluarga dijalankan pada hujung tahun untuk menilai keberkesanan program keluarga di sekolah.

7.      Pengisian program

7.1   Setiap keluarga memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan program-program dianjurkan di sekolah.
7.2   Pengisian program semasa perjumpaan rasmi dijalankan mengikut tema yang dicadangkan setiap bulan:
Januari             :           Suai kenal/Bina rapport
Februari           :           Membina matlamat keluarga
Mac                 :           Pengurusan Diri
April                :           Pengurusan Masa
Mei                  :           Sayangi Diri dan Keluarga
Jun                   :           Potensi Diri
Julai                 :           Nilai-nilai Murni
Ogos                :           Semangat Patriotisme
September       :           Persediaan Menghadapi Peperiksaan
Oktober           :           Refleksi Keluarga

7.3   Guru dan murid dibenarkan mempelbagaikan aktiviti keluarga yang bertujuan mencapai objektif program semasa perjumpaan rasmi dan tidak rasmi.

8.      Contoh Aktiviti/Program
8.1   Setiap keluarga turut bekerjasama sebagai Ahli Jawatankuasa program dilaksanakan di sekolah.
 Contoh: Keluarga Cikgu Noriman (Guru dan murid) bertugas sebagai  AJK Sambutan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah
8.2   Hari Keluarga sekolah melibatkan kumpulan keluarga.
8.3   Hari pendaftaran dan perjumpaan pelaporan akademik murid turut melibatkan guru (Ketua Keluarga) bertemu dengan ibu bapa murid.
8.4   High table keluarga.
8.5   Sukaneka keluarga semasa sambutan Hari Guru/ Hari Sukan
8.6   Outing bersama keluarga sekurang-kurangnya sekali setahun.
8.7   Program kerohanian bersama keluarga.
8.8   Gotong-royong dan sudut-sudut jagaan keluarga di sekolah
Contoh: Taman Sains : Kelolaan Keluarga Cikgu Suriani
8.9 Memberikan pengiktirafan kepada keluarga.
Contoh: Anugerah Keluarga Cemerlang Akademik, Anugerah Keluarga Cemerlang Kokurikulum dan lain-lain.
8.10 Sebarang aktiviti yang bersesuaian dengan konsep dan keperluan di 
      sekolah.
4.2 Kemahiran Belajar
1.      Konsep Program

1.1   Program Kemahiran Belajar disusun berpandukan Buku Panduan Kemahiran Belajar Sekolah Berasrama Penuh (2010) dan Huraian Kemahiran Belajar (2012).
1.2   Manakala, Kemahiran Belajar Mengikut Subjek Penilaian Menengah Rendah (PMR) merupakan satu pendekatan baru sebagai penambahbaikan kepada panduan Kemahiran Belajar SBP sedia ada.
1.3   Sehingga bulan Julai 2012, sebanyak 19 Kemahiran Belajar akan didedahkan kepada murid Tingkatan 1 melalui slot dalam Minggu Silaturrahim (MSR) dan sesi selama 1 jam setiap minggu melalui jadual yang disusun oleh pihak sekolah.
1.4   Murid Tingkatan 1 juga akan didedahkan dengan ‘Kemahiran Belajar Mengikut Subjek’ melalui sesi pembelajaran mengikut jadual anjal pada minggu ketiga persekolahan dan disusuli dengan sesi di dalam kelas pada minggu keempat.
1.5   Murid-murid yang dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran belajar, akan mengikuti program intervensi kemahiran belajar yang dikelolakan oleh pihak sekolah.

2.      Objektif Program

2.1   Murid dapat menguasai Kemahiran Belajar secara berperingkat semasa mereka berada di Tingkatan 1.
2.2   Murid dapat menguasai Kemahiran Belajar Mengikut Subjek pada bulan kedua pembelajaran di sekolah (Februari 2012).

3.      Garis panduan pelaksanaan program

3.1   Program dilaksanakan berpandukan kandungan Buku Panduan Kemahiran Belajar Sekolah Berasrama Penuh (2010), Huraian Kemahiran Belajar (2012) dan Garis Panduan Kemahiran Belajar Mengikut Subjek.
Bengkel Penyediaan Garis Panduan Kemahiran Belajar Mengikut Subjek dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua sesi persekolahan.
 4.3 Program Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 Dan 4  2012

1.      Konsep Program
1.1   Program orientasi yang dirancang secara umumnya bertujuan untuk membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana pembelajaran baru di SBP.
1.2   Program yang dirancang berfokus kepada Kemahiran Fundamental murid iaitu:
1.2.1 Pengurusan Loker (Wardrobe Management)
1.2.2 Pengurusan tempat tinggal
1.2.3 Kemahiran bersosialisasi dan komunikasi
1.2.4 Berkesedaran sivik
1.2.5 Adab makan (High table)
1.3   Semasa program MSR, murid-murid baru di SBP diberikan pendedahan dan maklumat berkaitan SBP, pengenalan kepada sekolah, kegiatan kokurikulum melalui ceramah dan taklimat, lawatan serta aktiviti kumpulan kecil dan besar.
1.4   Ciri-ciri Kemahiran ‘Soft skills’ diterap dan dikenal pasti dalam pelaksanaan pengisian program.

2.      Objektif Program

2.1   Murid dapat mengenali dan mengetahui suasana persekitaran dan budaya SBP.
2.2   Murid dapat menghayati Visi, Misi dan Falsafah SBP
2.3   Murid bersedia dengan minda mereka selaras dengan matlamat utama belajar di SBP.
2.4   Murid dapat menyesuaikan diri dan mengawal emosi dengan merasai keselesaan hidup di asrama.
2.5   Murid dapat belajar dengan aktif dan berkeyakinan tinggi.
2.6   Meningkatkan ‘Soft skills’ murid melalui aktiviti yang dijalankan bersama keluarga.

3.      Garis panduan pelaksanaan program
3.1   Program dilaksanakan berpandukan kandungan Buku Panduan Minggu Silaturrahim (MSR) Sekolah Berasrama Penuh (2010).
3.2   Ciri-ciri kemahiran ‘Soft skills’ dikenal pasti dan dinyatakan dalam pengisian program.
3.3   Kemahiran Belajar turut disertakan dalam pengisian program (Penetapan Matlamat, Orientasi dan Kepentingan Matapelajaran serta Pengenalan Kemahiran Belajar)
4.      Jawatankuasa
4.1   Pembentukan jawatankuasa seperti dinyatakan dalam Buku Panduan Minggu Silaturrahim (MSR) Sekolah Berasrama Penuh (2010).
5.      Tempoh pelaksanaan
5.1   Program Minggu Silaturrahim 2012 dilaksanakan selama 2 minggu selepas murid mendaftar di sekolah.
6.      Pelaporan dan Penilaian
6.1   Borang Penilaian Aktiviti dan Borang Penilaian Program dilengkapkan oleh semua murid yang terlibat dengan MSR.
6.2   Pelaporan program dan penilaian keberkesanan program dihantar ke BPSBPSK pada bulan Februari 2012.

7.      Pengisian program
7.1   Program dilaksanakan berpandukan kandungan Buku Panduan Minggu Silaturrahim (MSR) Sekolah Berasrama Penuh (2010).
7.2   Ciri-ciri kemahiran ‘Soft skills’ diterapkan dalam setiap aktiviti murid.
7.3   Kemahiran Belajar turut disertakan dalam pengisian program (Penetapan Matlamat, Orientasi dan Kepentingan Matapelajaran serta Pengenalan Kemahiran Belajar)
7.4   Penambahbaikan pengisian program selaras dengan Transformasi Kepimpinan Murid dilakukan dengan menyertakan kemahiran-kemahiran berikut:
7.4.1 Pengurusan Loker (Wardrobe Management)
7.4.2 Pengurusan tempat tinggal
7.4.3 Kemahiran bersosialisasi dan komunikasi
7.4.4 Berkesedaran sivik
7.4.5        Adab makan (High table)



 Impak kepada transformasi di asrama akan lahir kemahiran kepimpinan berkesan yang berkesan dalam kalangan murid, mereka mempunyai kebolehan, komunikasi , menangani konflik , menyelesaikan masalah dan membuat keputusan  serta perundingan .

5.Transformasi kokurikulum

       Aspek kokurikulum di  SBP mempunyai peranan yang amat penting. Aktiviti kokurikulum menyediakan laluan utama ke arah untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berimpak tinggi. Murid SBP telah mengadakan jalinan dan jaringan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan atarabangsa. Melalui kegiatan ini, murid SBP berkeupayaan, berkebolehan dan memiliki daya kepimpinan, disiplin diri yang tinggi,bekerjasama dalam pasukan, dan memiliki  kemahiran soft skills .  Oleh itu, peningkatan kualiti disiplin diri yang berteraskan kemahiran ini, mesti diperkasa dan mesti dijadikan agenda utama dalam memenuhi keperluan modal insan negara. Kejayaan dalam setiap pertandingan dalam aktiviti kokurikulum akan menyemarakkan semangat patriotik dan mengukuhkan perpaduan kalangan murid. Mike Schmoker dalam bukunya  Results: the Key to Continuous School Improvement , menyatakan terdapat tiga konsep yang menjadi asas pada suatu keputusan penambahbaikan yang positif iaitu kerja pasukan yang bermakna, matlamat yang dapat diukur dan pengutipan serta penganalisisan data prestasi yang berterusan.
Perkara ini ditegaskan juga dalam ‘Developing World Class Enlightened  Leadership Model’ Action of an Enlightened Leadership style,iaitu
Inspiring, compelling vision
Positive discipline
People first
Self-responsibility
Expectation for result

5.1  Pengiraan Markah Kokurikulum
  • Murid wajib terlibat dalam semua bidang kokurikulum (3 + 1)
  1. pasukan badan beruniform
  2. kelab/persatuan
  3. sukan/permainan
  4. program latihan khidmat negara

5.2 Pertimbangan Pengiraan
  • Pengiraan berasaskan kepada prestasi dalam 2 bidang terbaik :
    1. Murid Tingkatan 1 – 5 dan 6 Atas
(2 dari 3 bidang yang disertai)
    1. Murid Tingkatan 6 Rendah
(2 dari 4 bidang yang disertai)
5.3 Konsep Penilaian Dan Laporan
  • Berterusan dalam tempoh persekolahan
  • Persembahan markah dalam bentuk
a.       GPA (grade point average)
b.      CGPA (cumulative grade point average)
Penggredan Markah Kokurikulum
GRED
MARKAH
A
Antara 80 hingga 100
B
Antara 60 hingga 79
C
Antara 40 hingga 59
D
Antara 20 hingga 39
E
19 ke bawah

5.4  Penilaian

Bil
Perkara
Markah
1
Kehadiran
50
2
Jawatan Disandang
10
3
Penglibatan
20
4
Pencapaian
20
Jumlah
100

Bonus
Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah.  Perjawatan tersebut merangkumi:
a.                   Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, Imam dan sebagainya.
b.                  Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua bilik/asrama dan sebagainya.
c.                   Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya.
Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun.  Markah bonus dikira sekali sahaja mengikut tahun semasa murid mendapat pengiktirafan tersebut. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Bil
Jawatan
Markah Bonus
1.
Ketua Murid
10
2.
Timbalan/Penolong Ketua Murid
8
3.
Ketua / Pengerusi Badan-badan Perkhidmatan/  Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah / Pegawas/ Ketua Asrama / Ketua PRS / Kuartermasters / Ketua Rumah Sukan
7
4.
Penolong Ketua Asrama / Penolong Kuartermasters/ Pegawas Pusat Sumber
6
5.
AJK Utama  Badan-badan Perkhidmatan atau Pengurusan / Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro
- Asrama / PRS / Penerima sijil dan lencana SLAD / PROSTAR / Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah/ Pegawas Koperasi
5
6.
Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan
- AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm /  Ketua Tingkatan / Penerima sijil SLAD / PROSTAR
3
7.
Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik / Ahli Kuartermasters
2

Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang di usahakan sendiri.  Markah  anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:
Bil
Pencapaian
Markah Bonus
1
Anugerah Remaja Perdana (ARP)

Emas
10
Perak
7
Gangsa
5
2
Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan
10
3
Penyertaan aktiviti kokurikulum di luar negara/dalam negara atas pembiayaan sendiri dengan kelulusan KPM
5
4
Penyertaan aktiviti kokurikulum di luar negara/dalam negara atas pembiayaan sendiri tanpa pengiktirafan
2
5
Anugerah Pengakap Raja / Pandu Puteri Raja
10
6
Lain-lain anugerah yang sehaluan dengan dasar KPM

6.1 Peringkat Antarabangsa
6
6.2 Peringkat Kebangsaan
5
6.3 Peringkat Negeri
4
6.4 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian
3
6.5 Peringkat Sekolah
2

PROGRAM NILAM
MARKAH
NILAM
EMAS
PERAK
GANGSA
Sekolah
7
6
5
4
Zon/Daerah/Bahagian
8
7
6
5
Negeri
9
8
7
6
Kebangsaan
10
9
8
7
Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk salah satu daripada jawatan yang paling tinggi disandang setiap tahun

Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak diambil kira.
Markah keseluruhan = Asas(100) + Bonus(10)
Kehadiran
Berasaskan kepada aktiviti setahun ditetapkan minimum 42 x, iaitu :
  • Pasukan Badan Beruniform                – 18 kali
  • Kelab/Persatuan                                  – 12 kali
  • Sukan/Permainan                                – 12 kali
Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut:
Markah kehadiran
Jika jumlah kehadiran pelajar            =         a
Jumlah Perjumpaan setahun              =         b
Ketidakhadiran diluluskan                  =         c
(cuti sakit, upacara keagamaan)
Markah kehadiran                               =            a+c   x 50
                                                                                        b

Cadangan Markah Pencapaian minimum setiap murid SBP untuk mendapat A kokurikulum

Tingkatan 1
Bil
Perkara
Markah
1
Kehadiran
50 (maksimum)
2
Jawatan Disandang
4 (minimum untuk ahli aktif)
3
Penglibatan
8 (peringkat sekolah)
4
Pencapaian
6 (ketiga peringkat sekolah)
5
Bonus
2
Jumlah
70

Tingkatan 2
Bil
Perkara
Markah
1
Kehadiran
50 (maksima)
2
Jawatan Disandang
5 (AJK)
3
Penglibatan
11 (peringkat zon / daerah / bahagian)
4
Pencapaian
7 (kedua peringkat sekolah)
5
Bonus
3
Jumlah
76

Tingkatan 3
Bil
Perkara
Markah
1
Kehadiran
50 (maksimum)
2
Jawatan Disandang
6 (Penolong SU/Bendahari)
3
Penglibatan
11 (peringkat zon / daerah / bahagian)
4
Pencapaian
8 (Johan peringkat sekolah)
5
Bonus
5
Jumlah
80

Tingkatan 4

Bil
Perkara
Markah
1
Kehadiran
50 (maksimum)
2
Jawatan Disandang
8 (Timbalan pengerusi/naib pengerusi)
3
Penglibatan
12 (Negeri)
4
Pencapaian
12 (Ketiga peringkat negeri)
5
Bonus
5 (AJK Utama)
Jumlah
87
Tingkatan 5

Bil
Perkara
Markah
1
Kehadiran
50 (Maksimum)
2
Jawatan Disandang
6-10 (minimum Penolong Bendahari / Penolong Setiausaha atau Koperal)
3
Penglibatan
11 (peringkat daerah)
4
Pencapaian
8
5
Bonus
5 (AJK utama)
Jumlah
80

Cadangan markah murid setiap tingkatan untuk mendapat A
Contoh Pengiraan
Tingkatan 1                                         = 70
Tingkatan 2                                         = 76
                                                            = (70 + 76)/2    = 73
Tingkatan 3                                         = 80
                                                            = (73 + 80)/2    = 76.5
Tingkatan 4                                         = 87
                                                            = (76.5 + 87)/2  = 81.75
Tingkatan 5                                         = 80
                                                            = (81.75 + 80)/2 = 80.875

Contoh Markah 10%
Markah CGPA Tingkatan 5    =          80.88 (mesti dalam 2 digit)
Maka nilai 10%                                   =          (80.88 / 100) X 10 =   8.09
Strategi ke arah pencapaian matlamat Gred A kokurikulum bagi murid SBP
  1. Dasar 1 Murid 1 Jawatan (1M1J)
Jawatan-jawatan utama peringkat sekolah sewajarnya disandang oleh murid yang berbeza.
Contoh : Pengerusi kelab/persatuan atau unit beruniform atau kelab sukan/permainan tidak disandang oleh murid yang sama.
  1. Memperbanyak aktiviti anjuran sekolah untuk murid menengah rendah tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

  1. Mewujudkan penganjuran aktiviti peringkat daerah bagi SBP.
Definisi peringkat daerah bagi SBP perlu ditetapkan oleh BPSBPSK.
  1. Semua aktiviti berkumpulan yang melibatkan murid perlu dianggap sebagai aktiviti kurikulum murid yang melayakkan  pemberian markah kokurikulum atau markah bonus.
Contoh : Program Perfect Score, Hari Kebudayaan Bahasa, Kursus PRS, Kem Kesuma, Karnival Kerjaya dan sebagainya.
(Sama ada program melibatkan HEM, akademik, kaunseling)
  1. Setiap SBP perlu mewujudkan inventori kegiatan murid-murid di sekolah sebagai pusat pengumpulan maklumat. Inventori ini mengandungi semua aktiviti yang melibatkan semua murid sepanjang tahun. Penolong Kanan Kokurikulum perlu menyelaraskan inventori ini.































.
.

Dalam bidang pendidikan, kita mahu memastikan anak-anak kita akan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antarabangsa yang penuh cabaran ini.( Dato Seri Najib Tun Razak, 2009)

                                                         











      SBP yang dikategorikan institusi yang hebat pasti mempunyai etos (watak) yang hebat. Ini bermakna sekolah yang cemerlang akan menghasilkan dan mewujudkan etos yang cemerlang di sekolah. Daripada kajiannya, terdapat lima ciri utama yang umum jelas terdapat dalam sekolah berkenaan, iaitu
1.Ketaatsetiaan warga kepada pengetua/ guru besar organisasi sekolah
2.Komitmen tinggi kepada hala tuju organisasi sekolah
3.Semangat berpasukan warga kepada organisasi/sekolah
4.Profesionalisme dalam segala tugasan
5.Semangat tanggungjawab bersama
 Untuk bawa perubahan kepada ahli-ahli organisasi/institusi, sekolah perlu strategi ke arah:
    I.      Semangat sedia berinteraksi/berbincang/musyawarah
    ii.     Semangat sedia belajar yang baru secara berterusan
    iii.    Semangat sedia terus memperbaiki keupayaan diri
    iv.    Sedia menerap nilai murni dalam diri/pelajar/sekolah
Pengajaran daripada hasil kajian itu ialah:
·         Perlu melihat sekolah sebagai satu organisasi budaya terancang
·         Sebagai satu budaya tersendiri
·         Sebagai satu kuasa pembawa perubahan
Untuk mempengaruhi gerak lakuan pelajar membentuk watak dan pekerti pelajar membina    gelagat pelajar yang unggul  (Hussein Ahmad,2009)
            Pemimpin sekolah berkesan ialah seorang pemimpin yang berwibawa, mempunyai integrity, dan percaya kepada kebolehannya sendiri sehingga mampu untuk mengurus perubahan dan membina satu pasukan petugas yang menjana satu sistem kerja supaya setiap anggota organisasi dapat sama-sama diberi peluang untuk menylesaikan masalah dengan kreatif dan penuh komitmen dengan meletakkan satu matlamat dan hala tuju yang dinamik supaya matlamat organisasi dapat dicapai. 


Surah nasrah -penutup
The improvement journey can never be over. Achieving and sustaining a school system’s progress is very hard work and we must keep on in order to continue to move forward



Rujukan
Aminah Ayob,2007 Pembangunan Modal Insan dlm PIPP dan Implikasinya terhadap kepimpinan sekolah, Seminar Kepengetuaan Kebangsaan ke-V,IKUM.
Dato Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysiadalam ucapan pada 27 Julai 2009 di Majlis Perhimpunan Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC di Putrajaya. 
Dato Seri Abd Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah membentangkan Haluan Kerja Pendidikan pada 6 April 2011 di IAB, Sri Layang, Genting Highlands.
Collins,J. (2001), From Good To Great: Why Some Companies Make the Leap…And Others Don't, Open Usty Press.
Hussein Ahmad, 2008.Pembangunan Etos dan Budaya Sekolah  Dan Biilik Darjah Ke arah Kecemerlangn Pelajar: Satu Pendekatan, UM4.

James W. Stigler & James Hiebert- The Teaching Gap- Best ideas from the world’s teachers for improving education in the classroom.

Kaplan & Norton. (1996) Balanced Scorecard: Translating Strategy Into Action. Boston, Massachusetts: Harvard Business School Press
Kouzes,J.M. & Posner,B.Z.(2002) The leadership challenge (ed.Ke-3) San Francisco:Josey-Bass
Maxwell, John. (2009) Leading From the Middle, The 360º  Leader , NY
Michael Fullan, (2006) Quality Leadership <>Quality Learning,  Paper prepared for the Irish Primary Principals’ Network (IPPN) OISE/University of Toronto, Líonra+, Glounthaune, Co. Cork

Michael Fullan (2002),  Principals as Leaders in a Culture of Change, Ontario Institute for Studies in Education,University of Toronto Paper prepared for Educational Leadership, Special

Mona Mourshed, Chinezi Chijioke, and Michael Barber, (2010) How The World’s Most Improved School Systems Keep Getting Better,
Mona Mourshed, 2007, How the world’s best-performing school systems come out on top



Muhamad Bustaman bin Abdul Manaf,2009 Bengkel Pembinaan KPI Untuk Organisasi Awam, Institut Aminuddin Baki
Noor Rezan Bapoo Hashim, Bidang  Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Perekayasaan Pendidikan,Konvensyen PIBG Kebangsaan, 27.3.2010,IAB, Genting Highlands.
Noraini Abdullah ,2009,Kepimpinan Tahap 5 (level 5 Leadership) IAB

Patrick Leddin,  Leadership – Great Leaders, Great Teams, Great Results

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 2, 2005, Garis Panduan bagi mewujudkan Petunjuk-petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan melaksanakan pengukuran prestasi di agensi kerajaan.
Rusmini Ku Ahmad, Penggunaan Petunujuk-petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) untuk Penambahbaikan Sekolah, dlm Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan,Jld 16 Bil.1 Jun 2006.
Schmoker, Mike(2000)  Results Now:The Key to Continuous School Improvement, Graw Hill Inc.
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran ucapan di Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi, pada 29 Januari 2010, KL.
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran, kenyataan akhbar Utusan Malaysia 30.12.2011
Tun Dr Mahathir Mohammad, Launching of MSC, 1 August 1996

References

Collins, J. (2001). Good to Great:Why Some Companies Make the Leap … and Others Don’t.
New York: Harper Collins.
Elmore, R. (2000). Building a New Structure for School Leadership. Washington, DC: The
Albert Shanker Institute.
Fink, E. & Resnick, L. (2001). Developing Principals as Instructional Leaders. Phi Delta
Kappan. V. 82. pp 598-606.
Fullan, M. (1999). Change Forces: The Sequel.London: Taylor & Francis/Falmer.
Fullan, M. (2001). Leading in a Culture of Change. San Francisco: Jossey-Bass.
Goleman, D. Boyatzis, R., McKee, A. (2002). Primal Leadership. Boston, MA: Harvard
Business School Press.
Hargreaves, A. (in press). Teaching in the Knowledge Society. New York: Teachers College
Press.
The Hay Group, (1999). Excellence in School Leadership. Victoria, Australia: Department of
Education, Employment & Training.
Hay Management Consultants, (2000).The Lessons of Leadership. London: Hay Management
Consultants Ltd.
Heifetz, R. (1994). Leadership Without Easy Answers. Cambridge, MA: Harvard University
Press.
Newmann, F., King, B., & Youngs, P. (2000). Professional Development That Addresses School
Capacity. Paper presented at the annual meeting of the American Educational Research
Association.
PriceWaterhouseCoopers (2001). Teacher Workload Study. London: Department for Education
and Skills.

























No comments:

Post a Comment