Tuesday, September 27, 2011

TAHNIAH PENGETUA SMACH




         Sahiful Bahari Abd Rahman , Pengetua SM Sains Machang telah berjaya mendapat Tawaran Baru Pengetua Bidang Keberhasilan Utama Negara (Nkra) Pendidikan 2010 Kelantan baru-baru ini. Menurut SAHIFUL BAHARI ABD RAHMAN sebanyak lapan buah sekolah di negeri Kelantan yang memperoleh Tawaran Baru Pengetua, iaitu , SMS Tengku Mohd Faris Petra, SMS Pasir Puteh, SMK To’uban, SMK Tiang Chandi, SMK Gaal, SMK Seri Aman, SMK Keroh. Seramai 92 orang pengetua telah menerima anugerah tawaran baru kepada pengetua seluruh negara pada tahun 2010 yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 13 September 2011. Pemberian ganjaran di bawah subNKRA Tawaran Baru untuk Pengetua merupakan pengiktirafan bagi menghargai usaha dan kegigihan kepimpinan sekolah yang telah berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah berdasarkan indikator prestasi terhadap sasaran yang digariskan, iaitu kombinasi pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
“Saya bersyukur kepada Allah SWT mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia atas penganugerahan ini dan ini akan menjadi pencetus semangat kepada semua warga SMACH untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan sekolah terus kekal cemerlang seterusnya mencapai matlamat pendidikan negara, katanya.
“ Kejayaan majlis penganugerahan ini juga amat bermakna kerana hasil kerjasama dan kerja sepasukan yang ditunjukkan oleh warga SMACH. Tanpa kerjasama dan sokongan guru-guru, ALUMNI, PIBG dan murid-murid SMACH pasti pengiktirafan ini tidak akan diperoleh. Sesungguhnya pengiktirafan ini menjadi faktor pemangkin ke arah mencapai sasaran NKRA Pendidikan bagi memastikian Program Transformasi Kerajaan mencapai matlamatnya”, ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment