Monday, December 15, 2014

Kepimpinan Pengetua Sekolah Mencetuskan Transformasi Pemikiran Masa Depan Pendidikan Negara



Kepimpinan Pengetua Sekolah Mencetuskan Transformasi
Pemikiran Masa Depan Pendidikan Negara
Oleh
SAHIFUL BAHARI B ABD RAHMAN
PENGETUA CEMERLANG
SEK MEN SAINS MACHANG KELANTAN

           Dunia pendidikan kini semakin rencam dengan gelombang transformasi yang datang begitu deras dan pantas.  Situasi ini terus mendesak pemimpin sekolah perlu lebih bersedia bagi mendepani cabaran itu. Sehungan dengan itu pemimpin sekolah perlu sentaiasa bersikap proaktif terhadap perubahan bagi memenuhi tuntutan dan kehendak pelanggan dan keadaan semasa. Semua ini memerlukan pemimpin sekolah menjana transformasi pemikiran masa depan agar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)  2013-2025 yang menjadi dasar negara. Pemimpin sekolah sebagai agen pelaksana dalam organisasi yang akan merealisasikan kelangsungan kerangka pelan ini. Aspek kepimpinan pendidikan, khususnya kepimpinan sekolah perlu menerima hakikat bahawa mereka berperanan menentukan kejayaan sekolah yang mereka terajui. Kajian mutrakhir memberikan perhatian serius tentang amalan-amalan pemimpin sekolah yang mempengaruhi keberhasilan dan kemenjadian murid. Persoalannya adakah pemimpin sekolah telah bersedia dan berganjak transformasi pemikiran masa depan dan amalan mereka selaras dengan tuntutan-tuntutan  semasa.
            Pembelajaran Abad Ke-21. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran tinggi dalam literasi multimedia (ICT) selain daripada bidang mata pelajaran yang diajar. Pendekatan yang dicadangkan adalah berbentuk pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan hasil/pendapatan (outcome based), pembelajaran berasaskan penyelidikan, penggunaan kaedah kolaborasi dan pembelajaran merentasi kurikulum. Kemahiran Pengajaran Abad Ke-21 banyak berasaskan Revolutionary Thinking  .Pemikiran kritis dan kemampuan menyelesaikan masalah telah menjadi komponen utama dalam kemajuan insan sejak dahulu lagi. Skil literasi maklumat,  kesedaran global (global awareness), mempraktikkan budaya sentiasa belajar bagi memperbaiki corak kepimpinan kita bagi memastikan ia efektif – work smart; not work hard.
           Kepimpinan Abad Ke-21  menekankan empat aspek kepemimpinan, iaitu
         memahami diri (self-awareness)
         mengurus diri (self-management)
         memahami persekitaran sosial (social awareness)
         mengurus hubungan (relationship management)
         memahami keadaan semasa organisasi (stay grounded)
Manakala Pembelajaran abad ke-21  juga dikategorikan kepada :
Pertama ialah berfikir secara kreatif dan kritikal, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
Kedua ialah cara bekerja yang menekankan kepada komunikasi dan kolaborasi;
Ketiga ialah alat bekerja iaitu ICT dan literasi maklumat;
Keempat  ialah kemahiran untuk hubungan sejagat iaitu nasionalisme, kerjaya serta tanggungjawab sosial dan diri.

          Situasi semasa  ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh YAB Perdana Menteri semasa berucap pada 6 Januari 2014 yang lalu menegaskan bahawa “ kita perlu berkesanggupan melakukan perubahan, structural reform, strategic reform untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi negara.  Sebab itu dalam tahun 2014 dan tahun-tahun akan datang, kita mesti meneruskan Dasar Transformasi Negara yang bermatlamat mencapai status negara maju dalam tempoh masa yang semakin pendek.”  Saranan ini dilanjutkan penegasan  Dr Khair b Mohd Yusoff dalam amanatnya,  ‘Mungkin selama ini kita sudah selesa dengan apa yang kita ada sehinggakan kita perlukan ‘kejutan’ untuk menyedarkan kita bahawa perlu berusaha lebih supaya sistem pendidikan kita setaraf dengan pendidikan terbaik dunia. Sesungguhnya, apa yang dirancang dan dilaksanakan adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara bertujuan untuk menyediakan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi dwibahasa, kemahiran kepimpinan, memiliki identiti nasional dan etika kerohanian serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.’
Elemen-elemen inilah yang perlu diusahakan dalam pembelajaran abad ke-21  juga dikategorikan kepada :
Pertama ialah berfikir secara kreatif dan kritikal, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
Kedua ialah cara bekerja yang menekankan kepada komunikasi dan kolaborasi;
Ketiga ialah alat bekerja iaitu ICT dan literasi maklumat;
Keempat  ialah kemahiran untuk hubungan sejagat iaitu nasionalisme, kerjaya serta tanggungjawab sosial dan diri.



1.      Cabaran Dan Tumpuan
    
       Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini merupakan satu perancangan dan pelaksanan yang cukup mencabar. Walaupun kita telah menempa beberapa kejayaan pada tahun pertama ini, masih banyak yang perlu dilakukan. Semua pihak telah mengakui hakikat, sesungguhnya untuk memulakan perubahan itu memerlukan keazaman yang tinggi kerana kita perlu berubah daripada amalan yang biasa kepada amalan yang luar biasa. Cara berfikir, cara bertindak dan cara bekerja perlu ditambahbaik berbanding dahulu bagi memastikan yang kita tidak ketinggalan dalam dunia yang terlalu pesat berkembang ini.  Di semua peringkat di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sudah tentu terdapat perbezaan pandangan dan pendapat dalam melaksanakan inisiatif PPPM . Namun begitu janganlah kita menjadikan perbezaan ini sebagai satu kekangan untuk bergerak ke hadapan dan mencapai keberhasilan yang disasarkan. Era ini sepatutnya sudah mengajar barisan tenaga pemimpin  sekolah untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang mendatang dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan demi masa depan anak-anak bangsa kita. Lantaran itu, kepimpinan transformasi masa depan perlu memfokuskan beberapa aspek penting. Semua aspek ini saling berkait rapat dan bergantungan, iaitu
     
      Personaliti > Pengikut> Situasi> Sumber> Tekanan dari dalam/ luar> Risiko> Strategi
Untuk mencapai hasrat yang murni ini sudah pasti banyak cabarannya. Antara punca yang menghalang transformasi pemikiran pendidikan masa depan sebagaimana disebut oleh  Harvey Robbins and Michael Finlay dalam bukunya Why Change Doesn’t Work  , iaitu                    
  1. Kekurangan komitmen kepimpinan/ tersalah pilih pemimpin/ pertukaran pemimpin
  2. Pelan, pembangunan dan pelaksanaan komunikasi yang lemah .
  3. Pengikut yang tidak cukup bersedia / dilatih untuk mendepani perubahan
  4. Ketiadaan perancangan yanmg kontigensi ( nasib tidak baik)
  5. Pengikut yang tidak berjaya diyakini keperluan untuk berubah
  6. Tiada kad skor untuk memenangi dan berkongsi pembelajaran
  7. Peruntukan insiatif dikurangkan atau ditarik balik tanpa persetujuan atau perundingan dengan pelanggan
  8. Membawa perubahan merupakan satu tekanan yang hebat atau menjadi timbal balik yang negatif
  9. Arahan perubahan yang  strategik merupakan laluan untuk inisiatif 
  10. Perubahan kes yang ditemui di premis yang salah atau punca yang betul tetapi ketika masa atau ketika yang salah
  11. Kehilangan perspektif /  perasaan ego
  12.  Berminat untuk berubah yang menurun mengikut masa dan keadaan
Jadi, untuk mencapai matlamat PPPM yang bercorak masa depan ini, segala halangan dan kekangan ini haruslah ditangani dengan bijak, berhemah dan berhikmah oleh pemimpin sekolah.

2.      Lima Pemikiran Masa Depan.
Howard Gardner (2009) Five Minds For The Future, menggariskan Lima Minda pada masa depan, iaitu
1.      The Diciplined Mind
2.      The Synthesizing Mind
3.      The Creating Mind
4.      The Respecting Mind
5.      The Ethical Mind
Nombor satu, dua dan tiga pemimpin perlu memiliki  IQ (Kecerdasan Intelek). Nombor empat perlu kepada EQ (Kecerdasan Emosi) dan lima menitikberatkan SQ ( Kecerdasan Rohani)





We must immediately expand our vision beyond standard educational institutions. In our cultures today- and of tomorrow- parents, peers, and media play roles at least a significant as do authorized teachers and formal schools ..If any cliché of recent years rinf true, it is the acknowledgement that learning must be lifelong”     Howard Gardner






Pemimpin yang dinamik mempunyai kesedaran dan menguruskan
1.      Ruh-komponen yang membolehkan manusia beramal dengan sifar terpuji, menjauhi sifat keji, bertanggungjawab sesame manusia dan alam persikitaran dan bertangungjawab dengan Allah swt
2.      Qalbu- komponen yang membolehkan manusia menganalisis dan memberi makna kepada apa dicerapi
3.      Akal- wahana untuk berfikir yang memerlukan kepada bahan intelek
4.      Nafsu- komponen yang memberi emosi, semangat dan keghairahan
5.      Jasad- sifat fizikal yang perlu dibangunkan dan dikembangkan sewajarnya







BASIC THINKING
Thinking Ahead
Thinking  Again
Thinking Across








Kepimpinan  Lima Tahap yang mempengaruhi
1.      Learning
2.      Performing
3.      Leading
Developing leaders
5.      Developing leaders who develop leaders    (Brady and Woodward)





Pemimpin yang hebat memiliki keupayaan analitikal dan intelektual yang akan menganalisis dan membuat  keputusan. Dia berkebolehan untuk mempengaruhi dan mengadakan kolaborasi bagi mencapai matlamat organisasi. Dia juga mempunyai komitmen, akauntabiliti dan daya motivasi yang membawa kepada kecemerlangan dan keberhasilan. 







3.BERSIKAP DAN BERAMAL SECARA PROFESIONAL
Keupayaan pengetua untuk mempamerkan dan mengamalkan etika kerja dan amalan nilai profesion keguruan seperti berikut: Amanah Berketerampilan Kecintaan terhadap profesion Teladan Jujur dan boleh dipertanggungjawabkan Cara berpakaian mengikut peraturan semasa Tingkah laku boleh diteladani seperti menepati masa, bertimbang rasa, beradab dan mesra Pengetua perlu mempertahankan nama baik profesion mengetahui, memahami dan menghayati semua etika kerja dan amalan nilai profesion keguruan serta jelas mempamerkan tingkah laku yang murni. Mereka juga berkeupayaan mengenal pasti bidang yang memberi kesan negatif kepada sistem dalam cara yang tidak langsung. Isu-Isu ini melangkaui organisasi, dan sebagai pemimpin perlu mengurus segala konflik dengan cermat, bijak dan berhemah. Amalan itu sudah pasti akan memanfaatkan organisasi dalam jangka panjang.  Sehubungan dengan itu pengetua perlu mempunyai pengetahuan mengenai amalan dan isu terkini berkaitan tugas yang dihadapi oleh organisasi lain seperti sektor swasta dan kementerian lain, serta mempunyai keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan mengenai amalan terbaik untuk mengurus organisasinya.
Satu kredit yang bagus jika pengetua itu berkeupayaan untuk menjana penyelesaian baharu dan belum pernah diteroka, yang akan memberi faedah berterusan kepada sistem dan organisasi sekolah.








  

Management Tools

L Strategic Analysis Tools

a.      Force Fields Analysis

b.     Boston Consulting Group (BCG)

c.      Stakeholders Analysis

d.     Porter Five Forces

e.      Porter Value Chain

f.       PESTELS


g.      SWOT/TOWS

h.     McKinsey 7S

i.        Cause & Effect

j.        Organizational Excellence Model

k.     Journalistic Six

l.        Strategy Canvas & Four Actions Framework

m.   Strategic Total System Analysis

n.     Stakeholders Analysis, etc




Untuk mencapai status GREAT TO EXCELLENT, murid perlu menjadi SUPER CHARACTER, iaitu murid-murid yang mempunyai ciri berikut:

      memenuhi kehendak yang tidak atau belum terungkap;
      menangani cabaran yang belum tiba;
      melepasi rekod atau kualiti sedia ada sebelumnya;
      mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaingnya; dan
      memiliki cara gaya berfikir ‘think the unthinkable’ atau ‘reason the unreasonable’.





Patricia Aburdene, Megatrends 2010.


The best leaders tend to be those that create powerful learning communities and are able to integrate the intellectual, emotional and spiritual.  They recognise the importance of core values and that organisational performance is largely dependent on the beliefs people hold and how they work together.  In this sense, leadership is a form of social capital that can be increased through investment in the development of others.  (Harris, 2003)







4.BIJAK BERKOMUNIKASI  DENGAN MURID
Pengetua perlu berkeupayaan untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan murid secara konstruktif, adil,  hormat-menghormati, saling mempercayai memperlihatkan tahap ekspektasi yang tinggi terhadap murid komited terhadap pencapaian murid penyayang. Contoh: memberikan perhatian / tumpuan tanpa mendiskriminasikan murid. Pengetua perlu menerima pandangan dan menegur murid secara berhema. Mereka perlu sanggup berkorban masa dan tenaga mewujudkan hubungan yang baik dengan murid melalui amalan dan penghayatan semua nilai etika profesion keguruan serta memperlihatkan tahap ekspetasi dan komitmen terhadap pencapaian murid.

5. BERSIKAP BERDAYA SAING DAN MENGUTAMAKAN PENCAPAIAN
       Pengetua perlu berkeupayaan untuk memberikan sokongan dan sumbangan terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka perlu bersikap positif terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka jua sangat mengutamakan pencapaian dalam setiap usaha yang dilakukan. Pengetua perlu responsive segala kertas cadangan dan segera memberi maklum balas terhadap sesuatu arahan. Mereka memberi komitmen konsisten, bertanggungjawab, prihatin dan berusaha gigih untuk mencapai matlamat organisasi.

6.      TADBIR URUS BERPRESTASI TINGGI
Pengetua berkeupayaan guru untuk merancang, melaksana, menyelesaikan, melaporkan hasil sesuatu arahan atau program berdasarkan tempoh dan sasaran kerja yang ditetapkan. Dia juga berkebolehan menilai kuantiti dan kualiti hasil kerja berdasarkan surat arahan / memo/ lantikan Jadual kerja / program Analisis Data Post-mortem Laporan Buku rekod mengajar Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Dia juga dapat merancang, melaksana dan menyelesaikan serta melaporkan hasil sesuatu arahan atau program sebelum atau pada tempoh sasaran kerja yang ditetapkan.

“One of the tests of leadership is the ability to recognise a problem before it becomes an emergency”,  Arnold Glasgow (2010)
 
Kelestarian SBT terletak kepada kebijaksanaan dan kemampuan pemimpin merancang, melaksana dan membuat refleksi bagi perancangan yang strategik.    Berfikir di luar kotak bagi menilai aspek-  aspek pengurusan organisasi yang boleh dianggap lemah dan boleh diperbaiki.
High Performing Governance (HPG) menggariskan ciri-ciri kepemimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang berkesan. HPG menekankan tentang fleksibiliti sesuatu kepemimpinan organisasi untuk mengadaptasi dan berubah untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Fleksibiliti di sini bermaksud Kemampuan menyesuaikan sistem sedia ada. Kebersamaan (mutuality). Kemampuan mengurus persekitaran bagi membolehkan pemimpin menggunakan kuasa (authority) serta kreativiti. Kebolehupayaan untuk membentuk warga organisasi memahami peranan mereka.
Organisasi yang ideal haruslah bersifat fleksibel dan responsif, dan mampu berubah mengikut keadaan semasa. Organisasi yang ideal ialah yang berkebolehan untuk memperbaharui diri (self-renewing) dan mampu belajar dan mengubah pengetahuan dan amalan sedia ada sejajar dengan pengalaman” (Senge, 1990).
         Pembentukan Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan guru di sesebuah sekolah akan dapat membantu membudayakan kajian tindakan dan seterusnya menjadikan organisasi pendidikan sebagai sebuah organisasi yang bernyawa, berjiwa dan berwibawa.
         CPD membantu warga kerja mencapai lima elemen penting bagi meningkatkan profesionalisme mereka iaitu SMART- Spesifik (Specific), Mampu dinilai (Measureable), Mampu dicapai (Achievable), Realistik (Realistic) dan Terdorong dengan masa (Time-bound).
THE GREAT SCHOOL : SEKOLAH BERTARAF DUNIA MALAYSIA (SBDM)
         SBDM ialah sebuah institusi pembelajaran futuristic bertaraf dunia yang memberi tumpuan serta pengkhususan (specialization) dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta terlibat dalam penerokaan idea baharu berbentuk penyelidikan dan penciptaan.
         SBDM akan menjadi pusat penempatan murid-murid cemerlang dari seluruh negara berfungsi sebagai pusat inovasi pendidikan.
         SBDM akan melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan mampu berdikari serta memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara.
         Inisiatif ini meletakkan SBDM sebagai show case pendidikan negara dan merupakan suatu pengiktirafan tertinggi bagi sekolah-sekolah cemerlang di Malaysia.


      Sedikit berbeza dengan kriteria pencalonan SBT
      Berdasarkan Peningkatan (TOV, KPI dan ETR)
      Pemberian Skor berdasarkan pencapaian sekolah pada tahun 2013 mengikut SET, ET, OT, BT dan XBT yang ditetapkan oleh NKRA
         Guru-guru harus menjadi agen kepada perubahan yang bakal mencorakkan The 21st Century Learning ini.
         Teacher development is defined as a process whereby teachers professionality and / or professionalism may be considered to be enhanced.” (Evans, 2002)
         Efficiency is doing things right; effectiveness is doing the right thing
         Peter Drucker (2010)
         Knowledge shared is knowledge gained.
Sebuah pasukan yang hebat:
“Segelintir manusia dilengkapi dengan kemahiran di mana mereka ini komited terhadap matlamat yang sama, satu set matlamat prestasi dan mendekati kepada mereka yang mempunyai kebertanggungjawaban bersama”
         “a small number of people with complementary skills who are committed to a common purpose, set of performance goals, and approach for which they hold themselves mutually accountable.”




Dr. Maria Orlando, a core faculty member in the doctoral Educational Leadership and Management Specialization at Capella University, listed NINE CHARACTERISTIC OF A GREAT TEACHER
      A great teacher respects students;
      A great teacher creates a sense of community and belonging in the classroom;
      A great teacher is warm, accessible, enthusiastic and caring;
      A great teacher sets high expectations for all students;
      A great teacher has his own love of learning …..;
      A great teacher is a skilled leader;
      A great teacher can “shift-gears”;
      A great teacher collaborates with colleagues on an ongoing basis; and
      A great teacher maintains professionalism in all areas.
warga SBP diharapkan menjadi juara perubahan seperti yang dicita-citakan dalam PPPM 2013 – 2025
      perlu peka kepada persekitaran pembelajaran dan pekerjaan;
      tidak mudah berpuas hati dengan tahap pencapaian dan keberhasilan kerja;
      menjadi ‘paradigm  breaker’, iaitu peneroka penyelesaian baharu kepada sebarang isu;
      pelajar yang inventif dan inovatif serta memiliki ‘can do mentality’ dalam menyempurnakan visi dan misi; dan
responsif terhadap fenomena baharu, cabaran baharu dan harapan baharu.





7.      KEMATANGAN EMOSI DAN KEYAKINAN DIRI
Pengetua berkeupayaan guru untuk menetapkan hala tuju dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Dia bijak membuat keputusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab . Dia boleh menangani pelbagai isu dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab. Dia juga mengurus tugas dan tanggungjawab yang mencabar dari segi emosi, mental, spiritual, dan fizikal.
Dia mempunyai pemikiran terbuka apabila berinteraksi. Dia perlu mempamer hala tuju yang jelas dan dapat membuat keputusan dan menangani pelbagai isu dalam melaksanakan tugas /tanggungjawab ditetapkan untuk diteladani daripada aspek kematangan emosi dan keyakinan diri yang tinggi.

8. BUDAYA KERJA SEPASUKAN
When the Master governs, the people are hardly aware that he exists.. The Master doesn’t talk, he acts. When his work is done, the people say, “Amazing. We did it all by ourselves!’”
Lao-Tzu ( 6th century BCE/1992,p.17)
          Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada interaksi yang baik dan berkesan antara pemimpin, pengikut ,dan situasi.Oleh yang demikian pemimpin sesebuah organisasi perlu mencari strategi bagaimana kemahiran interaksi ini dapat dipupuk dalam kalangan anggota yang bertugas di bawah pimpinannya. Jika hasrat ini berjaya direalisasikan , sudah tentu satu budaya kerja berpasukan dapat dibentuk dan mereka sangat komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.Contohnya, sebagai pemimpin yang memimpin sebuah organisasi yang sangat kompleks, misalnya sekolah harian dua sesi yang jumlah muridnya 2500 orang,ada asrama,guru-guru berjumlah 150 orang, staf sokongan 20 orang, seribu macam karenah yang akan timbul .Keadaan ini boleh menyebabkan pengetua akan menghadapi tekanan yang sangat mencabar untuk menguruskan manusia yang sudah pasti mempunyai pelbagai ragam.Tugas seorang yang bergelar pemimpin bukan tugas ‘one man show’,jika hanya pemimpin seorang yang mengendalikannya pasti dia akan menghadapi kegagalan. Bagaimana pemimpin untuk mengarahkan pengikut jika seorang pemimpin itu tidak mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. Jika pemimpin hanya mengarahkan pengikut dan berlaku sedikit kesilapan, pemimpin itu telah memaki hamun dan tidak mengawal emosi terhadap pengikutnya. Tindakan itu sudah pasti melukakan hati pengikut dan memberi kesan mendalam kepadanya.                                                                        

The best leader is one whose team chooses to follow. To be a successful leader you need a great team around you. But the team has to be dynamic, focused and able to deliver. (Michael Heath 2010)
Pengetua berkeupayaan  untuk terlibat secara aktif bagi menjayakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Dia berkomunikasi secara berkesan. Dia bersikap terbuka dan menangani isu/masalah secara bersama atau musyawarah secara konsisten sehingga boleh diteladani oleh pengikutnya.





8.BERFOKUSKAN PELANGGAN
Pengetua berkeupayaan  untuk mengutamakan pelanggan. Dia bersikap peka terhadap aduan pelanggan. Dia berusaha gigih untuk meningkatkan imej organisasi. Dia mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelanggan berpotensi.


.

9. KEPIMPINAN BERWAWASAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
 Pengetua menetapkan hala tuju organisasi. Dia mengoptimumkan penggunaan semua sumber yang ada . Dia bijak membuat keputusan yang relevan dan rasional. Dia mengamalkan perkongsian kepimpinan atau distributed leadership. Pengetua mempunyai vsi dan misi yang jelas. Dia mempunyai perancangan strategik: Iaitu Pelan Taktikal dan Pelan Operasi yang lengkap dan mudah dilaksanakan.

10. MENGURUS  PERUBAHAN
The highly effective principal is a change master- a flexible, futuristic, and relialistic leader, able to motivate as well as manage change in an organizd, positive and enduring fashion. ( McEwan, 2003)
Chage master menggunakan pelbagai kegunaan:
1.      Membina dan berkongsi nilai
2.      Mengukuhkan pasukan kepimpinan
3.      Mencetus idea baharu
4.      Berkongsi informasi kritikal
5.      Penyelesai masalah
6.      Reaching consensus
7.      Resolving conflict
8.      Merancang target      ( McEwan  !997)
 Pengetua berkeupayaan guru untuk berubah selaras dengan keperluan semasa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab . Dia berkebolehan menyesuaikan diri terhadap perubahan. Dia bersikap berani menghadapi risiko dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Tidak syak lagi pemimpin itu menjadi agen perubahan atau transformasi.
.
Kerjaya menjelang 2020
1.      Computer engineering
2.      Mobile software engineering
3.      Simulation engineering
4.      Cloud virtualization
5.      Data and real-time analytics
6.      Connected intelligence
7.      Robotics and automation
8.      Advanced simulations in education
9.      Cyber security and protenction
10.  Web design and development
11.  E-counseling and theraphy
12.  Social business enterprise
       ( Lim Kok Wing University Report)
11. KEGHAIRAHAN MENIMBA PENGETAHUAN
Pengetua berkeupayaan  untuk mempelajari perkara baharu. Dia berkemahiran mendapat maklumat. Dia memperoleh pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Dia juga memperoleh pengetahuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran ( learning community)
Most High-Value Skills of the Future
1.Knowledge is Power. Application is Power  ( how to take action or apply it)
2.Communication- Social Intelligence (key to collaboration and problem solving)
3. Rote Learning –Creative Learning ( teachers need to teach creativelyto motivate)
4.Passing Standardized Exams - Innovative Thinkers ( New/improved solutions & responses beyong notes and rules-based)
5.Tradisional Literacy- Digital literacy ( Computer multimedia,, computer games, websites)
6. Local heroes- World-Class Mindset ( Cross-cultural environment. Best ideas and best talent.
   (Faridah Hameed, LKW University of Creative Technology, 2013)



12.PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF
Keupayaan guru untuk menghasilkan/memperkenalkan idea baharu Melaksanakan tugas dengan kreatif dan berinovatif Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif
Bagi mencapai hasrat ini, pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistic yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Justeru, isu membekalkan modal insane berdaya saing di peringkat antarabangsa juga perlu diberi penekanan. Keperluan  kepada perubahan baharu ini menekankan peri pentingnya maklumat, kreativiti dan inovasi Dallam mmemberi perkhidmatan kepada masyarakat. Perubahan ini juga menekanankan perlunuya pendekatan berfikir secara kreatif dan strategi penyelesaian masalah.
Program I-Think ialah Program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. i-THINK membawa maksud innovative THINKing  (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir . Program  Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Peranan pemimpin sekolah yang anda fikir penting dalam memimpin inisiatif  KPM dalam membudayakan kemahiran berfikir. Refleksi  NOW- NEXT-FUTURE Visi Ke Arah Membudayakan Kemahiran Berfikir Di Sekolah.  Pasukan Pemandu Sekolah  berperanan menilai dalam melaksanakan dan membudayakan KBAT, iaitu
Perancangan>Pelaksanaan >Pemantauan  >Penilaian >Penambahbaikan >Pembudayaan
Peranan Pengetua/Guru Besar membudayakan KBAT dalam Program i-THINK
      Komitmen >Pengurusan >Kemenjadian Murid >Pembudayaan
Semua pihak bertanggungjawab dalam menjayakan program  i-THINK


“Allow yourself to dream because it gives you idea. If you have the determination to carry out your idea, the success is yours”. – Tony Fernandes


I cannot build this future alone and so I need each and every one of you to walk with me in this journey to bring transformation and the light of hope to all Malaysians.”
- YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak (April, 2012)





Steve Jobs:
Amongst The Greatest Of American Innovators
Brave Enough To Think Diferently
Bold Enough To Belieive  He Would Change The World
Talented Enough To Do It.
Remarkable Vision Which Has United And Inspired Those Remarkable Grup Of People
Passion
Enthusiasism
Sense Of Humoue
Great Joy In Doing Things Right


12. BIMBINGAN DAN MOTIVASI (COACHING AND MENTORING)
Pengetua berkeupayaan guru untuk merancang sesi bimbingan dan motivasi guru. Dia melaksanakan dan menilai sesi bimbingan dan motivasi guru . Dia menilai sesi bimbingan guru dengan cekap dan sistematik serta memberikan tunjuk ajar  dan berkongsi idea untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran.
13.SUMBANGAN PROFESIONAL & SOSIAL
Keupayaan guru untuk menganggotai mana-mana organisasi komuniti atau NGO yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. Melibatkan diri dalam mana-mana organisasi komuniti atau NGO yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. Memberikan sumbangan profesional untuk meningkatkan kompetensi diri, organisasi atau pihak lain merujuk bidang tugas berkaitan. Memberikan sumbangan komuniti untuk organisasi atau pihak lain untuk pelaksanaan aktiviti berkaitan.
Menganggotai dan melibatkan diri dalam mana-mana organisasi komuniti atau NGO yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. serta memberikan sumbangan profesional untuk meningkatkan kompetensi diri, organisasi atau pihak lain dan sumbangan komuniti untuk organisasi atau pihak lain untuk pelaksanaan aktiviti berkaitan

13.   KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Keupayaan guru untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi menggalakkan tumpuan murid terhadap PdP Mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan Menerapkan nilai dalam komunikasi Menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP berjalan
Contoh: Menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami Sebutan jelas Nada dan intonasi sesuai Menjadi pendengar yang baik Berkomunikasi secara sopan
mendengar, memberikan maklum balas yang relevan dan menggalakkan tumpuan murid terhadap PdP serta interaksi murid secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP berjalan sambil menerapkan nilai dalam komunikasi berkesan.
The highly effective principal is a culture builder- an individual who communicates (talks) and models (walks) a strong and viable vision based on achievement, character, personel responsibility and accountability (K. McEwan, 2003)

“One of the tests of leadership is the ability to recognise a problem before it becomes an emergency”,  Arnold Glasgow (2010)
 
Kelestarian SBT terletak kepada kebijaksanaan dan kemampuan pemimpin merancang, melaksana dan membuat refleksi bagi perancangan yang strategik.    Berfikir di luar kotak bagi menilai aspek-  aspek pengurusan organisasi yang boleh dianggap lemah dan boleh diperbaiki.

High Performing Governance (HPG) menggariskan ciri-ciri kepemimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang berkesan. HPG menekankan tentang fleksibiliti sesuatu kepemimpinan organisasi untuk mengadaptasi dan berubah untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Fleksibiliti di sini bermaksud Kemampuan menyesuaikan sistem sedia ada. Kebersamaan (mutuality). Kemampuan mengurus persekitaran bagi membolehkan pemimpin menggunakan kuasa (authority) serta kreativiti. Kebolehupayaan untuk membentuk warga organisasi memahami peranan mereka.
Organisasi yang ideal haruslah bersifat fleksibel dan responsif, dan mampu berubah mengikut keadaan semasa. Organisasi yang ideal ialah yang berkebolehan untuk memperbaharui diri (self-renewing) dan mampu belajar dan mengubah pengetahuan dan amalan sedia ada sejajar dengan pengalaman” (Senge, 1990).
         Pembentukan Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan guru di sesebuah sekolah akan dapat membantu membudayakan kajian tindakan dan seterusnya menjadikan organisasi pendidikan sebagai sebuah organisasi yang bernyawa, berjiwa dan berwibawa.
         CPD membantu warga kerja mencapai lima elemen penting bagi meningkatkan profesionalisme mereka iaitu SMART- Spesifik (Specific), Mampu dinilai (Measureable), Mampu dicapai (Achievable), Realistik (Realistic) dan Terdorong dengan masa (Time-bound).





Kompetensi  pemimpin :
Berfikir >Bercakap> Memimpin> Bertindak

        
Menyedari hakikat bahawa anak-anak generasi akan datang ini adalah modal insan yang bakal menerajui negara dan menjadi pesaing global serta penyumbang di peringkat dunia, justeru PPPM komited dalam menyuntik pelbagai aspek
kemahiran, pengetahuan, etika serta jati diri tanpa melupakan aspek kerohanian yang terangkum dalam enam aspirasi murid.

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH

 Pertama, Program Transformasi Daerah di bawah Anjakan ke 6 PPPM bertujuan mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program
yang sistematik dan dipimpin oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah dirintis di Sabah dan Kedah. Fungsi dan peranan PPD dan JPN telah ditambahbaik untuk memberikan sokongan dan bimbingan melalui Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartners+) dan Jurulatih Utama Peningkatan Sekolah (SISC+).


PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA
 Dalam mencapai matlamat sistem pendidikan terbaik di dunia, penting untuk kita membentuk satu ekosistem pembelajaran di dalam komuniti setempat. Seperti yang pernah saya sampaikan semasa majlis Pelancaran PPPM pada 6 September lalu, proses merakyatkan pelaksanaan PPPM ini juga bermakna memberikan peluang kepada ibu bapa turut sama turun padang bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana pelibatan ibu bapa.

 Pencapaian ketiga, di bawah Anjakan ke 9 Pelibatan Ibu Bapa, komuniti dan sektor swasta, Sarana Pelibatan Ibu bapa telah Berjaya diedarkan ke 10 087 sekolah di seluruh negara dengan penekanan kepada pelibatan mereka
bersama pihak sekolah dalam membantu mempertingkatkan keberhasilan murid. Hasilnya kini ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan lebih aktif dalam pembelajaran anak-anak dengan memberi sumbangan dalam keceriaan
kelas, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan. Banyak sekolah telah berjaya berjaya merealisasikan hasrat sarana ini.
Kementerian dengan berbesar hati merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga serta semua pihak yang telah bersama-sama

Sesungguhnya kejayaan yang diperoleh ini ialah hasil daripada komitmen guru-guru, staf sokongan serta pihak PIBG sendiri. Sumbangan PIBG terhadap sekolah ini tidak terhitung banyaknya. Setiap aktiviti yang dianjurkan atau dibiayai oleh pihak PIBG membawa impak yang besar kepada pencapaian sekolah ini. Secara khusus, PIBG banyak menghulurkan sumbangan dalam bentuk material dengan membiayai  program-program ke arah peningkatan prestasi akademik yang diadakan menerusi program Menjana Kecemerlangan Akademik Pelajar atau lebih dikenali sebagai MeKAP. Selain itu, PIBG juga banyak membiayai penyertaan pelajar dalam aktiviti pertandingan di peringkat kebangsaan  juga antarabangsa. Sesungguhnya penglibatan pelajar dalam pelbagai program ini secara tidak langsung berupaya melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam pelbagai bidang dan akhirnya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan oleh kepimpinan negara



Akta Pendidikan 1961 memperuntukkan bahawa PIBG merupakan entiti utama dalam sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam akta tersebut. PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah, birokrasi dan isu yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah. Hal ini menyerlahkan lagi betapa pentingnya peranan PIBG kepada sesebuah sekolah baik rendah mahupun menengah. Dalam konteks peranan, PIBG sewajarnya melangkah sederap bersama-sama dengan pihak sekolah demi memastikan segala perancangan yang disusun oleh pihak sekolah akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan efektif demi kecemerlangan sekolah ini.
             
                        Salah satu hala tuju sekolah ke arah peningkatan prestasi ini adalah untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri para pelajar. Sesungguhnya dalam diri setiap anak-anak pelajar di sini ada bakat yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah, khususnya guru-guru mengenal pasti bakat-bakat yang ada dalam diri anak-anak melalui pelbagai program yang diadakan sama ada dalam bentuk pertandingan atau sebaliknya. Hal ini seiring dengan matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam pelbagai aspek.
    PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya.  PIBG memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Barisan kepimpinan PIBG juga hendaklah menginsafi dan dengan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul di bahu mereka. PIBG yang bertindak sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar.  Dengan adanya pemimpin dan pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang dilaksanakan boleh mencapai kejayaan yang diinginkan.  PIBG seperti inilah yang boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah. Oleh itu saya menyeru kepada semua pihak baik ibu bapa mahupun guru-guru, marilah kita sama-sama berganding bahu, sederap melangkah agar segala hasrat dan cita-cita yang kita sematkan akan membuahkan hasil seperti yang kita harapkan.

Mengikut Tony Bush, kepimpinan merupakan satu proses untuk mempengaruhi berasaskan nilai dan kepercayaan yang jelas dan mengurus visi sekolah. Visi ini gembleng bersama dengan komitmen yang tinggi bersama pengikut dan pelanggan untuk merealisasikan masa depan yang lebih untuk sekolah, murid dan pelanggan.
Kepimpinan moral merupakan fokus kritikal yang menyerlahkan nilai, kepercayaan dan etika harus diamalkan oleh pemimpin.
.
IMPLIKASI DAN RUMUSAN

            Pendidikan negara sedang mengharungi transformasi ke arah menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.  Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan bagi menghasilkan tenaga kerja yang   berpendapatan tinggi.   Kajian mendapati bahawa pemimpin sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.  Peranan Pengetua Cemerlang untuk menjayakan transformasi dalam pendidikan amat genting (crucial).  Oleh yang demikian, Pengetua Cemerlang mestilah berusaha untuk meningkatkan prestasi murid dan sekolah. 

            Untuk menjayakan transformasi pendidikan dan meneruskan budaya kecemerlangan murid, perubahan mesti bermula di sekolah.   Pengetua Cemerlang tiada pilihan melainkan menjadi Pemimpin Holistik.  Maka Pengetua Cemerlang mesti bermula dengan transformasi diri dahulu iaitu membina jati diri yang kuat.  Pengetua Cemerlang mesti meningkatkan kredibiliti diri, ketabahan dan ketangkasan dalam pengurusan sekolah dan seterusnya mengamalkan Kepimpinan Holistik.  Sambil melaksanakan Pembelajaran iaitu prinsip pertama Kepimpinan Holistik (Taggart, 2010), Pengetua Cemerlang melaksanakan prinsip-prinsip yang lain iaitu sebagai Pelajar, Penunjuk Arah, Peserta dan Pemupuk.  Dengan mengamalkan Kepimpinan Holistik, Pengetua Cemerlang akan pasti berjaya menggemblengkan sumber dan tenaga di sekolah dan komuniti demi kecemerlangan sekolah.





The highly effective principal is a facilitator- a leader with outstanding human relations skills that include the abilities to build individual relationships with parents, teachers, and students; collaborative teams with staff members and parents: and a schoolwide community of leaders.
McEwan.
The best leader is one whose team chooses to follow. To be a successful leader you need a great team around you. But the team has to be dynamic, focussed and able to deliver.  Heath 2010

Rujukan

1.      Tony Bush and David Middlewood (2013) Leading and managing People in Education, Sage Publications Ltd, London.
2.      Draf Teks Ucapan Yab Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd YassinTimbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia“Majlis Perutusan Tahunan 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia”


3.      McEwan, E.K. (2003) 10 Traits of Highly Effective Principals.CORWIN Press. A sage pub. California.

4.      Heath, Michael (2010) Leadership Secret. Collins, London.

5.      Amalan Blue Ocean Strategy dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan, IAB 2013.

6.      Panduan Pendekatan Blue Ocean Strategy dalam Kepimpinan dan pengurusan Pendidikan, IAB,  2013

7.      Raymond Lai and Yuin Lai, 2013, Ready for Take Off, How Todays Graduates became High Flyers, Eminence Management Cosulting Sdn Bhd

8.      Dr Amin bin Senin, Pemikiran Semula Pembangunan Kepimpinan Sekolah, IAB, 2011.

9.      Dr Khair bin Mohd Yusof,  Perutusan  Ketua Pengarah Malaysia Tahun 2014 (edaran)

10.     Harvey Robbins and Michael Finlay(1996)  Why Change Doesn’t Work, Barnes & Noble.

11.  Harvey Robbins (2000) The New Why Teams Don’t Work: What Goes Wrong and How to Make It Right.

( perlunya ada kerja sepasukan , kolaborasi, Team Balance, Teams at the Top.)
Ahli dalam pasukan dan pemimpin mempertahankan peringkat yang paling tinggi soasial dan kecerdasan emosi yang membuat mereka sedar keperluan sendiri, konflik dan keadaan yang tidak menentu.                                  

12.  Howard Gardner (2009) Five Minds For The Future, Harvard Business School Press.

No comments:

Post a Comment