Tuesday, October 11, 2011




UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

“Di bahu pengetua tergalas amanah sebagai pengurus pendidikan yang bertanggungjawab mencipta iklim serta persekitaran pembelajaran yang mampu melonjakkan kecemerlangan sekolah.


1. Pemberian ganjaran di bawah subNKRA Tawaran Baru untuk Pengetua merupakan pengiktirafan bagi menghargai usaha dan kegigihan kepimpinan sekolah yang telah berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah masing-masing.
2. Peranan pengetua dlam menentukan kejayaan sekolah adalah amat signifikan dan sememangnya tidak dapat dinafikan.
3. Pemberian ganjaran kewangan dan bukan kewangan berdasarkan penilaian berasaskan prestasi kepada pemimpin-pemimpin sekolah ini diyakini akan menjadi pencetus semangat kepada mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan sekolah masing-masing terus kekal cemerlang seterusnya mencapai matlamat pendidikan negara.
4. Kejayaan majlis penganugerahan ini juga amat bermakna kepada KPM kerana kejayaan pemimpin –pemimpin sekolah yang terlibat ini akan menjadi faktor pemangkin ke arah mencapai sasaran NKRA Pendidikan.
5. Ini menjadi asas kepada usaha kerajaan untuk mencapai matlamat Program Transformasi Kerajaan secara umumnya.
6. Semoga Anugerah Tawaran Baru kepada Pengetua dijadikan sebagai platform utnuk meningkatkan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia, malahan ia turut diharapkan membantu memantapkan usaha tranformasi pendidikan secara menyeluruh ke arah mencapai matlamat pendidkian bertaraf dunia.
7. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima anugerah.

No comments:

Post a Comment