PESANAN PEMBIMBING 1
Soalan 1.Suatu hari ketika Rasulullah SAW mengadu kepada Tuhan: “Aku akan meninggalkan dunia ini, Aku
akan meninggalkan umatku. Siapakah yang
akan menuntun mereka setelahku? Bagaimana nasib mereka sesudahku?” Allah
menurunkan firman-Nya: Jangan khuatir, Aku telah mengurniakanmu Assab’ul-matsani
dan Al-Quran yang agung. Dengan kedua-duanya maka umat Islam sesudahmu akan
selamat dari kesesatan (bila mereka berpegang
kepadanya)
Jawapan : Assab’ul matsani dan
Al-Quran, dua pegangan yang menyelamatkan kita dari kesesatan. Assab’ul matsani
bermaksud 7 kelompok/generasi itu yang
akan menunjukki umat jalan yang benar. Tujuh kelompok/generasi yang akan
membimbing umat dalam mengamalkan Al-Quran. Tujuh generasi yang akan meneruskan
dan mewarisi perjuangan Rasul saw.
Allah memberi balasan syurga sebagai
ganjarannya.
2.Allah akan menyayangi
hamba-hamba-Nya yang taat dan mengenal Allah. Hamba yang menerima Dia sebagai
Rabb. Tuhan yang menciptakan dan tidak syirik kepada-NYa. Ini merupakan perkara
asas dalam agama. Apabila kita mengenali Allah, tidak syirik kita
diibarat bersih seperti kain putih.
3.Untuk mencapai sifat-sifat
kesempurnaan. Kita mesti redha dengan
Allah. Apabila Allah memberi ujian kita kena terima dengan hati yang
redha.
4.Jumlah ahli dlm jemaah sudah
mencukupi. Siapa yang dapat/mencapai
makam sempurna dia akan meliputi
kepada jemaah jua.
5.Segala amalan/tindakan kita , Allah sangat suka kita melakukan secara berjemaah. Jika
kita laksanakan sendirian jalannya menjadi jauh. Apa2 pun kita hendak buat mesti
berjemaah.
6.Orang yang tidak mensyukuri nikmat
Allah ialah orang masuk jemaah secara main-main dan mengikuti jemaah mengikut
masa lapangnya. Dia lebih mengutamakan
diri sendiri daripada Allah.
7. Hidup berjemaah sangat penting.
Yang perlu kita titikberatkan biar Allah pandang kita walaupun kita serba
kekurangan. Pokoknya jangan engkar.
Jika kamu engkar, saya tidak rugi
apa-apa. Cuba tanya ahli yang tinggal jemaah, apa yang dia
dapat?
8.Maksud Al-Quran “Kamu ialah umat yg terbaik yg dilahirkan
untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat yg makruf dan mencegah daripada
yang mungkar dan beriman kepada Allah.’(Ali-imran-110)
Apakah bukti kita mendakwa kita umat
yang terbaik? Semuanya bergantung kepada
amalan dan kesungguhan kita.
9.Dalam kehidupan kita Allah sentiasa
menguji kita untuk peningkatan keimanan. Kita perlu muahasabah diri.
10.Kehidupan orang yang beragama ialah mereka memilih untuk berkorban. Dengan pengorbanan itu sebagai pusingan modal dan bukti kita menerima nikmat Allah yang sangat luas dan banyak.
11.Tanda kita bersyukur dalam jemaah-
Jangan membantah dan apabila
disuruh/diperintah kita perlu ikut/buat dahulu.
12.Lawan kpd syukur ialah kufur.
Jangan sampai kita kufur, iaitu tidak menggunakan nikmat Allah dan kita
mementingkan diri sendiri.
13. Perjalanan kita bermuzakarah dan
memikirkan pasal hala tuju jemaah masalah peribadi letak ke tepi. Hidup kita
ini– jatuh bangun kita perlu bersama
jemaah .
14. Sebagai perbandingan ,kita
memikirkan jemaah seperti kita mencari nafkah untuk memberi makan minum anak
isteri. Begitulah sepatutnya kita. Hal
demikian dikatakan kerana, jemaah kita tidak ramai. Jika jemaah kita
jumlah yang ramai, pasti kita akan menghadapi banyak lagi
masalah.
15. Perasaan kasih sayang dan cinta akan jemaah akan
dicampak oleh Allah bila kita menganggap ahli jemaah sebagai ahli sebuah
keluarga. Itu tanda kita cinta kepada akhirat. Kita dianggap mencintai akan dunia apabila
kita sayang kepada diri dan keluarga melebihi
jemaah.
17. Kita dengan keluarga hubungan
darah tetapi dengan jemaah hubungan
keimanan, iaitu hubungan yang berterusan sampai akhirat. Rasulullah sangat
sayang akan sahabat. Baginda banyak masa
bersama sahabat daripada ahli
keluarga sendiri.
18. Sikap kita yang perlu dikikis ialah kita
tidak mahu langsung ambil tahu dengan kerja jemaah.
19.Maksud maju dalam agama ialah
sejauh mana hubungan kita dengan Allah.Jika kita benar-benar beriman Allah akan
membimbing terus menerus sehingga kita dapat berjumpa dengan
-Nya.
20. Tetapi, bagaimana untuk
mencapainya jika kita berpeluk tubuh dan tidak membuat apa-apa. Apabila kita berbuat sesuatu dan sedia berkorban barulah
ada peningkatan dalam hidup .
21. Makam terpuji- Yang terpuji itu hamba
memuji Tuhan, mengagungkan ZAT yang menciptakan. Laksana dengan ikhlas tanpa ada
syirik. Redha dgn Allah, barulah Allah
redha. Ramai ahli ibadah beramal kerana ada
kepentingan. Mereka tidak benar-benar ikhlas.
22. Ambil masa sekejap untuk
muhasabah diri /kaji diri kita kita dgn Allah. Lebih baik daripada solat tunggang langgang tetapi hati
lalai.
23. Solat wustho- selain solat lima
waktu ,solat tengah malam(
tahjud,taubat, tasbih, witir
dll).
24. Orang beriman perlu menjauhi
sifat malas. Malas itu adalah penyakit.
25. Dalam perjuangan ke jalan Allah-
solat malam dapat mengukuhkan diri kita.
Hal ini demikian kerana dikatakan
solat malam seolah-olah kita bercakap dengan
Allah.
26. Khusyuk dalam solat sangat
penting. Khusyuk maksudnya kita SEDAR bahawa kita sedang bersolat,
sebagai hamba yang menyembah Maha
Pencipta , jika ada gangguan dan khayalan kita tepis .
No comments:
Post a Comment