Pengenalan
Dunia pendidikan kini semakin rencam
dengan gelombang transformasi yang datang begitu deras dan pantas. Situasi ini terus mendesak pemimpin sekolah
perlu lebih bersedia bagi mendepani cabaran itu. Sehubungan dengan itu pemimpin
sekolah perlu sentiasa bersikap proaktif terhadap perubahan bagi memenuhi
tuntutan dan keadaan semasa. Semua ini memerlukan pemimpin sekolah menjana
transformasi pemikiran masa depan agar selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang menjadi dasar negara. Pemimpin sekolah sebagai agen pelaksana dalam organisasi
yang akan merealisasikan kelangsungan kerangka pelan ini. Aspek kepimpinan
pendidikan, khususnya kepimpinan sekolah perlu menerima hakikat bahawa mereka
berperanan menentukan kejayaan sekolah yang mereka terajui. Kajian mutakhir
memberikan perhatian serius tentang amalan-amalan pemimpin sekolah yang
mempengaruhi keberhasilan dan kemenjadian murid. Persoalannya adakah pemimpin
sekolah telah bersedia dan berganjak transformasi pemikiran masa depan dan
amalan mereka selaras dengan tuntutan-tuntutan
semasa? Mengikut Tony Bush, kepimpinan merupakan
satu proses untuk mempengaruhi berasaskan nilai dan kepercayaan yang jelas dan
mengurus visi sekolah. Visi ini gembleng bersama dengan komitmen yang tinggi
bersama pengikut dan pelanggan untuk merealisasikan masa depan yang lebih untuk
sekolah, murid dan pelanggan.
Pembelajaran
Abad Ke-21 memerlukan pemimpin yang mempunyai kemahiran tinggi dalam literasi
multimedia (ICT) selain daripada bidang mata pelajaran yang diajar. Pendekatan
yang dicadangkan adalah berbentuk pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran
berpusatkan hasil/pendapatan (outcome based), pembelajaran berasaskan
penyelidikan, penggunaan kaedah kolaborasi dan pembelajaran merentasi kurikulum. Kemahiran
Pengajaran Abad Ke-21 banyak berasaskan Revolutionary Thinking .Pemikiran
kritis ini menuntut pemimpin sekolah ber kemampuan menyelesaikan masalah yang
menjadi komponen utama dalam kemajuan insan. Skil literasi
maklumat,
kesedaran
global (global awareness), mempraktikkan budaya sentiasa belajar bagi
memperbaiki corak kepimpinan kita bagi memastikan ia efektif – work smart;
not work hard.
Kepimpinan
Abad Ke-21 menekankan empat
aspek kepemimpinan, iaitu
•
memahami diri (self-awareness)
•
mengurus diri (self-management)
•
memahami persekitaran sosial (social awareness)
•
mengurus hubungan (relationship management)
•
memahami keadaan semasa organisasi (stay grounded)
Situasi semasa ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh YAB
Perdana Menteri semasa berucap pada 6 Januari 2014 yang lalu. Beliau menegaskan
bahawa “ kita perlu berkesanggupan melakukan perubahan, structural reform, strategic reform untuk mempercepat pertumbuhan
ekonomi negara. Sebab itu dalam tahun
2014 dan tahun-tahun akan datang, kita mesti meneruskan Dasar Transformasi
Negara yang bermatlamat mencapai status negara maju dalam tempoh masa yang
semakin pendek.” Saranan ini dilanjutkan
dengan penegasan Dr Khair b Mohd Yusoff
(2014) dalam amanatnya, ‘Mungkin selama ini kita sudah selesa dengan
apa yang kita ada sehinggakan kita perlukan ‘kejutan’ untuk menyedarkan kita
bahawa perlu berusaha lebih supaya sistem pendidikan kita setaraf dengan
pendidikan terbaik dunia. Sesungguhnya, apa yang dirancang dan dilaksanakan
adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara bertujuan untuk menyediakan
modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, profisiensi
dwibahasa, kemahiran kepimpinan, memiliki identiti nasional dan etika
kerohanian serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat dan negara.’
Elemen-elemen
inilah yang perlu diusahakan dalam pembelajaran abad ke-21 , iaitu
Pertama ialah berfikir
secara kreatif dan kritikal, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
Kedua ialah cara
bekerja yang menekankan kepada komunikasi dan kolaborasi;
Ketiga ialah alat
bekerja iaitu ICT dan literasi maklumat;
Keempat ialah kemahiran untuk hubungan sejagat iaitu
nasionalisme, kerjaya serta tanggungjawab sosial dan diri.
1.
Cabaran dan Harapan
PPPM ini merupakan satu perancangan dan
pelaksanaan yang cukup mencabar. Walaupun kita telah menempa beberapa kejayaan pada
tahun pertama ini, masih banyak yang perlu dilakukan. Semua pihak telah mengakui
hakikat, sesungguhnya untuk memulakan perubahan itu memerlukan keazaman yang
tinggi kerana kita perlu berubah daripada amalan yang biasa kepada amalan yang
luar biasa. Menurut Jim
Kouzes & Barry Posner dalam bukunya The Leadership Challenge. “Challenge is
the opportunity for greatness. People do their best when there is a chance to
change the way things are.‖” Cara
berfikir, cara bertindak dan cara bekerja perlu ditambah baik berbanding dahulu
bagi memastikan yang kita tidak ketinggalan dalam dunia yang terlalu pesat
berkembang ini. Pada semua peringkat di
dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sudah tentu terdapat perbezaan
pandangan dan pendapat dalam melaksanakan inisiatif PPPM . Namun begitu janganlah
kita menjadikan perbezaan ini sebagai satu kekangan untuk bergerak ke hadapan
dan mencapai keberhasilan yang disasarkan. Era ini sepatutnya sudah mengajar barisan
tenaga pemimpin sekolah untuk lebih bersedia
menghadapi cabaran yang mendatang dan terus berusaha untuk mencapai
kecemerlangan demi masa depan anak-anak bangsa kita. Lantaran itu, kepimpinan
transformasi masa depan perlu memfokuskan beberapa aspek penting. Semua aspek
ini saling berkait rapat dan bergantungan, iaitu
Personaliti
> Pengikut> Situasi> Sumber> Tekanan dari dalam/ luar>
Risiko> Strategi
Untuk
mencapai hasrat yang murni ini sudah pasti banyak halangannya. Antara punca
yang menghalang transformasi pemikiran pendidikan masa depan sebagaimana
disebut oleh Harvey Robbins and Michael Finlay dalam
bukunya Why Change Doesn’t Work , iaitu
- Kekurangan komitmen kepimpinan/ tersalah pilih
pemimpin/ pertukaran pemimpin
- Pelan, pembangunan dan pelaksanaan komunikasi
yang lemah .
- Pengikut yang tidak cukup bersedia / dilatih
untuk mendepani perubahan
- Ketiadaan perancangan yang kontigensi ( nasib
tidak baik)
- Pengikut yang tidak berjaya diyakini keperluan
untuk berubah
- Tiada kad skor untuk memenangi dan berkongsi
pembelajaran
- Peruntukan insiatif dikurangkan atau ditarik
balik tanpa persetujuan atau perundingan dengan pelanggan
- Membawa perubahan merupakan satu tekanan yang
hebat atau menjadi timbal balik yang negatif
- Arahan perubahan yang strategik merupakan laluan untuk
inisiatif
- Perubahan kes yang ditemui di premis yang salah
atau punca yang betul tetapi ketika masa atau ketika yang salah
- Kehilangan perspektif / perasaan ego
- Berminat
untuk berubah yang menurun mengikut masa dan keadaan
Jadi, untuk
mencapai matlamat PPPM yang bercorak masa depan ini, segala halangan dan
kekangan ini haruslah ditangani dengan bijak, berhemah dan berhikmah oleh
pemimpin sekolah.
2.
Lima Pemikiran
Masa Depan.
Howard
Gardner (2009) Five Minds For The Future, menggariskan Lima Minda pada masa depan,
iaitu
1.
The
Diciplined Mind
2.
The
Synthesizing Mind
3.
The
Creating Mind
4.
The
Respecting Mind
5.
The
Ethical Mind
Nombor
satu, dua dan tiga pemimpin perlu memiliki
IQ (Kecerdasan Intelek). Nombor empat perlu kepada EQ (Kecerdasan Emosi)
dan lima menitikberatkan SQ ( Kecerdasan Rohani). Perkara ini digambarkan
dengan jelas melalui rajah di bawah.
Kelima-lima
pemikiran minda ini saling berkaitan yang menentukan minda kepimpinan yang
dinamik. Pemimpin dinamik yang mempunyai
kesedaran dan menguruskan
1. Ruh-komponen
yang membolehkan manusia beramal dengan sifar terpuji, menjauhi sifat keji,
bertanggungjawab sesama manusia dan alam persikitaran serta bertangungjawab
dengan Allah swt
2. Qalbu-
komponen yang membolehkan manusia menganalisis dan memberi makna kepada apa diamalkannya
3. Akal-
wahana untuk berfikir yang memerlukan kepada bahan intelek
4. Nafsu-
komponen yang memberi emosi, semangat dan keghairahan
5. Jasad-
sifat fizikal yang perlu dibangunkan dan dikembangkan sewajarnya
Terdapat
tiga peranan pemikiran, iaitu berfikir
(membuat keputusan, menganalisi, banding-beza, sintesis) perasaan (senang, susah, tekanan, bimbang, tenang, teruja) dan kehendak (matlamat, hasrat, agenda,
nilai, dorong)
Ini
bermakna pemikiran yang asas ialah Thinking Ahead>Thinking Again>Thinking Across
Terdapat lima
cara untuk membina pemimpin masa depan, iaitu
1.The intern
solution(belajar ICT yang maju)
2. Be a mentor.
Just do.
3.Invest in (and
partner with) our schools and universities
4. Increase
training and development budgets
5. Use big data
for good and not evil
Jadi, kepimpinan perlu mempengaruhi lima tahap berikut:
1.
Learning
2.
Performing
3.
Leading
4.
Developing
leaders
5. Developing leaders who develop leaders (Brady and Woodward)
Perkara ini juga ditekankan oleh Harris
2003 “The
best leaders tend to be those that create powerful learning communities and are
able to integrate the intellectual, emotional and spiritual. They recognise the importance of core values
and that organisational performance is largely dependent on the beliefs people
hold and how they work together. In this
sense, leadership is a form of social capital that can be increased through
investment in the development of others.”
Pemimpin
yang hebat memiliki keupayaan analitikal dan intelektual yang akan menganalisis
dan membuat keputusan. Dia berkebolehan
untuk mempengaruhi dan mengadakan kolaborasi bagi mencapai matlamat organisasi.
Dia juga mempunyai komitmen, akauntabiliti dan daya motivasi yang membawa
kepada kecemerlangan dan keberhasilan dalam organisasi.
3.Bersikap dan Bertindak Secara Profesional
Pengetua perlu
berkeupayaan untuk mempamerkan dan
mengamalkan etika kerja dan nilai profesion keguruan seperti amanah, berketerampilan, kecintaan terhadap
profesion, memiliki teladan yang terpuji, jujur dan boleh dipertanggungjawabkan.
Cara berpakaian mengikut peraturan
semasa, bertingkah laku boleh diteladani seperti menepati masa, bertimbang rasa,
beradab dan mesra. Pengetua perlu
mempertahankan nama baik profesionlismenya di samping mengetahui, memahami dan
menghayati semua etika kerja dan amalan nilai profesion keguruan. Mereka juga berkeupayaan
mengenal pasti bidang yang memberi kesan negatif kepada sistem. Isu-isu yang
melangkaui yang menjejaskan organisasi dapat diuruskan dengan cermat, bijak dan
berhemah. Amalan itu sudah pasti akan memanfaatkan organisasi dalam jangka
panjang.
Teacher
development is defined as a process whereby teachers professionality and / or
professionalism may be considered to be enhanced.” (Evans, 2002)
Sehubungan
dengan itu pengetua perlu mempunyai pengetahuan mengenai amalan dan isu terkini
berkaitan tugas yang dihadapi oleh organisasi lain seperti sektor swasta dan
kementerian lain, serta mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan
mengenai amalan terbaik untuk mengurus organisasinya dengan cemerlang. Satu kredit yang bagus jika pengetua itu berkeupayaan
untuk menjana penyelesaian baharu dan belum pernah diteroka, yang akan memberi
faedah berterusan kepada sistem dan organisasi sekolah. Pemimpin masa depan
semestinya sudah berada pada tahap pakar dan berkeupayaan untuk berfikir secara
strategik serta mempunyai kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan
secara cekap dan berkesan. Mereka sewajarnya perlu berada pada tahap strategis
dan mampu berfikir secara holistik. “As a good
captain, the leader should be able to sail his ship in a direction of success
and be able to make adjustment and face all kinds of unpredictable
circumstances.” Kouzes dan Posner (1997) Mereka sepatutnya mempunyai pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi
perunding dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan orientasi
kerja yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi.
Dengan
kata lain, pemimpin masa depan perlu memiliki pemikiran strategik sebagaimana
panduan rajah di bawah.
Dalam pemikiran strategik, banyak tool atau kaedah dan pendekatan untuk
mengurus organisasi dengan cemerlang dan hebat. Antara Strategic Analysis Toolsnya ialah
a.
Boston
Consulting Group (BCG) b. Stakeholders
Analysis c.Porter Five Forces d.Porter Value Chain e. PESTELS f. SWOT/TOWS g. McKinsey 7S h. Cause & Effect i. Organizational Excellence Model j. Journalistic Six k. Strategy Canvas & Four Actions
Framework l. Strategic Total System
Analysis m. Force
Fields Analysis n. Stakeholders
Analysis
o. Porter Five Forces p. Porter
Value Chain q. PESTELS r. Organizational Excellence Model s. Journalistic Six t. Strategy Canvas & Four Actions
Framework u. Strategic Total System
Analysis etc.
Dalam konteks Malaysia, pihak Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti menggunakan kaedah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
2010 dan National Key Result Area (NKRA) iaitu Bidang Keberhasilan Utama
Negara. Tujuannya ialah untuk mencetus kesedaran/gerakan memelihara
kualiti pendidikan di sekolah melalui memperkasakan sekolah selaras dengan perubahan/perkembangan/cabaran
semasa seperti globalisasi/dunia tanpa sempadan (borderless world); dan memenuhi dasar negara seperti Wawasan
2020, Program Transformasi Kerajaan (GTP). Melalui PPPM misalnya NKRA, NKEA dan banyak usaha
dilakukan untuk pembangunan
modal insan.
Pemimpin yang hebat perlu mengetahui
perubahan dan kepentingan SKPM 2010. Dia mengetahuiTools for School
Improvement, mengenal
pasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan di sekolah(jurang) dan menentukan
keutamaan dalam merancang program-program (sPeCt). SKPM 2010
mempunyai Lima Standard yang perlu dicapai, iaitu
1-Kepimpinan dan Hala Tuju
2-Pengurusan
Organisasi
3-Pengurusan
Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid
4-Pembelajaran
Dan Pengajaran
5-Kemenjadian
Murid
Apabila
pemimpin sekolah berjaya menerajui sekolah mencapai Skor Komposit 90% ke
atas atau Band Satu, dia layak untuk menerima Baiah atau Tawaran
Baharu Pengetua dalam NKRA yang diberi anugerah oleh Menteri Pendidikan
Malaysia.
4. Kepimpinan Berimpak Tinggi
Kelestarian
kepimpinan berimpak tinggi terletak kepada kebijaksanaan dan kemampuan pemimpin
merancang, melaksana dan membuat refleksi bagi perancangan yang strategik. Mereka perlu berfikir di luar kotak bagi
menilai aspek-aspek pengurusan organisasi yang boleh dianggap lemah dan boleh
diperbaiki. Perkara ini disebut sebagai High Performing Governance (HPG).
HPG menggariskan ciri-ciri kepemimpinan
dan ciri-ciri pemimpin yang berkesan. HPG menekankan tentang fleksibiliti
sesuatu kepemimpinan organisasi untuk mengadaptasi dan berubah untuk bersaing
di peringkat yang lebih tinggi. Fleksibiliti di sini
bermaksud kemampuan menyesuaikan sistem sedia ada. Kebersamaan (mutuality). Kemampuan mengurus persekitaran bagi membolehkan pemimpin menggunakan
kuasa (authority) serta kreativiti. Kebolehupayaan untuk membentuk warga
organisasi memahami peranan mereka.
Organisasi
yang ideal haruslah bersifat fleksibel dan responsif, dan mampu berubah
mengikut keadaan semasa. Organisasi yang ideal ialah yang berkebolehan untuk
memperbaharui diri (self-renewing) dan mampu belajar dan mengubah
pengetahuan dan amalan sedia ada sejajar dengan pengalaman” (Senge, 1990).
Pembentukan Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan guru di
sesebuah sekolah akan dapat membantu membudayakan kajian tindakan dan
seterusnya menjadikan organisasi pendidikan sebagai sebuah organisasi yang
bernyawa, berjiwa dan berwibawa. Mereka
memberi keutamaan kepada Continous
Professional Development (CPD). CPD membantu warga kerja mencapai lima
elemen penting bagi meningkatkan profesionalisme mereka iaitu SMART-
Spesifik (Specific), Mampu dinilai (Measureable), Mampu dicapai (Achievable),
Realistik (Realistic) dan Terdorong dengan masa (Time-bound).
Perkara ini telah dijelaskan oleh Sergiovanni, (1994) “Training
alone just won’t do. Instead, principals
will need to emphasize professional development and renewal improvement
strategies.” Kerangka kepimpinan berimpak tinggi dapat dilihat seperti
rajah di bawah.
Kompentensi Kepimpinan
di Malaysia
5.
Kemahiran
Berkomunikasi Dengan Bijak
Pengetua perlu berkeupayaan untuk mewujudkan
hubungan yang baik dengan pengikut secara konstruktif, adil, hormat-menghormati, saling mempercayai
memperlihatkan tahap ekspektasi yang tinggi terhadap guru dan komited terhadap
pencapaian murid. Contohnya, memberikan
perhatian / tumpuan tanpa mendiskriminasikan kepada pengikut.. Pengetua perlu menerima
pandangan dan menegur pengikut secara berhemah. Mereka perlu sanggup berkorban
masa dan tenaga mewujudkan hubungan yang baik dengan guru dan staf melalui
amalan dan penghayatan semua nilai etika profesion keguruan serta memperlihatkan
tahap ekspektasi dan komitmen terhadap pencapaian murid. Dia berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi
menggalakkan tumpuan guru-guru terhadap PdP. Pengetua sentiasa mendengar dan
memberikan maklum balas yang relevan, menerapkan nilai dalam komunikasi. Dia menggalakkan
pengikut berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala semasa aktiviti PdP
berjalan. Contoh,menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami , sebutan
jelas, nada dan intonasi sesuai.
“Leadership not about finding solutions but helping
others understand the problems and how to live with them in an imperfect
world.”
(Sergiovanni, 2001)
Pengetua
juga menjadi pendengar yang baik dan berkomunikasi secara sopan. Dia berkeupayaan
untuk menetapkan hala tuju dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Dia bijak membuat keputusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab . Dia boleh
menangani pelbagai isu dalam menghadapi tugas dan tanggungjawab. Dia juga mengurus
tugas dan tanggungjawab yang mencabar dari segi emosi, mental, spiritual, dan
fizikal. Dia mempunyai pemikiran terbuka apabila berinteraksi. Dia perlu mempamerkan
hala tuju yang jelas dan dapat membuat keputusan dan menangani pelbagai isu
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ditetapkan. Bagaimana pemimpin untuk
mengarahkan pengikut jika seorang pemimpin itu tidak mempunyai kemahiran
interpersonal yang tinggi. Jika pemimpin hanya mengarahkan pengikut dan berlaku
sedikit kesilapan, pemimpin itu telah memaki hamun dan tidak mengawal emosi
terhadap pengikutnya. Tindakan itu sudah pasti melukakan hati pengikut dan
memberi kesan mendalam
kepadanya.
6. Berdaya Saing dan Mengutamakan Pencapaian
Pengetua perlu berkeupayaan untuk memberikan
sokongan dan sumbangan terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka perlu bersikap
positif terhadap sesuatu tugas dan tanggungjawab. Mereka jua sangat berdaya
saing dan mengutamakan pencapaian dalam setiap usaha yang dilakukan. Pengetua
perlu responsif segala kertas cadangan dan segera memberi maklum balas terhadap
sesuatu arahan. Mereka memberi komitmen konsisten, bertanggungjawab, prihatin dan
berusaha gigih untuk mencapai matlamat organisasi. Untuk mencapai status GREAT
TO EXCELLENT, pemimpin sekolah perlu menjadi SUPER CHARACTER,
iaitu pemimpin yang mempunyai ciri
berikut:
•
memenuhi kehendak
yang tidak atau belum terungkap;
•
menangani cabaran
yang belum tiba;
•
melepasi rekod atau
kualiti sedia ada sebelumnya;
•
mewujudkan aras
pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaingnya; dan
•
memiliki cara gaya
berfikir ‘think the unthinkable’ atau ‘reason the unreasonable’.
Guru yang hebat mempunyai hasrat untuk merealisasikan perjalanan untuk menuju ke spektrum
penambahbaikan berterusan.
Sebagaimana Jim
Collins dalam bukunya Good to Great
menyebut, “Leadership is about vision. But leadership
is equally about creating a climate where the truth is heard and the brutal
facts confronted.”
Pendekatan lain ialah melalui Blue
Ocean Strategy (BOS) W. Chan Kim & Renee Maulborgne, (2005)
merupakan suatu pendekatan pengurusan perniagaan yang diguna pakai
oleh syarikat-syarikat yang tidak mahu bersaing untuk merebut pasaran terhad
(lautan merah) tetapi sebaliknya menjadikan persaingan tidak lagi relevan
(lautan biru) dengan mencipta ruang pasaran baharu, iaitu mencari
peluang-peluang dengan meminumkan kos.
Kerangka Empat Tindakan dan
Grid ERRC (Singkir-Kurang –Tambah-Cipta)
Pemilihan
untuk bertindak secara sedar melalui penyingkiran, pengurangan, penambahan dan
penciptaan faktor-faktor membantu pemberi khidmat menyampaikan gaya kerja yang
bakal diambil dalam bentuk yang mudah difahami. Pendekatan BOS sebagai kaedah
memimpin dan mengurus organisasi agar kecekapan dan keberkesanan dapat dicapai
melalui penciptaan inovasi bernilai serta kos rendah. Pemikiran inovatif dan
kreatif bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan bekerja dan keberkesanan kos
tetapi menyediakan organisasi untuk kekal relevan. Dalam era globalilasi
mencabar ini, tindakan pantas dan tepat memberi keuntungan kepada organisasi
kerana sentiasa mempunyai amalan positif yang mendahului organisasi lain. Langkah
ini bertepatan dengan cadangan iaitu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
yang ketiga, iaitu – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan
Berkualiti dan Berkemampuan.
6.
Tadbir
Urus Berprestasi Tinggi
Pengetua
berkeupayaan guru untuk merancang, melaksana, menyelesaikan, melaporkan hasil sesuatu
arahan atau program berdasarkan tempoh dan sasaran kerja yang ditetapkan. Dia
juga berkebolehan menilai kuantiti dan kualiti hasil kerja berdasarkan surat
arahan / memo/ lantikan, jadual kerja / program analisis, data post-mortem,
laporan buku rekod mengajar, lain-lain dokumen yang berkaitan. Dia juga dapat
merancang, melaksana dan menyelesaikan serta melaporkan hasil sesuatu arahan
atau program sebelum atau pada tempoh sasaran kerja yang ditetapkan.
“One of the tests of leadership is the ability to
recognise a problem before it becomes an emergency”,ArnoldGlasgow(2010)
Pemimpin yang hebat juga berkebolehan menerajui The Great School : Sekolah Bertaraf
Dunia Malaysia (SBDM). SBDM ialah sebuah institusi pembelajaran
futuristic bertaraf dunia yang memberi tumpuan serta pengkhususan
(specialization) dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) serta terlibat dalam penerokaan idea baharu berbentuk penyelidikan dan
penciptaan. SBDM akan menjadi pusat penempatan murid-murid cemerlang dari
seluruh negara berfungsi sebagai pusat inovasi pendidikan SBDM akan melahirkan
modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan
mampu berdikari serta memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara. Inisiatif
ini meletakkan SBDM sebagai show case pendidikan negara dan merupakan
suatu pengiktirafan tertinggi bagi sekolah-sekolah cemerlang di Malaysia. SBDM
sedikit berbeza dengan kriteria pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi. SBDM
dinilai berdasarkan Peningkatan (TOV, KPI dan ETR). Pemberian Skor berdasarkan
pencapaian sekolah pada tahun 2013 mengikut SET, ET, OT, BT dan XBT yang
ditetapkan oleh NKRA . Guru-guru harus menjadi agen kepada perubahan yang
bakal mencorakkan The 21st Century Learning ini.
Teacher
development is defined as a process whereby teachers professionality and / or
professionalism may be considered to be enhanced.” (Evans, 2002)
7.
Budaya
Kerja Berpasukan
Kejayaan sesebuah organisasi banyak
bergantung kepada kerjasama dan permuafakatan yang baik dan berkesan antara
pemimpin, pengikut ,dan situasi. Oleh yang demikian pemimpin sesebuah
organisasi perlu mencari strategi bagaimana kemahiran interaksi ini dapat
dipupuk dalam kalangan anggota yang bertugas di bawah pimpinannya. Jika hasrat
ini berjaya direalisasikan , sudah tentu satu budaya kerja berpasukan dapat dibentuk dan mereka sangat komited
dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Contohnya, sebagai pemimpin yang
memimpin sebuah organisasi yang sangat kompleks, misalnya sekolah harian dua
sesi yang jumlah muridnya 2500 orang, ada asrama, guru-guru berjumlah 150
orang, staf sokongan 20 orang, seribu macam karenah yang akan timbul .Keadaan
ini boleh menyebabkan pengetua akan menghadapi tekanan yang sangat mencabar
untuk menguruskan manusia yang sudah pasti mempunyai pelbagai ragam.
The best leader is one whose team chooses to follow. To be a successful
leader you need a great team around you. But the team has to be dynamic,
focussed and able to deliver. Heath 2010
Tugas
seorang yang bergelar pemimpin bukan tugas ‘one man show,’ jika hanya pemimpin
seorang yang mengendalikannya pasti dia akan menghadapi kegagalan. Pengetua
berkeupayaan untuk terlibat secara aktif
bagi menjayakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Dia melaksanakan tanggungjawab
dengan berkesan. Dia bersikap terbuka dan menangani isu/masalah secara bersama
atau musyawarah secara konsisten sehingga boleh diteladani oleh pengikutnya.
“When the Master governs, the people are
hardly aware that he exists.. The Master doesn’t talk, he acts. When his work
is done, the people say, “Amazing. We did it all by ourselves!’”
Lao-Tzu
( 6th century BCE/1992,p.17)
Sebagai
perumpamaanya, untuk mendirikan sebuah khemah tidak akan terangkat dengan hanya
menegakkan satu atau dua tiang kompetensi saja. Malah, untuk menegakkannya
memerlukan empat tiang kompetensi, barulah khemah itu tertegak. Para pemimpin
besar memerlukan keseimbangan dari ketrampilan yang saling melengkapi.
8.
Berfokuskan Pelanggan
Pengetua perlu berkeupayaan untuk mengutamakan pelanggan. Dia bersikap peka
terhadap aduan pelanggan. Dia berusaha gigih untuk meningkatkan imej
organisasi. Dia mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelanggan berpotensi.
Pemimpin sekolah perlu berperanan sebagai bimbingan COACHING AND MENTORING. Pengetua berkeupayaan guru untuk merancang
sesi bimbingan dan motivasi guru. Dia melaksanakan dan menilai sesi bimbingan
dan motivasi guru . Dia menilai sesi bimbingan guru dengan cekap dan sistematik
serta memberikan tunjuk ajar dan
berkongsi idea untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran. Pengetua menetapkan hala
tuju organisasi. Dia mengoptimumkan penggunaan semua sumber yang ada . Dia
bijak membuat keputusan yang relevan dan rasional. Dia mengamalkan perkongsian
kepimpinan atau distributed leadership.
Pengetua mempunyai visi dan misi yang jelas. Dia mempunyai perancangan
strategik: iaitu Pelan Taktikal dan Pelan Operasi yang lengkap dan mudah dilaksanakan.
Pemimpin perlu mengembangkan kompetensi penting, iaitu berusaha menjadi
kompeten dan profisiensi dalam setiap
bidang kepemimpinan tersebut. Pemimpin perlu mempunyai kriteria, iaitu strategis,
pembina modal insan, berani dan pengurus
berbakat dan dia berkebolehan mengembangkan sebuah pasukan
dan kombinasi. Dalam masa yang sama, mereka juga mampu bertindak sebagai
pakar rujuk, mentor dan pembimbing
berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam
bidang-bidang tertentu. Jadi kita harus amalkan 3 C’s of mentoring,
iaitu Skilled mentors
support learning in a variety of ways including consulting, collaborating, and
coaching. The goal is to create a reciprocal learning focused relationship
.(Martin, 2006)
9.
Mengurus Perubahan
Pemimpin masa depan mestilah mempunyai keberanian untuk berfikir dan bertindak di
luar dari kebiasaan agar mereka
benar-benar istimewa dari kaca mata pelanggan-pelanggannya . Sebenarnya,
sebagai arkitek untuk membina generasi masa depan, mereka hendaklah sentiasa
melaksanakan program-program yang lebih
kreatif dan inovatif agar modal insan yang lebih kompeten, berkarisma dan
berketrampilan akan dapat dilahirkan. Apa yang kita inginkan ialah generasi
masa depan yang bakal dilahirkan nanti adalah generasi yang mampu bersaing di
peringkat serantau dan global.
The highly
effective principal is a change master- a flexible, futuristic, and relialistic
leader, able to motivate as well as manage change in an organizd, positive and
enduring fashion.
( McEwan, 2003)
Antara
langkah untuk memupuk pemimpin masa
depan ialah
1: Cultivate Talent Championship
2: Identify
Organizational needs and Craft Development
Opportunities
3.Co-create
Individualized Development Plans
4.Follow Through
Development Plans
Pengetua
berkeupayaan guru untuk berubah selaras dengan keperluan semasa dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab . Dia berkebolehan menyesuaikan diri
terhadap perubahan. Dia bersikap berani menghadapi risiko dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab. Tidak syak lagi pemimpin itu menjadi agen perubahan
atau transformasi. Sebagai pemimpin masa depan perlu bersiap sedia mendepani kerjaya
menjelang 2020, seperti
1.
Computer
engineering
2.
Mobile
software engineering
3.
Simulation
engineering
4.
Cloud
virtualization
5.
Data
and real-time analytics
6.
Connected
intelligence
7.
Robotics
and automation
8.
Advanced
simulations in education
9.
Cyber
security and protection
10. Web design and development
11. E-counseling and theraphy
12. Social business enterprise (University Lim Kok
Wing Annual Report 2013 )
Pengetua
berkeupayaan untuk mempelajari perkara
baharu. Dia berkemahiran mendapat maklumat. Dia memperoleh pengetahuan untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Dia juga memperoleh pengetahuan
untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran ( learning community)
“Leadership not about finding solutions but helping
others understand the problems and how to live with them in an imperfect
world.”
(Sergiovanni, 2001)
Kemahiran nilai
tinggi pada masa depan- keadaan dahulu dan perkembangan semasa
jauh berbeza.
1.
Dahulu Knowledge is Power. Sekarang Application is Power ( aplikasi)
2.
Dahulu Komunikasi. Sekarang Social Intelligence (kolaborasi dan penyelesaian
masalah)
3.
Dahulu Rote Learning . Sekarang
Pembelajaran Kreatif ( pembelajaran berpusatkan murid)
4.Dahulu Lulus Peperiksaan Berpusat. Sekarang
Pemikir yang Inovatif ( melangkaui nota kulih)
5.Dahulu
Celik Huruf. Sekarang Celik Digital ( Komputer multimedia, perminan computer,
laman web)
6.
Dahulu hero tempatan. Sekarang- World-Class
Mindset ( Cross-cultural environment.
Best ideas and best talent.)
(Faridah Hameed, LKW University of Creative
Technology, 2013)
“Allow yourself to dream
because it gives you idea. If you have the determination to carry out your
idea, the success is yours”. – Tony Fernandes
10. Mengurus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Pengetua
perlu mengurus guru untuk menghasilkan/memperkenalkan idea baharu dan melaksanakan
tugas dengan kreatif dan berinovatif serta menggalakkan murid berfikir secara
kreatif dan inovatif. .Bagi mencapai hasrat ini, pendidikan perlu bersifat
dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa
dan persekitarannya. Justeru, isu membekalkan modal insan berdaya saing di
peringkat antarabangsa juga perlu diberi penekanan. Keperluan kepada perubahan baharu ini menekankan peri
pentingnya maklumat, kreativiti dan . Dalam memberi perkhidmatan kepada
masyarakat. Perubahan ini juga menekankan perlunya pendekatan berfikir secara
kreatif dan strategi penyelesaian masalah.
“ The highly effective principal is a culture
builder- an individual who communicates (talks) and models (walks) a strong and
viable vision based on achievement, character, personel responsibility and
accountability “(K. McEwan, 2003)
Salah satu mekanisme pentingnya ialah Program
I-Think iaitu program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis
serta inovatif. i-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Murid perlu dibekalkan
dengan kemahiran berfikir . Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Peranan
pemimpin sekolah yang anda fikir penting dalam memimpin inisiatif KPM dalam
membudayakan kemahiran berfikir. Merefleksi NOW-
NEXT-FUTURE Kita perlu membina hala tuju visi ke arah membudayakan kemahiran berfikir di sekolah. Pasukan Pemandu Sekolah berperanan menilai dalam melaksanakan dan
membudayakan KBAT, iaitu
Perancangan>Pelaksanaan>Pemantauan>Penilaian>Penambahbaikan
>Pembudayaan
Peranan
Pengetua/Guru Besar membudayakan KBAT dalam Program i-THINK . Semua
pihak bertanggungjawab dalam menjayakan program
i-THINK melalui
Komitmen >Pengurusan >Kemenjadian Murid >Pembudayaan
“I cannot build this future alone and so
I need each and every one of you to walk with me in this journey to bring
transformation and the light of hope to all Malaysians.”
YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak (April, 2012)
Kita
ingin melahirkan murid-murid kita seperti pemikiran Steve Jobs:
Amongst The
Greatest Of American Innovators
Brave Enough To
Think Diferently
Bold Enough To
Belieive He Would Change The World
Talented Enough
To Do It.
Remarkable
Vision Which Has United And Inspired Those Remarkable Grup Of People
Passion
Enthusiasism
Sense Of Humoue
Great Joy In
Doing Things Right.
Pemimpin
sekolah perlu menangani dengan bijak konsep sekolah masa depan, iaitu ‘Students
must develop abilities to work together, solve complex problems, and carefully
assess and analiyze information to meet the needs and overcome the obstacles facing
society in the twenty-first century.’
11.Sumbangan Profesional & Sosial
Pemimpin
sekolah berkeupayaan untuk menganggotai mana-mana organisasi komuniti atau NGO
yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. Mereka perlu melibatkan diri dalam
mana-mana organisasi komuniti atau NGO yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. Mereka
memberikan sumbangan profesional untuk meningkatkan kompetensi diri, organisasi
atau pihak lain merujuk bidang tugas berkaitan.
“One of the tests of leadership is the ability to recognise
a problem before it becomes an emergency”, Arnold Glasgow (2010)
Pemimpin masa depan perlu mempunyai pemikiran yang
tinggi dan sudah tentu akan melakukan
keberhasilan yang tinggi.
Kompetensi pemimpin: Berfikir >Bercakap> Memimpin> Bertindak
Menyedari hakikat bahawa anak-anak generasi akan
datang ini adalah modal insan yang bakal menerajui negara dan menjadi pesaing
global serta penyumbang di peringkat dunia, justeru PPPM komited dalam
menyuntik pelbagai aspek kemahiran, pengetahuan, etika serta jati diri tanpa
melupakan aspek kerohanian yang terangkum dalam enam aspirasi murid.
A process
that challenges employees and communicates to use their collective
intelligence, ability to learn, and creativity to transform existing systems. h. 46.
Bierema (1999) – Learning Organisation
12.Sarana Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta
Dalam
mencapai matlamat sistem pendidikan terbaik di dunia, penting untuk kita
membentuk satu ekosistem pembelajaran di dalam komuniti setempat. Seperti yang
pernah saya sampaikan semasa majlis Pelancaran PPPM pada 6 September lalu,
proses merakyatkan pelaksanaan PPPM ini juga bermakna memberikan peluang kepada
ibu bapa turut sama turun padang bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui
sarana penglibatan ibu bapa. Pencapaian ketiga, di bawah Anjakan ke 9 Penglibatan
Ibu Bapa, komuniti dan sektor swasta, Sarana
Penglibatan Ibu bapa telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara dengan penekanan kepada penglibatan mereka bersama pihak sekolah dalam membantu mempertingkatkan keberhasilan murid.
Hasilnya kini ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan lebih
aktif dalam pembelajaran anak-anak dengan memberi sumbangan dalam
keceriaan kelas, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan. Banyak sekolah
telah berjaya berjaya merealisasikan hasrat sarana ini. Sesungguhnya kejayaan yang diperoleh ini ialah hasil daripada komitmen
guru-guru, staf sokongan serta pihak PIBG,
dan alumni. Sumbangan PIBG terhadap sekolah ini sangat penting. Setiap
aktiviti yang dianjurkan atau dibiayai oleh pihak PIBG membawa impak yang besar
kepada pencapaian sekolah ini. Secara khusus, PIBG banyak menghulurkan
sumbangan dalam bentuk material dengan membiayai program-program ke arah peningkatan prestasi
akademik yang diadakan menerusi program Menjana Kecemerlangan Akademik Pelajar.
Selain itu, PIBG juga banyak membiayai penyertaan pelajar dalam aktiviti
pertandingan di peringkat kebangsaan juga
antarabangsa. Sesungguhnya penglibatan pelajar dalam pelbagai program ini
secara tidak langsung berupaya melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam
pelbagai bidang dan akhirnya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang
berkualiti seperti yang dihasratkan oleh kepimpinan negara.
PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus
mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya
berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya. PIBG
memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Barisan
kepimpinan PIBG juga hendaklah menginsafi dan dengan penuh tanggungjawab
melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul di bahu mereka. PIBG yang bertindak
sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan
bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method
meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Dengan adanya pemimpin dan pengikut
sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang dilaksanakan boleh mencapai
kejayaan yang diinginkan. PIBG seperti inilah yang boleh menjadi tunjang
kemajuan sesebuah sekolah. Oleh itu pemimpin sekolah perlu mengurus semua pihak
baik ibu bapa mahupun guru-guru, bersama-sama, sederap melangkah agar segala
hasrat dan cita-cita yang kita sematkan akan membuahkan hasil seperti yang kita
harapkan.
•
Satu Kajian Sebuah Sekolah Di Singapura : Cresent Girl School , The
Pioneer Future School in Singapore 2014 .
Sekolah diterajui oleh barisan kepimpinan yang
sangat muda tetapi bijak. Kemudahan ICT
yang sangat canggih. Konsep pembelajaran berpusatkan murid. Penerokaan kendiri murid
sangat tinggi. Daya kreativiti dan inovasi murid sangat tinggi.
Murid-murid dalam kumpulan dan membina laman web
sendiri. Pembentangan dalam kelas dibuat secara berkala. Nilai kesungguhan dan
ketekunan sangat menakjubkan. Kebebasan belajar diberi sepenuhnya. Murid
mempunyai laptop dan mengakses internet sendiri. Pembelajaran secara kumpulan
sangat proaktif dan memberangsangkan. Seorang
guru dalam kelas dbantu oleh tiga orang fasilitator. Pemimpin
sekolah perlu menangani dengan bijak konsep sekolah masa depan sebagaimana
sekolah di negara maju seperti amalan sistem persekolahan di Singapura, iaitu ‘Students
must develop abilities to work together, solve complex problems, and carefully
assess and analiyze information to meet the needs and overcome the obstacles facing
society in the twenty-first century.’
.
Rumusan
Pendidikan negara sedang mengharungi
transformasi ke arah menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa. Pendidikan berkualiti
mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan bagi menghasilkan
tenaga kerja yang berpendapatan
tinggi. Kajian mendapati bahawa
pemimpin sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid. Peranan pengetua untuk menjayakan
transformasi dalam pendidikan amat genting (crucial). Oleh yang demikian, pengetua mestilah berusaha untuk meningkatkan prestasi
murid dan sekolah. Untuk menjayakan
transformasi pendidikan dan meneruskan budaya kecemerlangan murid, perubahan
mesti bermula di sekolah. Pengetua
tiada pilihan melainkan menjadi Pemimpin Holistik. Maka Pengetua
mesti bermula dengan transformasi diri dahulu, iaitu membina jati diri
yang kuat. Pengetua mesti meningkatkan kredibiliti diri,
ketabahan, dan ketangkasan dalam pengurusan sekolah dan seterusnya mengamalkan
Kepimpinan Holistik. (Taggart, 2010) Pemimpin
sekolah diharapkan menjadi juara perubahan seperti yang dicita-citakan
dalam PPPM 2013 – 2025. Pemimpin perlu peka kepada
persekitaran pembelajaran dan pekerjaan, tidak mudah berpuas hati dengan tahap
pencapaian dan keberhasilan kerja, menjadi ‘paradigm breaker’, iaitu peneroka penyelesaian
baharu kepada sebarang isu. Pemimpin perlu mengurus pelajar yang inventif dan inovatif serta memiliki ‘can
do mentality’ dalam menyempurnakan visi dan misi; dan responsif terhadap fenomena
baharu, cabaran dan harapan baharu.
The highly effective principal is a facilitator- a leader
with outstanding human relations skills that include the abilities to build
individual relationships with parents, teachers, and students; collaborative
teams with staff members and parents: and a schoolwide community of leaders.
McEwan.
Untuk
berjaya setiap pemimpin perlu mempunyai ciri outstanding leaders,
mereka perlu berupaya memimpin dan membimbing seluruh warga sekolah ke arah
pencapaian misi, visi dan matlamat yang ditetapkan dan mempunyai kepimpinan
yang unggul dan pengurusan yang berkesan mampu menjadikan sekolahnya sebagai
sekolah yang berkesan. Kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin untuk
menerima latihan pelbagai dimensi dari sudut ilmu pengetahuan dan kemahiran
terkini supaya berupaya menghadapi cabaran dan dugaan pada era pembangunan
teknologi dan globalisasi kini. Transformasi pendidikan masa depan amat penting
sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum
serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara
holistik. Kita perlu yakin melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan
generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020.
’Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh
sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalnya”
Al- Kahfi-30
Rujukan
1. Amalan Blue Ocean Strategy dalam
Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan, IAB 2013.
2. Amin,
S. Abdul Razak, M ((2008), Competency
based training and development,’ IAB
3. Amin
bin Senin, Pemikiran Semula Pembangunan
Kepimpinan Sekolah, IAB, 2011.
4.
Bierema, L. (1999), The Process of the Learning Organization: Making Sense of Change, eric.ed.gov
5.
Christopher Brady (2010), Lauching a leadership Revolution: Mastering
the Five levels of influence, Sage. NY.
6.
Harris, A. and Lambert, L (2003) Building
Leadership Capacity for School Improvement Maidenhead Open University Press.
7.
Harvey
Robbins and Michael Finlay(1996) Why Change Doesn’t Work, Barnes &
Noble.
8. Harvey Robbins (2000) The New Why Teams Don’t Work: What Goes Wrong and How to Make It Right.
Corwin.UK
9. Howard
Gardner (2009) Five Minds For The Future,
Harvard Business School Press.
10. Heath,
Michael (2010) Leadership Secret.
Collins, London.
11. Jim
Collins, 2006.Good To Great, Mc Graw Hill, NY
12. Kouzes,J.M.
& Posner,B.Z.(2002) The leadership
challenge (ed.Ke-3) San Francisco:Josey-Bass
13. Khair
bin Mohd Yusof, Perutusan Ketua Pengarah
Malaysia Tahun 2014 (edaran)
14. McEwan,
E.K. (2003) 10 Traits of Highly Effective
Principals.CORWIN Press. A sage pub. California.
15. Panduan Pendekatan Blue
Ocean Strategy dalam Kepimpinan dan pengurusan Pendidikan,
IAB, 2013
16. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pelajaran Malaysia.
17. Raymond
Lai and Yuin Lai, 2013, Ready for Take
Off, How Todays Graduates became High Flyers, Eminence Management Cosulting
Sdn Bhd
18. Serviovanni,
T.J. (1994) Building Community in Schools.
San Francisco: Jossey-Bass.
19. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
2010, JNJK, Kementerian Pendidikan Malaysia.
20. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Timbalan
Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia“Majlis Perutusan Tahunan 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
21. Tony
Bush and David Middlewood (2013) Leading
and managing People in Education, Sage Publications Ltd, London.
22. University Lim Kok Wing Annual Report
2013
23. www.Forbes.Leadership.Meeghan
M. Biro, 5 Ways To Build A Future Leader,
No comments:
Post a Comment