Wednesday, January 19, 2011

MARILAH BERSAMA MEMANTAPKAN LEGASI TRANSFORMASI PENDIDIKAN CEMERLANG

1. Pengetua perlu memikul amanah untuk mendidik untuk negara, bangsa dan ibu bapa dari segenap pelosok tanah air yang mahukan anak-anak mereka mendapat didikan sempurna dari aspek jasmani dan rohani.

2. Pemimpin sekolah perlu berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaiannya. Kita perlu menyahut dan melaksanakan segala Dasar dan perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)



3. Kita perlu melaksanaan sistem kualiti yang betul, integriti dimantapkan dan dipantau serta tindakan menangani kerenah birokrasi.


4. Kita perlu berazam akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan pengurus serta pemimpin pendidikan diberi latihan pelbagai dimensi dari sudut ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya berupaya menghadapi cabaran dan dugaan pada era pembangunan teknologi dan globalisasi kini.

5. Transformasi pendidikan amat penting sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara holistik.


6. Kita perlu yakin melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020.

7. Sebagai guru kita pernah mengharungi jerih payah dan memahami pengorbanan sebagai seorang pendidik. Jadi, kita perlu sentiasa bersyukur kedudukan pengetua berada dalam kedudukan yang istimewa. Kita perlu mengambil berat kebajikan pengikut kita, iaitu guru dan staf.

8. Kita perlu sentiasan memastikan proses penambaikan perkhidmatan perguruan dibuat untuk memartabatkan profesion perguruan ini. .

9. Seseorang yang memilih profesion pendidik, perlu bertanggung jawab untuk mendidik. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepada mereka.Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi P&P dalam bilik darjah.

10. Pendidik harus mampu mewujudkan perubahan tingkah laku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara, di samping mengekalkan corak kehidupan serta kebudayaan seperti dihasratkan dalam gagasan 1Malaysia.

















No comments:

Post a Comment