Wednesday, May 30, 2012

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK RAJA DR NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH SEMPENA HARI KECEMERLANGAN SBP


TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK RAJA DR NAZRIN SHAH IBNI  SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH   
SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KALI KE-39  20121.

ISNIN 28 MEI 2012
DEWAN BANKUET, BANGUNAN SETIAUSAHA  NEGERI PERAK  



1.    Segala puja dan puji hanya milik Allah- jika kita puji manusia –dia menjadi bongkak,ria,  sombong dan angkuh.
2.    Peranan guru dan murid sangat penting bagi pencapaian kecemerlangan dalam akademik . 
3.    Beta menyeru semua pihak agar menjaga kebersihan dan persekitaran sekolah kerana ini berkaitan dengan imej sekolah.
4.    Beta tidak mahu melihat aspek kebersihan dan keceriaan berlaku mengikut musim, iaitu bila pembesar turun ke sekolah.
5.    Beta menyarankan agar penyakit tidak kisah dan tidak endah dalam kalangan warga sekolah dielakkan agar ia tidak menjadi budaya kita .
6.    Kita tidak mahu melahirkan insan yang bercorak mekanikal – mereka hidup dalam nilai yang bercanggah dengan nilai moral, undang-undang, dan ajaran agama. Mereka hidup tanpa ada ruh dan jiwa. Kita ingin melahirkan insan mulia yang holistik sifatnya.
7.    Manusia mekanikal lebih bermatlamat kebendaan mereka melakukan rasuah, memfitnah, menipu helah dan keganasan.
8.    Beta mengharapkan insititusi sekolah jangan memfokus kepada pencapaian markah A semata-mata tetapi lebih kepada tugas mendidik dan melahairkan insan yang holistic.
9.    Institusi sekolah perlu juga melihat permasalahan sosial dalam kalangan remaja, kemiskinan keluarga dan perpecahan dalam institusi keluarga.
10.    Kini, suara sekolah, guru, ibu bapa tenggelam kepada kumpulan yang lebih berpengaruh, keadaan ini amat membimbangkan.
11.    Semua pihak  perlu memberi perhatian kepada sekolah-sekolah ynag tidak ternama dan tidak bernama . Sekolah ini berada di luar bandar, yang murid-murid berada dalam serba kekurangan, tiada kelas tuisyen, mereka hidup dalam serba kedaifan. Mereka tidak berpeluang untuk melihat pembesar negara dan negeri.
12.    Kita perlu mengkaji dan mencontohi sirah Rasulullah SAW –surah pertama diturunkan Iqra- yang memartabatkan budaya ilmu dengan  Allah menyuruh kita membaca.
13.    Allah akan mengangkat martabat insan berilmu, beriman dan bertaqwa.
14.    Kita diseru tidak menyalahkangunakan ilmu. Proses pendidikan sebenarnya luas. Kita boleh mengambil pengajaran daripada keluarga, alam, pengalaman, peristiwa,dan wahyu.
15.    Segala cacian yang kita terima jadikanlah sebagai pengajaran dan segala ancaman yang kita terima, kita jadikan sebagai ujian yang menyuruh kita bersabar.
16.    Peristiwa Israj dan Miraj –merupakan makmal pengajaran agar menyuruh kita meneroka teknologi angkas lepas dan ICT
17.    Segala peristiwa yang berlaku dalam Islam merupakan pembelajaran sepanjang hayat.
18.    Usaha inovasi, kreativiti dan invensi perlu diteruskan
19.    Segala jasa guru mendidik generasi amat dihargai. Sempurnakan segala tugas kita sebagai pendidik yang mendidik generasi  agar menjadi insan yang beriman dan beramal saleh.

 

No comments:

Post a Comment