Wednesday, January 19, 2011

KEPIMPINAN BERIMPAK TINGGI MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA

1.Sebagai pengetua cemerlang besarlah harapan kita agar memberi impak penting dalam usaha kita untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, konsepi “Kepimpinan Berimpak Tinggi Merealisasikan Gagasan 1Malaysia” merupakan pilihan yang tepat pada masanya kerana kita mahu terus memartabatkan pendidikan negara. Saya amat yakin dan percaya bahawa tuan-tuan dan puan-puan akan dapat memahami dan menghayati tema persidangan ini dengan sebaik-baiknya.  Apa yang lebih penting ialah usaha untuk menterjemahkannya dalam pelaksanaan di peringkat organisasi masing-masing agar semua agenda yang terkandung dalam Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 akan menjadi realiti.


2. Pengetua cemerlang , sepatutnya mempunyai kepimpinan berimpak tinggi yang setara dengan gred jawatan yang disandang. Dalam masa yang sama, mereka juga mampu bertindak sebagai pakar rujuk, mentor dan pembimbing (coaching and mentoring) serta berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu. Jadi kita harus amalkan 3 C’s of mentoring, iaitu Skilled mentors support learning in a variety of ways including consulting, collaborating, and coaching. The goal is to create a reciprocal learning focused relationship.
Sebagai kepimpinan perubahan - Pemimpin yang menggunakan gaya transformasi percaya mereka boleh mendorong subordinat supaya mengubah nilai dan sikap mereka dengan adanya komitmen terhadap matlamat organisasi dan perjuangan.

3.Pengetua cemerlang semestinya sudah berada pada tahap pakar dan berkeupayaan untuk berfikir secara strategik serta mempunyai kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Mereka sewajarnya perlu berada pada tahap strategis dan mampu berfikir secara holistik. Mereka sepatutnya mempunyai pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi perunding dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan orientasi kerja  yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi.
Mengikut Sergiovanni, 1994 “Training alone just won’t do. Instead, principals will need to emphasize professional development and renewal improvement strategies.”

4. Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi. Usaha MPCK bekerjasama dengan Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Bahagian Pengururusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan langkah bijak untuk mengurus dan berkongsi amalan terbaik (best practices) dalam kalangan pemimpin sekolah di negara ini. Hal ini demikian kerana IAB merupakan institut latihan kepimpinan asas untuk warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. Selain daripada latihan, IAB telah menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan prestasi di organisasi masing-masing. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing pengetua (master trainer) akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada sekolah berprestasi rendah.


5. Dalam pada itu, kita juga hendaklah  memberi perhatian serius terhadap apa yang telah diutarakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2011 yang bertemakan ’Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi’ yang menggariskan salah satu strategi, iaitu Mempergiat Pembangunan Modal Insan. Untuk merealisasikan hasrat ini Kementerian Pelajaran telah diberi peruntukan RM29.3 bilion. Hal ini demikian kerana modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Di samping itu, sejumlah RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada imbuhan kepada pengetua atau guru besar dan guru cemerlang. Sehubungan dengan itu, pengetua cemerlang berperanan penting dalam pembentukan daya kreativiti dan inovasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Melalui usaha ini kita dapat menghasilkan modal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketrampilan serta berupaya menjana ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara.

6. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan sentiasa memastikan agar semua golongan dapat menikmati pendidikan yang sama tanpa mengira di kawasan mana mereka berada. Dengan ini adalah menjadi harapan semua pihak agar negara kita mempunyai rakyat yang memiliki minda kelas pertama, setanding dengan minda rakyat di negara-negara maju yang lain. Membangun dan meningkatkan modal insan berdaya saing, dinamik, progresif, dan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh yang demikian, pengetua cemerlang perlu memiliki nilai-nilai kepimpinan berimpak tinggi, kekuatan minda yang profesional, ketangkasan idealisme yang mantap untuk melahirkan persekitaran pendidikan yang terbilang.

7. Kementerian Pelajaran Malaysia juga tidak pernah melupakan tentang segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh para guru, khususnya golongan pengetua yang berada di seluruh negara. Berlandaskan kesedaran inilah, jawatan pengetua cemerlang telah diperkenalkan untuk memberi peluang naik pangkat yang lebih luas kepada semua pengetua yang cemerlang. Pengenalan konsep jawatan pengetua cemerlang ini dan pertambahan jawatan untuk setiap gred pengetua cemerlang menunjukkan komitmen kerajaan untuk memberikan peluang dan ruang terbaik pada guru-guru bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam bidang masing-masing. Jika dahulu, kenaikan pangkat adalah berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan atau kekananan tetapi kini dengan adanya konsep pengetua cemerlang, mereka yang dirasakan layak dan mampu akan sentiasa berpeluang untuk maju dan menjadi pengetua.

8. Semoga kita akan terus berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman agar dapat dijadikan sebagai contoh teladan kepada semua guru, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Sekiranya ini dapat dilakukan, amat mudah bagi kita untuk mempengaruhi semua pihak untuk memberi kerjasama menjayakan program-program pendidikan yang telah dirancang demi menjayakan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

”Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya ”AlKahfi30
Kita perlu bertukar-tukar pengalaman dengan pengetua-pengetua cemerlang dari seluruh negara yang sememangnya kaya dengan berbagai-bagai pengalaman. Pengalaman-pengalaman ini amatlah bermakna jika dapat dikongsi bersama oleh semua pengetua dari seluruh negara.
Michael Fullan, 2007, iaitu There is no single strategy that can contribute more to meaning and improvement than ongoing professional development.”
9. Kepada pengetua cemerlang baru . Anggaplah pelantikan ini sebagai suatu penghormatan yang amat tinggi diberikan oleh  pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengiktiraf kecemerlangan kepimpinan kita sebagai pengetua di peringkat sekolah. Insya Allah kita akan terus melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan cemerlang untuk sama-sama mengharungi alam pendidikan yang semakin hari semakin mencabar.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment