Monday, June 27, 2011

Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia






YB Dr Mohd Puad b Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran


1.Beliau berasa amat teruja bila berjumpa dengan warga pendidik.
2. Negara-negara maju telah lama menggunakan sistem penilaian yang standard.
Kita akan sentiasa membandingkan petunjuk-petunjuk pendidikan di negara kita dengan petunjuk-petunjuk pendidikan di negara-negara lain. Antara instrumen penarafan peringkat antarabangsa yang sering digunakan adalah:
• TIMSS (Trend International Mathematics and Science Study)
• PISA (Programme for International Students Assessment)
• PIRLS (Progress in International Reading Literacy Study)

Oleh itu, semua amat wajar melihat elemen penarafan di peringkat antarabangsa seperti TIMSS dan PISA khususnya, sebagai kayu ukur bagi melihat standard kualiti pendidikan yang kita cerna dan praktikkan selama ini. Dalam hal ini, saya percaya, kita mempunyai sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia.
3. Dengan itu, kita boleh menggunakan strategi merangkaikan sekolah-sekolah yang cemerlang ini dengan sekolah-sekolah terkenal di luar negara agar sekolah-sekolah yang cemerlang ini dapat dijadikan show-case kepada masyarakat antarabangsa.
4. Untuk mencapai kejayaaan pendidikan ialah pemandu utamanya ialah guru. Untuk memilih guru sebagai the right person- dipilih, ditemu duga. Di Indonesia, mereka masuk institusi perguruan, dahulu lepas itu baru dipilih untuk menjadi guru.
5. Kita mesti mengekalkan pencapaian (performance), mereka harus bertanggungjawab mengekalkan kecermerlangan, inovasi, dan kreativiti. Ini bertepatan dengan hasrat inovasi PM- NKRA yg dipengerusikan oleh Y Bhg Dato Idris Jala.
6.Guru perlu menguasai diri dan pemikirannya sehingga berjaya mempengaruhi murid. Seorang guru perlu mempunyai pengikut yang setia, iaitu muridnya. Guru perlu mempertahankan kredibilti, kualiti dan keberkesanan profesion perguruan.
7. Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran- beliau akan memperjuangkan bagi meninggikan martabat profesion perguruan.
8.PM amat prihatin (concern) terhadap pendidikan sebab itu dilancarkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Baiah (New Deals), SIP dll
9.Isu biasiswa JPA diberikan mengikut keperluan. Bukan semua murid cemerlang dalam SPM 8A+ dapat biasiswa JPA dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
10. Malaysia sudah lama dianggap sebuah negara kebajikan dan prihatin kepada rakyat. Pihak kerajaan telah memberi pelbagai subsidi seperti gula, minyak, gandum dll. Begitu juga membantu dalam bidang pelajaran, kesihatan, prasarana, dan pelbagai kemudahan.
11.Pihak kerajaan- PM, TMP merangkap MP bertanggungjawab untuk bagi memastikan agenda pendidikan negara berjaya dan terus maju hingga cemerlang.

No comments:

Post a Comment