Monday, December 15, 2014

WASIAT PEMBIMBING

WASIAT PEMBIMBING
OKTOBER 2014

“Al-Quran ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa” Surah Ali-Imran: 138
1.     Allah yang memiliki segala2nya.

Kewujudan kita hakikatnya Allah yang ada,  engkau tidak ada. Apa yang kita rasa kita ada. Hakikat sebenar semuanya milik Allah.  Hatta kejadian kita dan wujudnya kita hakikat sebenarnya Dia .  Dia yang ada .Kita tidak ada . Kita sudah faham kadang2 kita terlupa .Walaupun kita merasai kita ada memiliki sesuatu sebenarnya semuanya milik Allah. Bila kita kehilangan sesuatu. Tetapi   sebenar Allah yang menghilangkannya atas kehendak, kudrat dan  iradat-Nya.  Dia berkehendak-Nya begitu. Mungkin mudah2an  Dia hendak menggantikan yang lebih baik daripada itu. Jadi, kenapa kita bersedih.  Engkau tidak hilang apa2 pun. Sebenarnya engkau tidak ada pun. Yang ada hanya Allah. Segala2nya kepunyaan Alla.  Kita tidak memiliki sesuatu apa pun.

2.    Hakikat solat

Hakikatnya kita merasakan kita tidak ada. Dia mengesakan Dia. Dia menyembah Dia, Zat menyembah Zat. Dia memuji Dia. Itulah sebenarnya Hakikat kita sembahyang. Tetapi perasaan ini bergantung kpd keupayaan masing2.
Kita perlu menghayati hidup kita di dunia sekadar menumpang . Allah memberi segala nikmat yang berbentuk sementara. Kita merasai sekadar merasai kebesarannya.
Bila datang ujian kita akan mengelabah sebab itu kita perlu banyak beristighfar.

3.    Berzikir

Kita berzikir bertujuan untuk menguatkan dalaman diri kita. Kita membaca berzikir subhanallah, Alhamdulillah, allahuakbar, istighfar, selawat sebenarnya untuk menguatkan ruh kita. Apabila dalaman kita kuat. Kita merasai bersama dgn Allah. Mudah2an apa yg datang kpd Kita sudah kukuh dan mantap.  Kita ingin bina kekuatan diri sendiri.
‘ Katakanlah (Wahai Muhammad): Timur dan Barat ialag kepunyaan Allah ( maka ke pihak mana sahaja kita diharapkan Allah menghadapnya, wajiblah kita mematuhi-Nya) : Alah yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus” Al- Baqarah: 142
Untuk mencapainya keadaan ayat di atas,  itu anugerah Allah swt

4.    Allah yang mengajar al-Qalam
Kita berdialog ini bukan Ahmad Siraj/ Riza yang memberitahu. Tetapi sebenarnya Allah yang memberitahu tentang al-Qalam itu. Bukan sekadar menerima ilmu tetapi untuk membezakan yang benar atau yang salah. Akal menerima bimbingan drp Allah swt sendiri. Allah yang memberitahu kepada engkau. Allah yg mengajar engkau dgn al-Qalam itu. Hidayah itu milik Dia. Dia memberitahu apa yang benar, apa yang salah. Hidayah ini hak mutlak Allah swt. Hidayah ini jika Allah hendak anugerahkan dia tidak bergantung kpd warna kulit, ilmu, kekayaan, bahasa, pangkat, kebijaksanaan  seseorang. Seperti Bilal, seorang hamba yang hitam. Allah memberi hidayah kepadanya kerana dia ikhlas, dia ingin mencari kebenaran, dan makna yang sebenar2nya dlm kehidupan ini. Apabila Bilal menerima Islam dan taat dan patuh kpd Rasululllah saw. Allah telah memuliakannya dengan BilaL menjadi lambang seluruh umat Islam, iaitu laungan azan yang menjadi syariat hingga akhir zaman.

5.    Kita inginkan bimbingan drp Allah swt

Orang2 beriman perlu memahami Hidayah Allah bukan nasab atau bergantung sesuatu sebab, iaitu bergantung  kpd ilmunya ke ,kya ke?  Orang yg berilmu tak semestinya dia berhak memperoleh hidayat.  Contohnya macam diri kita. Apa yang ada kepada diri kita .Apa lebihnya kita dgn si A, si B.  Sebenarnya pada hakikatnya. Kosong. Tak ada apa-apa. Bodoh.  Sebodoh makhluk. Bila kita sampai sebodoh2 makhluk baharulah datang ilmu drp Allah. Jika kita bergatung ilmu kepada orang lain.   Wlp kita lulusan universiti itu bukan ilmu sejati bukan ilmu yg sebenar2nya. Ia dipanggil ilmu ciplak. Wbp Ilmu itu kita hargai, kita jangan menolaknya.
Sbg orang beriman kita inginkan ilmu yang datang terus drp Allah swt. Ilmu bimbingan. Bimbingan maksudnya ada hidayah, ada petunjuk drp  Allah swt.. Akhirnya kemuncaknya  sampai kepada Allah swt. Impaknya kita menjadi tenang, lapang dan kita diberi kefahaman walaupun ayatnya sepotong.. Kita berasa bersungguh-sungguh untk mengamalkannya.  Sebab ilmu itu diberi atau dianugerahkan oleh Allah swt. Jika ilmu bukan drp Allah semakin banyak kita mengaji, semakin lama kita berdebat, kesannya kita menjadi  semakin jauh drp Allah swt. Menjadi kita sesat dan buta.

6.    Kita perlu bersikap fakir dengan Allah swt
Fakir dari sudut fiqh miskin layak terima zakat daripada majlis agama. Sebenarnya kita fakir dgn Allah swt. Kita fakir selama2nya dgn Allah swt. sebenarnya bila kita fakir di sisi Allah swt sejak dalam rahim ibu sampai sekarang kita tetap fakir. Jika sifat ini ada dlm diri,  baharulah kita dapat zahirkan sifat hamba dalam diri. Impaknya wujud sifat merendah diri. Jika tidak ada sifat kefakiran itu tercetuslah sifat menyombong diri. Akulah bos. Di pejabat aku bos. Di rumah aku bos. Di kedai kopi aku bos. Engkau kena dengar cakap aku. Akhirnya, bila kebesaran dalam diri timbul kita semakin jauh drp Allah swt.  Jadi hidup kita tidak bermakna dan tidak bernilai sedikit pun walaupun hidup kita 60, 70, 80  tahun.
Apabila ada sifat sombong dalam diri,  Allah taala tidak menenerima amal ibadat kita. Sebabnya sifat sombong bukan sifat kita. Sifat sombong, hebat,  bermegah(izzah)  ini sifat Allah. Tiada kemuliaan bagi makhluk, Kemuliaan itu milik Allah mata-mata.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dgn berlagak sombong: sesungguhnya Allah tidak suka kpd tiap2 orang yg sombong takbur lagi membanggakan diri.” S.Lukman: 18
Apa yang diperintahkan oleh Allah swt sesama makhluk ialah saling menghormati dan bekerjasama. Tetapi jika kita merasakan kita lebih drp orang lain,orang lain kena dengar cakap aku,  inilah sifat sombong, iaitu sifar mazmumah yg perlu kita menjauhinya.
Selama-lamanya kita tidak perlu cerdik dan kaya dgn Allah swt. Sebab tu kita tidak boleh lupa dgn Allah. Kita tidak boleh lebih drp Allah swt. Sebab Dia yang menciptakan kita. Sebab itulah kita pilih Allah sbg matlamat.

7.    Kaabah sebagai pusat kiblat.
‘ Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang) maka hadapkanlah mukamu ke arah mesjid Al-haraam (Ka’abah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang2 (yang menyalahi kamu) kecuali orang2 yg zalim antara mereka.’   Baqarah: 150
Sebab itu kita ambil kaabah sebagai kiblat. Mekah sebagai tempat pusat bumi. Sebagai pusat semesta alam. Kita disuruh solat menghadap kaabah. .  Sebabnya seluruh kehidupan kita. Kita hanya menumpukan kepada Allah swt sahaja. Ini bermakna dalam kehidupan kita matlamat paling besar sekali ialah Allah swt. Kenapa kita mengambil Allah sbg matlamat, sebab sifatnya Arrahman dan Arrahim itu. Yang Rahman Allah Yang Rahim Allah. . Yang kaya Allah, Yang memberi Allah, semuanya Allah swt. Selagi mana kita mengambil makhluk kepada kiblat, jiwa kita tidak akan lapang dan tenang.

8.    Kita kena bersabar dengan Allah swt.
Orang2 beriman menzahirkan sifat Allah. Kita kena bersabar dengan Allah swt. Bila kita sabar dgn kita dapat pahala. Bila sabar dgn makhluk ia tidak kekal lama. Kita perlu sabar kerana hakikatnya Allah yang menentukan segala2nya. Allahlah yang menetapkan takdirnya.   Allah sangat sabar mendepani kerenah makhluk. Allah sangat memberi peluang kpd makhluk dengan membuka pintu taubat seluas2nya. Jika Allah membuka pekong makhluk kita tak tahu bagimana kita ingin  gambarkan. Jika Allah paparkan maksiat yg kita lakukan yg sebelum ini kita sembunyikan. Apa kita nak kata.?   Sebab itu Allah menyuruh kita banyak bersabar. Sebab itu kita sentiasa diuji.
9.    Apabila Allah menguji orang beriman lalu dia sabar dan kembalikannya kpd Allah. Itulah hidayah. Itulah bimbingan. Kita dapat sesuatu pengajaran sedangkan orang lain tidak nampak.  Contohnhya lain isu sekarang, kenaikan harga barang, minyak naik, pemimpin boros, pihak pembangkang bercakaran, macam2 cerita dan isu. Selagi manusia hidup selagi itu tidak selesai segala masalah. Mereka hidup saling menyalahi. Jika Kita masuk campur ia membuat fikiran kita menjadi lebih serabut. Sebagai orang beriman kita menghadapi kemelut ini dengan berdoa kepada Allah. Mohon agar Allah beri petunjuk. Ditunjuki jalan yang lurus. Agar Allah memberi petunjuk. Biarlah apa orang kata baik pihak kerajaan dan pembangkang. Kita hendak berpegang dengan Allah

10.    Kita membuat kerja yang disuruh. Kita perlu hidup bersama jemaah. Baharulah turun rahmat drp Allah swt. Apa saya beritahu sama dgn cerita dahulu. Dulu lebih kpd peringkat hendak faham lebih kpd bomoh, berubat, berdakwah. Zaman itu sudah berlalu. Cuma tahap sekarang peringkat buat kerja dan beramal. Dan program untuk mengukuhkan jemaah. Bila jemaah kukuh baharulah boleh maju ke depan.
Hal ini kerana Allah  mencipta manusia dgn segala keistimewaan, kehebatan dan kelemahan.
 
11.    Sambutan Maal Hijrah

Sambutan hari2 dan tahun2 tertentu hanyalah sebagai adat sahaja. Semua tahun, hari, masa dan ketika semuanya baik di sisi Allah swt. Yang ingin kita muhasabah diri kita ialah sejauh mana makrifat dan munajat kita dengan Allah setiap detik, ketika, hari2 dan bulan2 yang kita lalui itu.
Kita mengucapkan perkara yang baik dan menyenangkan kepada makhluk. Kita memaafkan orang sesama mukmin perlu dilakukan sentiasa bukannya masa2, hari2 dan bulan tertentu sahaja.
Kita hanya memikirkan perjalanan hidup kita, iaitu
                                        Input > proses > Output

Kebanyakan kita menekankan sistem walaupun kita katakan program itu bercorak keagamaan. Situasi di mesjid dan musolla tetapi kita tidak kenal Allah. Kita melupai Allah sebagai matlamat hidup kita yang sebenar. Kita sibuk dengan sistem dan melupai Allah swt.
“Hai orang2 yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah kepada jalan2-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.”
12.    Hidup bersama dengan Allah
‘Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan-Mu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang2 yg mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang2 yg memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang2 yang berbuat perkara2 baik.”
                                                                                                                        Al-maidah: 133
Nikmat Allah begitu banyak dan melimpah ruah diberi kepada kita. Kadang2 kita lupa dan lalai atau tidak sedar. Sebab itu kita disuruh sentiasa memohon keampunan drp Allah swt. Kadang2 kita mengingati Allah dalam situasi dan keadaan tertentu sahaja. Sedangkan orang2 beriman sentiasa hidup bersama2 dgn Allah.
Bermula bangun pagi, masuk bilik air, makan minum, memandu, berehat, duduk, bekerja setiap detik, dan ketika bersama dengan Allah.




No comments:

Post a Comment