Wednesday, May 11, 2011

UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI


Tan Sri Dato Muhyiddin B Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Ucapan di Majlis Perasmian Persidangan Kebangasaan Pengetua Cemerlang Kali Ke-3 di IAB pada 2 November 2010

Kepimpinan Berimpak Tinggi Merelisasikan Gagasan 1Malaysia.

1. Tanggungjawab pemimpin sekolah memimpin dan mengurus generasi muda hari ini melalui tindakan yang tepat supaya generasi yang dilahirkan dapat memenuhi kehendak duniawi dan ukhrawi.
2. Persidangan ini amat signifikan dapat mencetuskan kebijaksanaan-kebijaksaan baru (new wisdoms) yang relevan dengan peranan dan tanggungjawab kepimpinan yang sentiasa berdepan dengan cabaran.

3. Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat, penguasaan ilmu pengetahuan anak bangsa bergantung penuh kepada kebijaksanaan warga pendidik.
4. Pendidikan mempunyai nilai kebertanggunjawaban sosial (social accountability) yang tinggi terhadap kepentingan awam.
5. Aspek kualiti dan kecemerlangan pendidikan bukan sahaja mampu melahirkan tenaga kerja yang unggul dan berkemahiran malah akan menyediakan aset pembangunan sosial yang dinamik dan berdaya saing. Jadi kualiti pendidikan perlu dipertingkat, dimantapkan dan diperluas.
6. Pemimpin pendidikan perlu berperanan sebagai agen sosialisasi dan murabbi yang unggul dan berkesan supaya nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam diri anak-anak yang merupakan pemimpin generasi masa depan.
7. Kepimpinan pengetua perlu berubah daripada pengurus rutin (routine manager) kepada pengurus pemimpin (leader manager) supaya keberkesan tadbir urus sekolah dapat terus dipertingkat.
8. Budaya kerja cemerlang seharusnya menjadi indikator penting atau KPI seseorang pengetua supaya sekolah yang dipimpin mencapai sasaran yang ditetapkan. Jadi budaya kreatif, inovatif, berintergriti tinggi, semangat kerja berpasukan dan komitmen yang tinggi adalah nilai yang perlu dipupuk di setiap peringkat sekolah yang dipimpin.
9. Kepimpinan pendidikan perlu menekankan pentingnya membina semula dan membuat penyesuaian terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat.
10. Proses membaiki potensi dan kemenjadian murid perlu dilakukan sepanjang masa di sekolah. Jika tidak diberi perhatian aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran, masalah keciciran akademik dan moral dalam kalangan pelajar tidak dapt diatasi dan secar tidak langsun g boleh mencetuskan masalah sosial dalam masyarakat.

Catatan oleh,
Sahiful Bahari Abd Rahman
SMS Machang.

No comments:

Post a Comment