Wednesday, May 11, 2011

AMANAT TERAKHIR


Di Majlis Makan Malam Persidangan MPCK di Hotel Awana, Genting Highlands
pada 2 November 2010


Tan Sri Alimuddin memberi amanat terakhir sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) kepada 300 Pengetua Cemerlang di seluruh negara baru-baru ini. Beliau walaupun kepenatan saat-saat akhir bertugas sebagai KPPM tetapi bila berhadapan dengan para pengetua beliau akan hadir dalam majlis ini yang sangat dekat di hatinya. Majlis seumpama ini memberi aura dan suntikan semangat untuk beliau berucap buat kali terakhir kepada para pengetua.
“Saya berasa bangga pada hari ini pencapaian pengetua sudah mencapai tahap yang begitu tinggi sampai ke peringkat Jusa C. Pencapaian ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan KPM untuk meningkatkan martabat profesion perguruan di negara ini. Tanggungjawab Pengarah Pelajara Negeri Jusa C sangat berat tugasnya jika dibandingkan dengan Pengetua Jusa C yang bertanggungjawab dalam ruang lingkup sekolah,” katanya.
Alimuddin berkata, pada 7 November ini beliau akan bersara. Beliau berasa puas dan sangat bangga kerana dapat menabur berbakti dalam dunia pendidikan dalam tempoh 34 tahun. Dalam tempoh berkenaan banyak pahit maung, suka duka yang dikecapi olehnya.
Beliau berharap selepas bersara nanti beliau dapat tidur nyenyak dan berasa sangat seronok kerana tanggungjawab dan amanah yang berat ini akan diberikan kepada orang lain nanti. Selepas bersara nanti beliau boleh menumpukan kepada keluarga dan masyarakat setempat..
“Semasa waktu menjadi guru ketika usia muda, saya sentiasa menguruskan persaraan guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah. Lama kelamaan tiba pula gilirannya akan bersara. Kehidupan kita ibarat putara jam atau roda” ujarnya.
Beliau mengimbas kembali semasa menjalankan tugas sebagai KPPM banyak dasar baru KPM, iaitu MBM & MBI pada 2011, NKRA, LINUS, satu murid satu sukan dll telah dilaksanakan. Aktiviti sukan perlu sekolah perlu dijadikan budaya dan dijalankan sepanjang tahun. Langkah ini dibuat agar murid dapat dijana keyakinan diri, kepimpinan, disiplin diri dan mereliasasikan gagasan 1Malaysia sebagaimana hasrat Perdana Menteri kita.

“Subjek sejarah akan diwajibkan pada SPM 2013. Subjek inilah akan membentuk jati diri, memupuk semangat patriotik,dan menerapkan perpaduan dalam kalangan murid sekolah. Dasar ini bukan perkara luar biasa kerana banyak negara maju telah berbuat demikian. Dalam 1960-an , kita belajar sejarah dunia, empayar British dan sebagainya. Kita perlu galakkan murid kita belajar sejarah setempat,” tegasnya sungguh-sungguh.

“Untuk memberi peluang lebih luas kepada murid sekolah. Pendidikan vokasional dan kemahiran juga akan diperluas. Pengalaman hasil lawatan ke Indonesia dan Negara Thai, negara-negara berkenaan lebih menekankan subjek kemahiran sejak awal lagi. Negara Thai umpamanya murid diajar pelbagai ilmu, contohnya bidang urutan (massage) mengambil masa dua tahun untuk dipelajari. Begitu juga diajar cara memasak Tom Yam. Lepas itu diajar cara pemasaran dan promosi produk. Sebab itulah industri pelancongan di negara berkenaan sangat hebat.” katanya.

Di negara ini, katanya hanya 20% pelajar berjaya masuk universiti, 80% lagi akan memasuki kolej, maktab, dan institusi pendidikan lain. Ini bermakna mereka perlu masuk bidang kemahiran.
Alimuddin menyeru para pengetua agar berusaha melaksanakan dasar literasi dan numerasi di sekolah masing-masing. Kemahiran asas ini perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Masalah murid di sekolah menengah yang tidak tahu membaca dan menulis perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh,
Beliau benar-benar berharap pembangunan pendidikan di negara ini menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang . Kehebatan sekolah akan menyerlah bila ditadbir urus dengan cemerlang. Hasrat ini akan tercapai sesuai dengan pengiktirafan KPM bila melantik Pengetua Cemerlang.


“Fizikal dan persekitaran sekolah perlu sentiasa berada dalam ceria, bersih, dan selamat. Pastikan tempat strategik dan laluan utama di depan sekolah kelihatan kondusif. Prasarana sekolah berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Cermin tingkap mesti berada dalam keadaan berkilat. Hal ini demikian kerana keadaan fizikal sekolah yang indah menggambarkan peribadi dan kecaknaan pengetuanya,” pesannya.

“.Elakkan masalah sekolah disiarkan dalam akhbar, baru-baru ini di akhbar perdana menyiarkan guru menyeterika murid untuk mengejutkan solat subuh di Kelantan. Berita ini menjadi isu nasional. Oleh itu, pihak sekolah perlu menangani isu disiplin dengan bijak dan berhemah. Pihak sekolah sangat perlu mengadakan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti setempat,”tegasnya.

Akhirnya, beliau berpesan jatuh bangunnya sekolah banyak bergantung kepada kebijaksanaan pengetua. Jadi, pengetua perlu mengurus perubahan dan konflik di sekolah dengan sebaik-baiknya.



Sahiful Bahari Abd Rahman
SMS Machang.

No comments:

Post a Comment