Monday, June 20, 2011

UCAPAN PENGARAH JPN KELANTAN



YAB HJ HUSIN AWANG

PENGARAH JPN KELANTAN

HOTEL DYNASTY KL
11.12.2010


1.Selamat Tahun Baru- kita mesti berhijrah dari segi masa, pemikiran, tindakan, sikap, taqwa dan pencapaian
2..Peranan Pengetua semakin mencabar- perlu sentiasa
1.Peka kepada perubahan (touch point) MP 2.Isu-isu pendidikan3.Isu-isu pengurusan & Kepimpinan pendidikan4.Buat refleksi diri & mengesan kekuatan & kelemahan 5.Tahu piawai dan ciri penting dalam mengerakkan sekolah ke arah organisasi yang cemerlang 6.Lengkapkan diri dengan pengetahun & kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin dan pengurus yang berkesan 7.Selaras dan sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan negara.
3. Kita perlu membina Sekolah Cemerlang- Outstanding Leaders Membina Sekolah Cemerlang.
4. Matlamat sekolah cemerlang- melahirkan manusian yang seimbang
Ukuran kecemerlangan sekolah
1.Akademik 2.Disiplin 3.HEM 4. Kokurikulum 5.Pengurusan dan pentadbiran 6.Hubungan luar
Kriteria sekolah cemerlang : Matlamat sekolah, pengurusan kurikulum, HEM,PIBG, pupuk sikap yang positif, penghargaan, pengurusan sumber kewangan, kemahiran berfikir, pengetua mengajar di bilik darjah.
Pengetua>pengurus/pentadbir> misi & visi
Tidak berkesan>lebih berkesan>lebih hebat
Mortimore (1991) merumuskan sekolah yang kerkesan dan cemerlang ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka.
Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan sekolah cemerlang sebagai sekolah yang :
1. sentiasa meningkat dari tahun ke tahun,
2. menggalakan peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada apa yang dijangkakan jika diambil kira latarbelakang dan kebolehan asal mereka,
3. memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin potensinya,
4. menggalakkan semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar.
Kajian OFSTED (Office For Standard in Education) di UK . Terdapat 11 ciri Pengetua yang outstanding :
1.Pemimpin Problem Solvers dan Solution Driven
Berkeupayaan menyelesaikan masalah ,Membantu menyelesaikan masalah secara individu
dan secara berkumpulan
2. Sentiasa Dapat Dilihat (High Visibility)
Sentiasa dapat dilihat oleh warga sekolah , membuat penilaian, pemantauan, pemerhatian dan meninjau apa yang berlaku di sekolah . Jika bos lihat saya akan lebih bersungguh –sungguh.Keterlihatan bukan sahaja terhad di sekolah tetapi dalam konteks yang lebih luas .
3.Senior Management atau Leadership Team Perlu Kuat dan Berkesan
Mendapat sokongan erat dan kerjasama penuh P.Kanan, Guru Kanan dan guru yang berpengalaman Team work dan kerjasama bukan sahaja akan dilihat sebagai kekuatan dan tetapi juga mampu meningkatkan keyakinan terhadap kepimpinan .
4. Budaya High Expectation of Performance
Meletakan sasaran yang tinggi dan mencabar , terhadap prestasi sama ada guru, kakitangan dan pelajar .Melibatkan pelbagai pihak dalam perbincangan atas kepercayaan bahawa mereka boleh diharapkan .
5.Ketua Bidang dan Ketua Panitia Mata Pelajaran Kelihatan Sebagai Orang Penting dan Pakar di Sekolah
Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan pemimpin peringkat pertengahan , berusaha menjadikan kumpulan ini sebagai pakar di sekolah. Pakar yang berbeza dari peranan Guru Pakar/Guru Cemerlang .
6. Penekanan Yang Berterusan Terhadap Kemajuan Profesionalisme
Peningkatan profesionalisme guru sebagai agenda utama di sekolah, bukan sekadar memenuhi tuntutan pentadbiran. Perlu ada perancangan (berdasarkan dapatan TNA dan pemerhatian) dan dilaksanakan. Menjadi role model, coach dan mentor kepada guru.
7.Melaksanakan Perubahan bagi Memantapkan Nilai dan Etos Sekolah
Melakukan perubahan ke arah sekolah berkesan .Membentuk budaya sekolah yang menyokong keberkesanan sekolah
8.Keberkesanan Resources Investigators
Membuat penyelidikan sebagai sebahagian dari amalan Pengetua. Dapatan dari hasil penyelidikan digunakan sebagai sumber untuk memajukan sekolah. Menggalakan warga sekolah menjalankan kajian tindakan sebagai sebahagian dari penyelidikan.
9. Penglibatan PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah
Melibatkan badan seperti PIBG, Lembaga Pengelola Sekolah, agensi luar dan NGO untuk berkerjasama membantu memajukan sekolah KPM berkerjasama dengan GLC seperti MAS, Telekom, TNB, PNB dll Termasuk juga pemimpin tempatan

10.Sikap Yang Positif Terhadap Penggunaan ICT
Penggunaan ICT memudahkan pengurusan seperti mengumpul dan menganalisis data dan maklumat dengan lebih cepat dan mudah. Penggunaan ICT dalam P & P
11. Peranan sebagai Kepimpinan Instruksional
Keberkesanan Pengetua sebagai pemimpin instruksional menentukan kejayaan sekolah
Pengetua memastikan proses P & P serta seluruh aktiviti akademik dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan baik.
RUMUSAN
 Untuk berjaya setiap Pengetua perlu mempunyai ciri outstanding leaders
 Pengetua perlu berupaya memimpin dan membimbing seluruh warga sekolah ke arah pencapaian misi, visi dan matlamat yang ditetapkan
 Pengetua yang mempunyai kepimpinan yang unggul dan pengurusan yang berkesan mampu menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang berkesan

No comments:

Post a Comment