Tuesday, October 2, 2012

PESANAN PEMBIMBING 2

   

PESANAN PEMBIMBING 2

1. Hakikat zikir- memberi kesan kepada hati menjadi tenang. Tanda awal iman yang meresap dalam hati yang akan membawa ketenangan yang berterusan.
Jika kita sentiasa mengingati Allah, Zat yang menjadikan,Dia juga akan mengingati kita.
Kita mengingati Allah dalam semua keadaan duduk, bangun, berjalan, bercakap ( bercakap sebenarnya kalamullah, menjawab itu Dia yang memberitahu) hatta semasa makan kita kena ingat hakikatnya Allah yang memberi kita kenyang, berselera dll
Bagi orang awam zikir itu baca secara bilangan.
2. Ikatan keimanan akan berterusan walaupun setelah kita meninggal-ikatan kita kukuh hasil dari perjanjian kita dengan Allah. Hubungan kita sesama jemaah perlu mantap dan tkukuh.
3. Malam lailatul Qadar-Jangan bergantung kepada Lailatul Qadar. JIbril pun makhluk ,kita perlu berdoa terus kpd Allah, makhluk tiada kuasa melainkan dengan izin Allah. Yang penting jangan kita ada perlakuan yg membawa syirik kepada Allah. Semua kerja buat kita mesti benar-benar ikhlas.
4. Pencarian Malam Lailatul Qadar – itu untuk orang awam. Tetapi kita diberi keistimewaan. Yang penting hubungan kita dengan ALLAH BERTERUSAN.
5. APABILA KITA BERIMAN –kita akan memahami hubungan kita dengan Allah macam mana. Kita dengan Allah mudah. Perkara ini jelas-sesetengah orang beranggapan untuk mewujudkan keadaan seperti itu perlu mencapai makam wali.
6. Fokus jemaah kita sekarang –memahami , menyokong, dan melaksanakan projek dengan penuh keyakinan. Ini perintah. Nanti Allah tunjukkan jalan. Sebenarnya projek jemaah sebagai alat sahaja . Bila kita berjaya orang akan datang kepada kita. Misi kita yg sebenarnya ialah berdakwah supaya orang taat kpd Allah.
7. Tugas untuk melaksanakan amanah sangat berat. Gunung pun tak sanggup. Tetapi Adam menerimanya, Adam hakikatnya Muhammad, Muhammad mengikut AL-Quran.
8. Hari ini pendakwah hanya tukang penyampai sahaja, sebab itu dakwah tidak berkesan. Bila dia bercakap apa yang dia sendiri tak fahami, maka jadilah cerita dongeng.
9. Jemaah kita diperintahkan bertani, menyimpan barang dan berternak. Perintah ini disuruh untuk menilai sejauh mana ketaatan kita. Sebab itu kita diuji untuk mengurus projek ekonomi.
10. Tanggung jawab manusia sebenarnya untuk merealisaikan isi kandungan Al-Quran.
11. Makanan iman ialah taqwa. Taqwa itu taat dan ikut perintah Allah dan jangan membantah.
12. Ahli jemaah yg tidak bersama kita. Itu semua kehendak Allah. Saya tidak boleh buat apa-apa. Saya hanya menyampaikan, jemaah yg tak buat kerja saya tidak menghukum, saya tidak pernah memaksa. Yang nak datang ,datang, yang nak pergi pergi… nanti Allah yang menentukan.
13. Sebenarnya, jika kita memahami, apa yang jemaah dapat benda yg mahal (KEIMANAN)
14. Bagaimanapun sifat orang beriman ialah pemaaf. (menzahirkan sifat Allah)
15. Antara sifat/tanda orang beriman dia ada BIMBINGAN jika dia lari pun dia lari tidak jauh.
16. Pelaksanaan Projek koperasi dibuat melalui pinjaman bank tidak digalakkan. Kita buat projek mengikut kemampuan kita. Walaupun modal tidak banyak namun dengan keikhlasan dan kesungguhan kita akan berjaya. Jika projek ribuan ringgit sekali pun tetapi jika kita ada perasaan buruk sangka dan berpecah-belah, projek itu sia-sia.
17. Keadaan sakratul maut (malaikat maut) ketika mencabut nyawa amat menyakitkan dan memedihkan . Orang beriman dicabut nyawa dengan lemah-lembut..
18. Baca Quran dan khatam Quran hari-hari pun tak guna jika kita jahil, macam burung belatuk. Kita baca biar beransur-ansur asal dapat bimbingan. Walaupun kita tidak menghafaz tetapi kita memahami ayat-ayat Quran . Mudah-mudahan dengan kesungguhan kita dapat hidayah dan keikhlasan akan datang. .
19. Walaupun hafiz Al Quran jasadnya tidak hancur tetapi ia tidak jadi khalifah.. Hanya Orang beriman menjadi khalifah di atas muka bumi.
20. Allah uji kita untuk meningkatkan keimanan dan menampakkan jalan-Nya.
21. Orang beriman akan menjaga ukhwah mukminin dan persaudaraan Islam. Kita jangan berpecah-belah yang merugikan kita. Yang penting jaga diri kita dahulu.
22. Semasa berdoa biar kita memahaminya dahulu barulah Allah mendengarnya/menerimanya.
23. Amalan malam akhir ramadhan- tasbih, istighfar, bertaubat
24. Berpeganglah baik-baik apa kita pegang , saya akan menunggu.
Pesanan akhir :
Bersaksilah dengan Rasulullah SAW , JANGAN syirik kepada Allah ,
berusahalah untuk taat walaupun keadaan payah dan sukar.

No comments:

Post a Comment