Monday, June 20, 2011

PROGRAM PENGURUSAN PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM KPM




 
Y Bhg DATO’ ABD GHAFAR B MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA HOTEL (KPM)

RENAISSANCE KB

7.6.2011


1. Beliau menjelaskan baru menjawat jawatan ini dan bersedia untuk menerima teguran dan nasihat. Bercerita pengelamannya , bila baru sampai di pejabat telah ditunjuk oleh pembantu peribadi tugas yang perlu diselesaikan pada hari itu. Tugas ini amat berat dan mencabar.

2. Dia hanya membuat dasar dan berperanan penting ialah pelaksana –the front liner. Walau sebaik mana pun dasar jika kita tidak melaksanakan dan menghayatinya, dasar itu tidak bermakna. Contohnya, RM470 juta dibelanja untuk membina Hentian Bas Selatan tetapi tidak dipersetujui oleh syarikat bas. Projek itu berdepan dengan masalah.

3. Kita perlu memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, iaitu memberi khidmat sepenuhnya kepada pelanggan. Misalnya, hari pertama persekolahan, jangan ada lagi perkara yang tidak beres- ada sekolah masih memunggah kerusi meja-tanda tidak bersedia. Sedangkan arahan telah dibuat agar persiapan perlu dibuat lebih awal.

4. Apabila isu sekolah didedahkan di akhbar- pihak sekolah perlu cepat membuat laporan. Hal ini demikian kerana, isu itu perlu dijawab oleh Menteri Pelajaran sendiri.


5. Sebab itulah kita perlu melaksanakan segala dasar di peringkat akar umbi.

6. Kita perlu mengamalkan dasar Managing By Walking About (MBWA) pergi berjumpa pelanggan secara tidak rasmi. dan visible (kenampakan). Kita perlu cergas mengelilingi kawasan sekolah memerhati dan mengambil tindakan berkenaan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan sekolah.

7. Prinsipnya untuk memulakan kerja bermula hingga ke akhirnya. Sebagai seorang Islam kita membuat kerja untuk masuk syurga. Gunakan prinsip itu dalam kerja buat kita. Pendidikan di Malaysia bagi melahirkan insan yang seimbang- jasmani, rohani, intelek, dan emosi.

8. Apabila berlaku masalah gejala sosial ramai orang akan menuding jari kepada sistem pendidikan kita. Sejauh manakah sistem pendidikan kita dapat menangani kebejatan gejala sosial. Jadi, guru perlu mendidik murid menjadi insan holistik.


9. Pendidikan kita perlu bertaraf dunia. Banyak kerja yang perlu kita buat untuk melahirkan Modal insan yang kompetitif. Contohnya, kejayaan Korea Selatan disebabkan oleh abundant well educated human resources. Amerika Syarikat berjaya providing 21 century workforce and world class education. Sebab itu negara-negara itu maju.

10. Transformasi bukan sekadar perubahan, kita sebagai pendidik yang profesional
perlu peka dengan persekitaran yang berubah. Pelajar-pelajar kita pada masa ini dan pada masa depan perlu responsif dengan kebolehpasaran dalam pekerjaan sekarang..

11. Jika kita duduk dalam keadaan selesa kita akan ditinggalkan oleh Vietnam, Kemboja, dan Thailand

12. Sebarang isu perlu diselesaikan secara inovasi, contohnya bagaimana kerjasama pasukan polis dan tentera melatih 70,000 pelatih baru dalam waktu yang singkat.


13. Gunakan strategi Blue Ocean - setiap hari perlu ada ilmu baru yang perlu kita terokai.
Kita mesti mengamalkan konsep learn , unlearn and relearn (belajar semula) dan belajar sepanjang hayat.

14. Dalam buku saya, Haluan Kerja Pendidikan, ada menyebut tentang Kepimpinan X (excellence) Plus, iaitu Pengetahuan, Latihan, Usaha, dan Sepasukan. Bidang-bidang ini perlu diketahui, difahami dan dihayati secara bersungguh-sungguh.

15. Konsep cemerlang- tahapnya berbeza dengan kualiti. Kualiti memenuhi kehendak pelanggan atau untuk mencapai sasaran. Cemerlang go beyond- melepasi matlamat yang ingin kita mencapainya.


16. Pendemokrasian pendidikan cemerlang bermaksud menyampaikan pendidikan yang berkualiti tinggi kepada semua murid di segenap ceruk rantau tanah air. Pendidikan yang berkualiti tinggi hanya terdapat di sekolah yang berkualiti tinggi. Oleh itu misi kita ialah tiada sekolah kecuali yang terbaik, every school is a good school.

17. Lantaran setiap murid berhak mendapat persekolahan yang terbaik, dan sekolah yang terbaik dipimpin oleh guru besar atau pengetua yang terbaik, maka agenda kita ialah tiada guru besar kecuali guru besar terbaik, tiada pengetua kecuali pengetua terbaik.


18. Persekolahan yang terbaik ialah persekolahan yang menyediakan khidmat pengajaran dan pembelajaran yangterbaik. Moderator dan fasilitator pengajaran dan pembelajaran yang terbaik ialah guru yang terbaik.

19. Oleh itu,bagi merealisasikan pendemokrasian pendidikan cemerlang, setiap murid berhak mendapat bimbingan dan asuhan guru yang terbaik. Maka agenda kita ialah tiada guru kecuali guru yang terbaik.

Laporan oleh,
Sahiful Bahari Abd Rahman.










No comments:

Post a Comment