Sunday, July 10, 2016

Menyerlahkan Kepimpinan Berprestasi Tinggi



Menyerlahkan Kepimpinan Berprestasi Tinggi

oleh

Sahiful Bahari Abd Rahman
Pengetua Cemerlang
SMS MACHANG



Pendahuluan


                Kejayaan membangunkan modal insan holistik terletak pada peranan berkesan yang dimainkan oleh pemimpin sekolah. Langkah ini menuntut keupayaan yang sentiasa meningkat dan relevan dengan keperluan dan tuntutan semasa. Sebagaimana di negara-negara maju, pada masa ini aspek memperkasakan sekolah dan kecemerlangan kepimpinan sekolah menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah dan kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran masa depan negara.  Begitu juga, dalam memperkatakan transformasi pendidikan yang membawa maksud suatu perubahan terancang pendidikan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk membangunkan pendidikan secara sistematik dan penyediaan prasarana pendidikan yang berkualiti amat signifikan dengan kualiti kepimpinan sekolah. 
           Bagi institusi sekolah, perubahan adalah suatu yang tidak dapat dielakkan kerana ia berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah. Manakala sekolah perlu turut berubah untuk mengadaptasikan dengan pelbagai tuntutan perubahan persekitaran.  Kita juga sedar bahawa tuntutan perubahan persekitaran yang tidak terancang semakin pantas, komplikated, kepelbagaian jaringan dan jalinan kesan globalisasi dan dunia tanpa sempadan.  Sebagaimana Jim Collins dalam bukunya Good to Great menyebut,  Leadership is about vision. But leadership is equally about creating a climate where the truth is heard and the brutal facts confronted.”
       

                   Menurut James Canton   dalam bukunya The Extreme Future: The Top Ten Trends That Will Reshape The World in the Next 20 Years, menyenaraikan 10 trend utama yang bakal mewarnai dunia untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.  Antara yang penting beliau meramalkan bahawa terdapat perubahan dunia terhadap beberapa perkara, iaitu budaya, perniagaan, teknologi, perubatan, keselamatan, kependudukan, dan persekitaran. Namun, kecenderungan yang berkaitan ialah Trend kedua: Inovasi dalam ekonomi,  Trend kelima: Sains weird –Bagaimana sains pada masa hadapan mengubah hidup manusia dari segi kehidupan, perubatan, budaya dan ekonomi. Trend keenam: Keselamatan masa depan, dan Trend ketujuh: Globalisasi masa depan- Pertembungan budaya. Malahan, dalam sesetengah aspek, perubahan tidak terancang ini adalah lebih cepat berbanding perubahan terancang.  Perkembangan ini memberikan impak yang besar  terhadap keupayaan kepimpinan dalam menerajui perubahan di sekolah  Berdasarkan kepada perkembangan inilah pemimpin yang berwibawa, hebat dan luar biasa  ( highly effective leaders) sangat diperlukan bagi memimpin organisasi yang kian mencabar dan bercorak masa depan. 



 Konsep kepemimpinan yang Luar Biasa

      Menurut Zenger dan Folkman, ”Pemimpin luar biasa akan mengaplikasikan pendekatan latihan lintang, berusaha untuk mendapat  keuntungan berlipat ganda, membuat perubahan 360 darjah, berorientasikan pembangunan pelan tindakan dan mengamalkan pembangunan kepimpinan dalam kerja buat baik harian. ”
                     Sebagai pemimpin kita perlu mengembangkan ketrampilan diri bagi memastikan karier dan kejayaan yang  biasa kepada luar biasa . Kita akan memperoleh lebih berhasil dalam setiap organisasi kita bekerja. Pemimpin diberi  tugas dan tanggung jawab yang lebih besar , maka  belajarlah menjadi seorang pemimpin yang lebih bai , bijak dan  efektif.

Kriteria dan ciri-ciri pemimpin yang luar biasa.

1.      Menjana latihan profesional
         Memang benar bahwa beberapa karakter kepemimpinan akan muncul pada masa sejak muda lagi, tetapi menjadi kenyataan juga apabila dikatakan bahawa seringkali orang tidak dapat memperkatakan siapa yang akan menjadi pemimpin yang cemerlang. Tidak ramai pemimpin yang dilahirkan secara automatik.  Banyak pemimpin yang “dibentuk” daripada yang “dilahirkan”.  James Kouznes dan Posner (2002) menyatakan “Kami akan menjadi tidak jujur secara intelektual, bila kami tidak mengatakan bahwa beberapa individu memiliki kemungkinan yang lebih besar untuk berhasil dalam bidang kepemimpinan. Tetapi ini bukan bererti bahawa para pengurus tidak dapat menjadi pemimpin luar biasa”.
       Potensi kepemimpinan dapat dikembangkan. Dengan keupayaan dan praktikal, kita  dapat maju melampaui ketrampilan yang dikurniakan sejak lahir dan menjadi seorang pemimpin yang unggul. Kita mesti yakin dan percaya bahwa para pengurus biasa dapat  menjadi luar biasa. Kita perlu memberi komitmen dan menetapkan semua gagasan, idea, kreativiti dan inovatif dalam bentuk tindakan. Kita perlu berazam menjadi pemimpin  yang lebih baik.  Kouzes dan Posner menyimpulkan untuk menjadi pemimpin yang hebat  boleh dipelajari. Jika pemimpin itu dilahirkan secara semula jadi sudah pasti semua orang tidak ada peluang dan harapan utnuk menjadi pemimpin.

 “ Leadership is not personality; its about behavior.” (Kouzes dan Posner, 2007)

     Satu aspek yang penting yang perlu diberi penekanan oleh pemimpin sekolah ialah Pembangunan Profesional yang Berterusan (Continuous Profesional Development atau CPD) yang bersesuaian bagi menyokong pembangunan keupayaan dan kemajuan kerjaya. Pada masa ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD  yang menyeluruh perlu dilaksanakan. Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Langkah ini bertepatan dengan pandangan Michael Fullan, 2007, iaitu There is no single strategy that can contribute more to  meaning and improvement than ongoing professional  development.”  


2.      Pemimpin berpengaruh memberi impak yang tinggi

       Untuk meningkatkan pengaruh positif seorang pemimpin. Para pemimpin yang buruk membuat pelanggan dan pekerja berasa tidak seronok dan meninggalkan organisasi. Mereka membawa masalah dan merosakkan organisasi.    Jangan berfokus pada upaya meningkatkan para pemimpin dari “baik” menjadi “sedikit lebih baik”. Peningkatan kecil yang bersifat inkremental dalam keberkesanan kepemimpinan pada kelompok ini tidak menunjukkan pengaruh yang kuat kepada keberhasilan organisasi.  Jadi kita perlu menetapkan sasaran kepada keupayaaan untuk meningkatkan para pemimpin dari “baik” menjadi “luar biasa”, dari sasaran yang memberi impak yang kecil kepada lonjakan saujana.  Seorang profesor menerangkan, “Disiplin selalu lebih penting dibandingkan dengan beberapa bakat alami yang dibawa sejak lahir. Dengan dedikasi yang tinggi untuk berlatih, mereka yang memiliki disiplin akan melampaui mereka yang memiliki bakat alami dalam waktu beberapa semester saja. Tanpa disiplin dan kemampuan belajar, mereka yang memiliki bakat alami tidak pernah bergerak maju melampaui kemampuan mereka pada saat ini”.  Semua perkara yang dilakukan perlu memberi perhatian kepada elemen ‘high quality performance’                         ( Dr Mohd  Puad B Zarkashi,  2010)



          Pemimpin luar biasa semestinya sudah berada pada tahap pakar dan berkeupayaan untuk berfikir secara strategik serta mempunyai kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Mereka sewajarnya perlu berada pada tahap strategis dan mampu berfikir secara holistik. Mereka sepatutnya mempunyai pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi perunding dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan orientasi kerja  yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Perkara ini telah dijelaskan oleh Sergiovanni, (1994)Training alone just won’t do.  Instead, principals will need to emphasize professional development and renewal improvement strategies.”
        Di sini jelas, pemimpin perlu membina daya kepimpinan di sekolah, iaitu
q  Kepimpinan yang baik  tidak hanya pada pengetua sahaja tetapi  merentasi  semua peringkat di sekolah
q  Melalui latihan, perkembangan staf, reflective conversation, suri teladan, coaching dan mentoring
q  Memberi empowerment, peluang mengambil risiko, mencuba perkara baru dan membuat keputusan

Apabila tindakan ini diamalkan guru berasa dihargai, dipercayai, dan diberi peluang untuk melaksanakan tugas di sekolah.

3.      Memperkasakan kompetensi pemimpin

3.1 Lima kekuatan pemimpin luar biasa, iaitu:

 1)  Perwatakan
 2)  Kemampuan peribadi
 3)  Berfokus kepada hasil
 4)  Kemahiran komunikasi
 5)  Merintis transformasi.
.
           Beberapa strategi untuk memupuk kompetensi kepemimpinan

           Pemimpin perlu mengembangkan kompetensi penting, iaitu berusaha menjadi kompeten dalam setiap bidang kepemimpinan tersebut.  Pemimpin luar biasa harus mengembangkan sebuah pasukan dan kombinasi. Umpamanya, untuk mendirikan sebuah khemah tidak akan terangkat dengan hanya menegakkan satu atau dua tiang kompetensi saja. Malah, untuk menegakkannya memerlukan empat tiang kompetensi, barulah khemah itu tertegak. Para pemimpin besar memerlukan keseimbangan dari ketrampilan yang saling melengkapi.
           Lebih banyak bererti lebih baik, para pemimpin yang memiliki kekuatan dalam setiap bidang tersebut akan berhasil mendirikan kompeten yang paling menakjubkan.
Dalam masa yang sama, mereka juga mampu bertindak sebagai pakar rujuk, mentor dan pembimbing (coaching and mentoring) serta berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu.  Jadi kita harus amalkan 3 C’s of mentoring, iaitu Skilled mentors support learning in a variety of ways including consulting, collaborating, and coaching. The goal is to create a reciprocal learning focused relationship .(Martin, 2006)

 Patrick Lencioni Daniel Harkavy, 2011 berpendapat “Your purpose as a coaching leader is to add the most value to the people you lead and to help them improve.”

Katanya lagi, A good coaching leader
  • is always moving and improving
  • see who his people can become
  • is an  improver,
  • helps his players move from point a to point b
  • never accepts the status quo,
  • identifies gaps  and gifts,
  • inspires and
  • sees the big picture and clarifies the steps necessary for success.


4.      Sifat, watak  dan peribadi pemimpin

    Orang-orang yang berusaha keras membentuk peri laku mereka dan akhirnya peribadi merekalah yang akan menggambarkan kredibiliti kita.. Kita akan membuat perubahan luar biasa dalam sikap dan akhirnya perwatakan kita.  Mengurus masa dan menepati  janji merupakan unsur yang paling penting. Berhati-hati dengan komitmen yang kita buat. Jangan berlebih-lebihan atau terlampau berjanji yang tidak sanggup kita melaksanakannya. Janji kita perlu diselesaikan dan ditepati. Apabila kita mengetahui bahawa kita tidak mungkin mampu memenuhi komitmen, jangan menyembunyikannya. Kita perlu mengakui dan memberi penjelasan yang sebenar maksud kita.  Bersikaplah rendah hati dan mengamalkan muhasabah diri sendiri. Jangan mempamerkan kekuasaan dan kesombongan kita. Kerendahan hati membuat kita mudah  didekati. Hal itu juga akan membuka pintu menuju pembinaan hubungan dan interpersonal. Kita perlu mendapatkan sebuah cermin: Kita perlu mengetahui bagaimana orang lain menilai sifat, watak, dan peribadi kita. Cermin ini mungkin berupa seorang mentor  yang baik,  teman yang dapat dipercaya, atau  proses penilaian. Tanpa prespektif muhasabah diri ini, kita tidak mungkin dapat mempengaruhi kelompok kerja atau membuat penambahbaikan berterusan. Sebagaimana Kathleen (2000) menyebut “ The most immediate benefit of leadership as a collaborative effort is that principals not only share the lead, but share the load.”
.

“Barang siapa yang hendak menjadikan dirinya sebagai pemimpin (pemimpin dalam maksud yang luas – agen perubahan), hendaklah ia mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik orang lain, memberi contoh amal dan perlakuan terlebih dahulu sebelum mendidik dengan lidah dan ucapannya. Orang yang terpuji ialah orang yang mampu mengajar dan mendidik dirinya terlebih dahulu”
                                                                                                              Saidina Ali r.a

              Kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin untuk menerima latihan pelbagai dimensi dari sudut ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya berupaya menghadapi cabaran dan dugaan pada era pembangunan teknologi dan globalisasi kini. Transformasi pendidikan amat penting sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara holistik. Kita perlu yakin melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020.



5.      Pemimpin perlu berilmu pengetahuan dan kemahiran

         Kemampuan  peribadi ini harus dimiliki oleh setiap orang yang dianggap  pemimpin luar biasa. Antara kriterianya ialah.
a.Ilmu Pengetahuan (knowledge) dan kemahiran
   Pemimpin yang terbaik perlu memiliki ilmu kepimpinan, pengurusan, hard skills, soft skills, IQ, EQ, dan SQ. Untuk perkembangan masa ini, pemimpin luar biasa perlu kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunkasi (ICT)..
.

6.      Berfokus kepada keberhasilan
Langkah ini bertepatan dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  yang ketiga, iaitu  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.

                   Dato’ Seri Mohd Najib Abd Razak (2009) menyatakan bahawa ”Ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelansungannya. Dalam konteks ini,  kita tidak mungkin dapat menjanjikan outcome yang sama namun kita komited dalam menyediakan peluang yang saksama pada garis permulaan. Jelasnya, kita akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosio ekonomi.      Dalam bidang pendidikan, saya mahu memastikan anak-anak kita akan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada dunia yang penuh cabaran ini.”
  
                ”Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah amanah dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012, tegasnya lagi.”                           

     Pemimpin luar biasa berfokus kepada hasil dan  akan  melakukan hal-hal berikut ini:

a.                   Menerapkan tujuan yang jelas kepada pelanggan-pelanggan kita.
b.                  Mengambil tanggungjawab atas segala perancangan dan pelaksanaan program di sekolah.
c.                   Memberi coaching and mentoring kepada guru dan staf.
d.                  Menetapkan target yang tinggi untuk dicapai oleh kelompok.
e.                   Mencari penaja atau sumber lain bagi menjayakan program sekolah.
f.                   Memperkasakan program, projek, proses, hubungan dengan klien, atau teknologi baru.
g.                   Berfokus kepada objektif organisasi dan memastikan bahawa tujuan itu telah diterjemahkan menjadi tindakan oleh pelanggan-pelanggan kita.
h.                  Beroperasi dengan cepat, segera dan intensif.
i.                    Memenuhi dan memperjuangkan aduan dan keluhan pelanggan
j.                    Menyeimbangkan tujuan jangka panjang dan jangka pendek.


7.      Memantapkan hubungan interpersonal

Untuk  mengembangkan ketrampilan hubungan interpersonel yang kuat, para pemimpin harus melakukan hal-hal berikut ini:

a. Pemimpin yang luar biasa perlu berkomunikasi dengan berkesan dan tidak menyimpan wawasan barunya.  Mereka perlu berkongsi hala tuju kepimpinan dengan  orang-orang lain. Para pemimpin ini memberi arah dan objektif bagi kelompok organisasi mereka.

b.Pemimpin luar biasa memberi inspirasi kepada orang lain. Mereka memberi suntikan semangat dan sentuhan ajaib kepada orang lain untuk bergerak lebih maju dan jauh lagi. “Inspires and motivates to high performance was the single most important quality or competency for the leader to possess.” ( Zenger and Folkman, 2009)

c.Pemimpin perlu membangunkan keyakinan dan kepercayaan. Pemimpin yang hebat  akan  bertindak agar orang atau klien  mempercayai dan yakin kepada mereka.

d.Pemimpin yang luar biasa selalu mendukung pertumbuhan dan perkembangan orang lain dengan memberikan respons  yang jujur dan konstruktif.

e.Pemimpin yang berimpak tinggi sentiasa bekerjasama, memupuk dan membentuk sebuah pasukan yang kuat demi kejayaan organisasi.


          Mengikut John C. Maxmell, The 360 Leader, Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana “Pemimpin sebenar ialah pemimpin yang berpengaruh, tidak lebih dan tidak kurang.”

7.1  Kaedah  mengurus pengikut.
          Komunikasi atau interaksi yang baik dan berkesan antara pemimpin, pengikut, dan situasi dapat meningkatkan semangat berpasukan,moral   dan semangat bekerja yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Apabila kita diamanahkan sesuatu tugas maka sama-samalah kita memikul tugas tersebut mengikut agihan yang telah ditetapkan kerana kita semua mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Kita janganlah berat tulang dengan mengelakkan diri daripada menjalankan tugas. Kita perlu memahami akan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
                                                                                               
       Mengikut  James M. Kouzes  and Barry Z. Posner (2002) dalam Five Practices of Exemplary Leadership terdapat lima amalan pemimpin yang berkesan, iaitu

  1. Model the way
  2. Inspire a shared vision
  3. Challenge the process
  4. Enable others to act
  5. Encouraging the heart

7.1.1 Pemimpin perlu berkomunikasi yang menarik dan baik sentiasa memperhatikan reaksi orang lain. Dia juga mendapatkan cetusan idea dan gagasan daripada mereka. Manakala penyampai yang paling buruk hanya berfokus kepada menyampaikan pesanannya sendiri atau berbentuk peribadi saja.  

7.1.2 Pemimpin perlu melatih dan membimbing  setiap orang menjadi pemimpin. Dewasa ini, kepemimpinan sering berkisar dalam kelompok mereka sendiri. Orang yang memiliki kedudukan paling hebat dan dianggap berkuasa bukan lagi menjadi orang yang mengetahui semua perkara. Kita perlu percaya bahawa ada orang lain yang mampu memperoleh pencapaian tinggi dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

7.1.3 Pemimpin paling baik sentiasa memberi peluang dan menciptakan ruang bagi para pekerja untuk dapat bergerak naik dengan meningkatkan kompetensi mereka. Pemimpin perlu mendidik dan menyediakan pelan peralihan kuasa ( succession plan) bagi melatih pemimpin pelapis. Persediaan awal dan perancangan rapi harus dibuat bagi menjaga organisasi supaya stabil, lestari dan cemerlang.  Pemimpin harus menunjukkan,  menyediakan  dan memastikan laluan yang jelas dan lurus supaya memudahkan pemimpin baru yang mengambil alih bila pemimpin lama bersara.
Menurut Maxwell,“ Perlu diingat, kepimpinan ialah berkaitan dengan individu. Jika kita mengetepikan mereka, kita menjejaskan kepemimpinan kita dan mungkin terhakis. Suatu hari nanti semasa kita menyangka yang kita sedang memimpin, kita akan mendapati tiada siapa pun yang mengikut kita.”

8.      Merintis perubahan dalam organisasi.

              Pemimpin luar biasa akan membawa perubahan. Mereka bukan hanya memberikan arahan, tetapi juga mengajak orang-orang lain saling terlibat dalam membuat perubahan itu. Pemimpin yang  efektif mampu berjalan seiring mengarahkan perubahan dan melibatkan orang-orang lain.  Dalam  mempelopori perubahan, kita perlu mencipta visi dan misi yang mencakupi semuanya dan yang paling penting semua warga menghayatinya . Mereka perlu melibatkan diri dalam membuat keputusan-keputusan penting. Pemimpin perlu menggunakan pengaruh untuk membentuk keberhasilannya.
Pemimpin perlu menterjemahkan visi tersebut agar hala tuju itu dijadikan budaya yang dihayati bersama. Visi dan misi perlu didorong, disokong, dan didokong bersama dengan semua warga sekolah.  

Kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin untuk menangani perubahan ialah

8.1  Kemahiran konseptual
Berupaya memahami konsep seperti objek, bentuk dan peristiwa.
Dia boleh mengenal pasti, merancang, mengelola,dan mengawal sesuatu keadaan.

8.2 Kemahiran teknikal
      Kemahiran berkaitan dengan kaedah-kaedah, prosedur dan teknik-teknik
      untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan
      yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut.

8.3  Kemahiran hubungan kemanusiaan
Kemahiran berhubung dengan orang lain serta boleh memahami perasaan dan sikap orang lain. Contoh, kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan berkesan
                   Di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa antarabangsa, iaitu Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Cina.  Penguasaan dalam pelbagai bahasa antarabangsa ini sudah tentu akan meningkatkan keterampilan pelajar-pelajar SBP, bukan sahaja di peringkat nasional, malah juga di peringkat antarabangsa.  Malah, setelah menamatkan persekolahan nanti, pelajar-pelajar SBP bukan sahaja cemerlang akademik, malah akan menjadi generasi yang ‘by-literate and try-lingual person’, iaitu generasi yang menguasai lebih daripada satu kemahiran dan boleh menggunakan beberapa bahasa antarabangsa.  Ini akan menjadikan mereka lebih ‘compatible’ dan lebih ’marketable’ dalam pelbagai bidang di dunia yang bersifat global pada hari ini.
         Berdasarkan perkembangan ini, setiap generasi pelajar di semua sekolah  perlu pendedahan yang meluas dalam bidang teknologi ‘nano’, kemahiran teknologi maklumat pada tahap yang komprehensif dan kekuatan mental yang benar-benar mantap, dan kesemua ini membolehkan mereka mampu menangani sebarang cabaran global pada masa akan datang.                                                          
                                                                              ( Dato Abd Ghafar Mahmud, 2010)                                                                  

            Pemimpin yang luar biasa mestilah mempunyai keberanian untuk berfikir dan bertindak di luar dari kebiasaan agar mereka  benar-benar istimewa dari kaca mata pelanggan-pelanggannya . Sebenarnya, sebagai arkitek untuk membina generasi masa depan, mereka hendaklah sentiasa melaksanakan program-program yang lebih kreatif dan inovatif agar modal insan yang lebih kompeten, berkarisma dan berketrampilan akan dapat dilahirkan. Apa yang kita inginkan ialah generasi masa depan yang bakal dilahirkan nanti adalah generasi yang mampu bersaing di peringkat serantau dan global.

9.  Pemimpin perlu muhasabah diri.
       Mereka juga  sentiasa membuat refleksi kendiri, muhasabah diri iaitu menilai semula dan mengimbas kembali setiap program yang telah dilaksanakan dan membuat kajian tindakan, post-mortem, tindakan susulan selepas itu. Kadang-kadang pemimpin juga akan membuat kesilapan. Kadang-kadang pengikut boleh menegur cara berhikmah kesilapan pemimpin. Dari situ mereka akan melihat kekuatan dan kelemahan, dan melaksanakan strategi untuk mengatasi kelemahan itu. Hasilnya, keadaan organisasi akan menjadi sangat cantik, harmoni, kukuh,dan mantap. Kesannya, budaya kerja ceria dan prestasi organisasi akan meningkat dengan cemerlang.

10. Bersifat terbuka terhadap gagasan-gagasan baru

Pemimpin perlu mengamalkan sikap keterbukaan terhadap cetusan idea atau gagasan baru. Pemimpin yang mendesak orang mengerjakan sesuatu terus menerus dengan cara yang sama, dapat memberikan dua akibat besar:
a.                   Berpengaruh hanya di peringkat bawahan
 Orang-orang bawahan berasa terabai , gagasan mereka tidak dihargai, dan sumbangan mereka kurang dianggap penting. Di bawah pemimpin seperti itu, semangat bekerja akan menurun.
b.                  Berpengaruh hanya di peringkat organisasi
 Gagasan dan jalan keluar yang baik gagal diimplementasikan. Hal ini demikian kerana, gagasan yang baik dipendam, orang akan berhenti memikirkan cara-cara yang lebih baik untuk mengerjakan sesuatu. Kesannya, pasti organisasi mengalami kemerosotan.

        Pemimpin perlu bertanyakan pemikiran pengikut. Sumber yang paling baik ada di sekitar kita. Kita perlu bertanya kepada orang yang paling arif dengan pekerjaan itu tentang gagasan atau bagaimana untuk mengerjakannya dengan lebih baik. Jelas bahawa tugas kita pada hari ini ialah untuk melahirkan generasi pelajar yang memiliki daya fikir yang tinggi, yang dicirikan oleh elemen kreativiti dan inovasi, bagi memastikan mereka mampu ‘survive’ dalam apa jua keadaan dan cabaran.  Di sinilah pentingnya kemahiran high order thinking (HOT) memainkan peranannya dalam setiap kehidupan.        
      Kebangkitan dua gergasi ekonomi dunia, iaitu negara China dan India telah diperakui oleh negara-negara maju yang lain.  Kedua-dua negara itu memiliki budaya, estetika dan nilai serta norma kehidupan yang sangat berbeza.  Kedua-dua bangsa bersaiz besar ini [CHINA, ranking nombor satu di dunia dengan 1.33 bilion  atau 19.84% daripada penduduk dunia], manakala [INDIA ranking nombor dua dengan 1.14 bilion 16.94% daripada penduduk dunia], merupakan komponen kependudukan yang padat. Jika dibandingkan dengan penduduk Malaysia, jurangnya amat dalam. Jadi, kita perlu memikirkan sesuatu dalam hal ini, agar generasi kita yang akan datang lebih bersedia untuk menelusuri arus ‘survival’ dengan jayanya. ( Dato Abd Ghafar Mahmud, 2010)

Collins, 2006 dalam bukunya Good to Great, terdapat empat peringkat untuk mencapai daripada baik kepada hebat.

  1. Peringkat pertama- mendisiplinkan orang dan menggerakkan organisasi supaya bekerja dengan cemerlang. (Kepimpinan Tahap 5)
  2. Peringkat kedua- mendisiplinkan pemikiran untuk menghadapi ancaman dan realiti semasa.
  3. Peringkat ketiga-mendisiplinkan tindakan, iaitu membudayakan disiplin supaya orang boleh  bertindak mengikut disiplin yang telah ditetapkan. A Culture of Discipline is not about action. It is about getting disciplined people. who engage in disciplined thought and who take disciplined action. (Collins, 2006)

  1. Peringkat keempat-membina keagungan hingga ke akhir (building greatness to last), membina personaliti yang unggul dan berkarisma untuk menyemarak kemajuan.
Collins menyimpulkan bahawa untuk ‘Sustained great results depend upon building culture full of self-diciplined people who take disciplined action, fantically consistent with the three circles.’

11. Bertanggungjawab dan memberi komitmen tinggi

12. Mengelakkan kepincangan kepimpinan
Menjana tranformasi pendidikan
          Program Transformasi Kerajaan, pemimpin perlu memahami dan merealisasikan di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Transformasi Pendidikan amat penting sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara holistik. KPM melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020. Dengan ini adalah menjadi harapan semua pihak agar negara kita mempunyai rakyat yang memiliki minda kelas pertama, setanding dengan minda rakyat di negara-negara maju yang lain. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia dan  modal insan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Hanya menerusi pendidikan sahaja usaha kita untuk merevolusikan minda rakyat supaya mampu berfikir di luar kotak akan dapat tercapai.
            Pendidikan negara sedang mengharungi transformasi ke arah menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.    Kajian mendapati bahawa pemimpin sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.  Peranan Pengetua  untuk menjayakan transformasi dalam pendidikan amat genting (crucial).  Oleh yang demikian, pemimpin sekolah  mestilah berusaha untuk meningkatkan prestasi murid dan sekolah. 
Sekiranya ini dapat dilakukan, amat mudah bagi kita mempengaruhi semua pihak untuk memberi kerjasama menjayakan program-program pendidikan yang telah dirancang demi menjayakan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
      “Improvement is not a mystery”- Results Now- Mike Schmoker                                                                       
            “Pada saat negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi, peranan guru menjadi lebih penting lagi. Di pundak guru-guru letaknya harapan kita semua untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara kita dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seluruh harapan dan cita-cita rakyat untuk menjayakan proses transformasi negara dipertaruhkan kepada saudara dan saudari yang bergelar guru.”
                                                                                 (TS Tan Sri Mahyuddin Yasin, 2011)
        Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional. Oleh itu, pembangunan modal insan akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi (S&T) serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

         Pemimpin sekolah perlu membina upaya untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan modal insan yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif serta memiliki etika dan nilai universal yang kukuh seperti digariskan dalam konsep 1Malaysia..Pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat akan terus dipergiat untuk menggalakkan peningkatan kemahiran di kalangan semua lapisan masyarakat. Sistem penyampaian pendidikan dan latihan akan diperluas dan dipertingkat terutamanya dalam bidang teknikal dan vokasional.
                                             
                                     Membina Modal Insan Holistik.

         Konsep ”Modal Insan” (Human Capital) dipopularkan  oleh Mantan Perdana
Menteri dahulu, Dato` Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi walaupun ia sudah lama
wujud. Penekanan Perdana Menteri ketika itu ialah modal insan sebagai penggerak
kepada ekonomi, pembangunan dan kemajuan negara. Faktor kemanusiaan
(termasuk kerohanian) dan kemasyarakatan merupakan dua perkara penting
dalam pembangunan modal insan. Konsep “Human Resource and Development
(Sumber Manusia dan Pembangunan) memang sudah lama diketahui dalam
setiap organisasi. Apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri ketika itu  ialah modal
insan boleh menjadi pemacu kepada pembangunan dan kemajuan negara dalam menuju Wawasan 2020.
         Modal insan mempunyai fungsi sebagai tenaga penggerak dalam menghasilkan
barangan manakala perkhidmatan yang ditawarkan pula menepati ekspetasi
pelanggan dan kepuasan diri serta memenuhi harapan masyarakat dan negara
ke arah sebuah negara maju. Ia dilakukan secara berterusan dan dipertahankan
Proses pembangunan modal insan bermula dengan pengukuhan asas agama dan kemudiannya diikuti oleh proses penerokaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.. Hakikat ini akan merealisasikan modal insan yang benar-benar utuh dari segi aqidah dan iman serta amalan.

Firman Allah S.W.T.yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah.
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya.                                                           (Surah Al-`Alaq: 1-5)

       Apa yang dimaksudkan sebagai modal insan holistik menurut apa yang kita fahami ialah insan yang mempunyai personaliti unggul (towering personality), bermentaliti kelas pertama, mempunyai inisiatif, daya berfikir dan menggunakan otak, bersemangat tinggi dan mengutamakan kualiti. Elemen terpenting dalam melahirkan modal insan holistik ialah pembangunan modal insan secara menyeluruh, pembudayaan sikap progresif, kemantapan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual dan nilai akhlak yang tinggi.
            Bidang pendidikan terus diberi keutamaan dalam membentuk modal insan berkualiti dan berdaya saing menjelang 2020. Konsep pembangunan modal insan diberi penekanan serius  oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sejajar dengan perancangan negara maju dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri. Sehubungan itu, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi dan pelaksanaannya perlu diselia dengan baik, beramanah demi memastikan matlamat tersebut tercapai. Ini berdasarkan hala tuju Malaysia yang berhasrat menjadi sebuah negara maju yang mampu melahirkan modal insan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Justeru, landasan untuk memajukan sesebuah negara banyak bergantung pada modal insan yang dilahirkan. Pembangunan modal insan sangat penting. Pembentukan negara bangsa menjadi semakin mencabar terutama pada era globalisasi.                       

      Jelaslah, globalisasi bukan saja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi berupaya mengubah gagasan, budaya, cara hidup, nilai dan jati diri secara terus menerus. Gagasan tersebut mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat peka dan membuat penilaian sebelum menerima apa saja yang dibawa arus globalisasi. Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk dalam bidang sains dan teknologi dan keusahawanan, pembudayaan sikap progresif serta pengamalan nilai, etika dan modal yang tinggi seperti ditegaskan dalam Pelan Integrasi Nasional.

                                                                         ( Tan Sri Mahyuddin b Yassin, 2010)
                            

Penekanan ini sejajar dengan perancangan negara untuk melahirkan modal insan yang mantap dari segi ilmu pengetahuan dan akhlak. Hanya melalui ciri-ciri ini pembangunan negara mampu direalisasikan untuk mencapai kemajuan yang dicita-citakan.


                                                  RUMUSAN

            Pendidikan negara sedang mengharungi transformasi ke arah menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.  Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insane holistik bagi menghasilkan tenaga kerja yang   berpendapatan tinggi.   Kajian mendapati bahawa pemimpin sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.  Peranan pemimpin luar biasa untuk menjayakan transformasi dalam pendidikan amat genting (crucial).
         Oleh yang demikian, pemimpin sekolah mestilah berusaha untuk meningkatkan prestasi murid dan sekolah.Penekanan ini sejajar dengan perancangan negara untuk melahirkan modal insan yang mantap dari segi ilmu pengetahuan dan akhlak. Hanya melalui ciri-ciri ini pembangunan negara mampu direalisasikan untuk mencapai kemajuan yang dicita-citakan.  
         Seorang pemimpin yang benar-benar boleh mempengaruhi subordinat supaya menjadi pengikut yang setia bukanlah suatu perkara yang  senang.  Untuk itu seseorang pemimpin  hendaklah menguasai kemahiran- kemahiran tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai dengan  memadankannya dalam konteks tertentu.
         Untuk berjaya setiap pemimpin perlu mempunyai ciri outstanding leaders, mereka perlu berupaya memimpin dan membimbing seluruh warga sekolah ke arah pencapaian misi, visi dan matlamat yang ditetapkan dan mempunyai kepimpinan yang unggul dan pengurusan yang berkesan mampu menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang berkesan.
         Kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin untuk menerima latihan pelbagai dimensi dari sudut ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya berupaya menghadapi cabaran dan dugaan pada era pembangunan teknologi dan globalisasi kini. Transformasi pendidikan amat penting sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara holistik. Kita perlu yakin melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020.
         Dengan amanah besar ini, para pendidik menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam masyarakat. Bak kata pujangga:

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
            Seribu tahun katanya menjadi hikmat



’Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya”
                                                                                                                 Al-  Kahfi-30


 Rujukan

1.Abdul Ghafar Mahmud, 2010.Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Ucapan Perasmian Pengetua Mesyuarat Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Kali Ke 3, Seremban,Negeri Sembilan.
2.Aminah Ayop, 2007.UPSI, Pembangunan Modal Insan Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Dan Implikasinya Terhadap Kepimpinan Sekolah , Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Kelima.
3.Dato Seri Mohd Najib Abd Razak, 2009 Majlis Perhimpunan Yab. Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran Dan Penjawat Awam Serta GlC, Putrajaya.

4.Danny Cox,2003. Leadership When The Heat’s On-24 Lessons in High Performance Managemaent, Mc Graw Hill.
5.Fullan, Michael,2007. Principals as Leaders in a Culture of Change,
6.Jim Collins, 2006.Good To Great, Mc Graw Hill, NY
7.John C. Maxwell, 2005. The 360 Leader, Thomas Nelson, Inc.
8.John H. Zenger & Joseph Falkman, 2004. The Handbook for Leaders: 24
 lessons for Extraordinary Leadership, Mc Graw Hill, NY.
9.John H. Zenger & Joseph Falkman, 2009. The Inspiring Leader- Unlocking
  the secrets of how extraordidary leaders motivate, Mc Graw Hill,NY.
 10.John H. Zenger & Joseph Falkman, 2009. The Extraordinary Leader-Turning
          Good  Managers into Great Leaders, Mc Graw Hill, NY.
11.John H. Zenger & Joseph Falkman, 2010. The Extraordinary  Coach- How the
           Best  Leaders Help Others Grow,  Mc Graw Hill, NY.
12. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Disember 2009, IAB
 13.Julie Hoo,  Principal, Raffles Girls’ School (Singapore) julie.hoo@rgs.edu.sg
           www.rgs.edu.sg National Conference of Education Management  for Super
          Principals, 2010 Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Malaysia
14. Kouzes J,Posner B., 2007. Leadership Challenge, Jassey-Bass,SF,CA.
15. Kouzes J, Posner B.,2002.Five Practices of Examplary Leadership,Jassey-Bass,
         SF,CA.
16.Marie-Nathalie Beaudoin, Maureen Tailor, 2004.Creating A Positive School
          Culture- How Principals and Teacheers Can Solve Problems Together, Corwin
         Press,California.
17. Martin, Glenn., 2006. Coaching and Mentoring, Penquin, CA
18.MYMETRO-MINDA- Pembentukan modal insan secara holistik 11.5.2011
19.Utusan Malaysia 14 Mei 2011.
20. Patrick Lencioni Daniel Harkavy, Becoming A Coaching Leader, The Proven Strategy for Building Your Own Team of Champions, Advantage Quest Publications, 2011.

21.Taggart, James L. C. (2010). Becoming a Holistic Leader. dimuat turun pada 23   Oktober 2010. www.LeadershipWorldConnect.com

22. Thomas J Sergiovanni, 2001. Leadership What’s In It For Schools? RoutledgeFalmer.

No comments:

Post a Comment